ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 3 January 2014

ISU RAMPASAN BIBLE DI PJ : @dapmalaysia MEMEKAK, @PASPusat TERDIAM @KEADILAN TERSENYUM, JAIS TERSEPIT.

Oleh : AJ

Blogger berprofilik, Helen Ang hari ini mencabar Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga ADUN DAP Subang Jaya agar menggunakan kuasanya untuk membawa usul bagi memansuhkan enakmen 1988 yang diluluskan oleh Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Dalam tulisannya beliau menyatakan bahawa undang-undang yang masih termaktub itulah yang menyebabkan JAIS mempunyai kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan keatas orang bukan Islam di Selangor. Malah Exco Hal Ehwal Islam, YB Tuan Sallehen Bin Mukhyi dari PAS sendiri sendiri tidak mempertahankan tindakan JAIS malah cuba menyalahkan JAIS dalam melaksanakan peraturan tersebut.

Katanya;

"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). 

“Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan Malaysiakini.

Sedangkan untuk makluman pembaca sekalian, JAIS itu sendiri merupakan instrumen kerajaan negeri yang diberikan kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. 

Perlu diingatkan bahawa bidang kuasa undang-undang Islam adalah terletak dibawah bidang kuasa negeri dan bukannya kerajaan pusat.

Apapun kesemua ini terpulang kepada Hannah Yeoh dan rakan-rakan dalam PAKATAN yang berada dalam DUN Selangor untuk membuat pemansuhan atau penilaian semula mengenai enakmen berkenaan. Kerana yang pasti BN tidak memiliki majoriti 2/3 dalam Kerusi DUN SELANGOR.

Rujukan :

http://helenang.wordpress.com/2014/01/03/terserah-kepada-puan-speaker-hannah-yeoh-untuk-mansuhkan-enakmen-selangor-1988/

http://beta.malaysiakini.com/news/250762

1 comment:

  1. Maybe ini tindakan untuk mengalihkan fokus rakyat kepada kegagalan demo TURUN oleh PR.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute