ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 24 January 2014

ISU KALIMAH ALLAH : SIAPA JADI BARUA SIAPA SEKARANG?

Oleh : Beruang Biru

Seorang Peguam, Syahredzan Johan semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa persepsi pada hari ini ialah Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan alat kerajaan kerana dibiarkan membuat ‘undang-undang’ sendiri.  Sedangkan, menurut beliau, Majlis Fatwa tidak mempunyai kelayakan atau hak untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap rakyat.   Kenyataan ini adalah  berikutan serbuan JAIS ke atas Bible Society Malaysia (BSM) yang masih menjadi topik hangat sehingga ke hari ini.

Menurut Syahredzan, ‘trend’ ini akan menggugat kredibiliti Majlis Fatwa sebagai sebuah badan yang sah. 

Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan pada 1970 dengan diwakili oleh Mufti dari semua negeri dan 10 Ulama yang dilantik.  Majlis Fatwa perlu menyampaikan pandangan mereka kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam dan perlu digazetkan bagi menjadikannya sebuah undang-undang yang mana hanya tertakluk ke atas orang-orang Islam. 

Majlis Kebangsaan secara dasarnya, bertindak sebagai badan penasihat kepada Putrajaya.  Oleh itu, sebarang nasihat Majlis ini hasil dari pandangan Majlis Fatwa bukanlah satu undang-undang selagi tidak digazetkan. 

Fakta ini sekali gus menangkis hujah Syahredzan kononnya tindakan JAIS adalah bertentangan dengan undang-undang dan hanya berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa.  Ini kerana isu kalimah Allah telah selesai dengan merujuk kepada kes The Herald  dan juga Enakmen 1998 Selangor yang menyatakan bahawa kalimah ‘Allah’ merupakan antara perkataan Arab yang dilarang digunakan oleh bukan Islam.  Ia bukanlah sekadar pandangan Majlis Fatwa atau nasihat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam.

Oleh itu, kenyataan Syahredzan di atas, dilihat sebagai usaha berterusan untuk mengelirukan di samping menghidupkan isu kalimah ‘Allah’. 

Untuk berlaku adil, Syahredzan mungkin berhak mempersoalkan tindakan serbuan oleh JAIS yang dikatakan ‘kasar’ tetapi beliau juga seharusnya berlaku adil dengan turut mengakui bahawa Enakmen 1998 itu masih terus terpakai dan kes The Herald juga telah diputuskan. 

Dengan itu, kedegilan pihak Kristian untuk terus menggunakan kalimah Allah, dilihat sebagai sengaja mencabar undang-undang bagi memanjangkan isu ini.

Motif pihak Kristian untuk terus menghangatkan isu kalimah Allah kini semakin meragukan. 

Jika Syahredzan bercakap tentang persepsi rakyat (pihak Kristian yang berjumlah 9%) terhadap Majlis Fatwa sebagai alat Putrajaya, maka beliau wajar turut mengambilkira persepsi rakyat dari pihak majoriti Islam juga. 

Untuk pengetahuan Syahredzan, persepsi majoriti rakyat ialah pihak Kristian sengaja ingin mencetuskan ketegangan.  Objektif pihak yang kononnya mewakili Kristian ini tidak sukar untuk dibaca apabila pembangkang turut menjadi juara isu ini. 

Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa isu kalimah Allah bukanlah berkenaan agama, tetapi sebenarnya adalah isu politik.  Hakikatnya, agama Kristian kini menjadi alat kepada pembangkang untuk mencapai matlamat memecah deposit tetap Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak. 

Nampaknya, pihak Kristian (baca: pembangkang) langsung tidak peduli sekiranya tindakan mereka memperlekeh dan menghina undang-undang serta penguatkuasa agama Islam mampu mencetuskan ketidakstabilan, perbalahan ataupun rusuhan antara agama.  

Semoga rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak, mampu berfikir secara rasional dan tidak mudah terkeliru antara isu agama dan isu politik. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute