ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 16 January 2014

KALIMAH ALLAH : SIAPA BERKUASA DALAM URUSAN AGAMA ISLAM DI NEGERI-NEGERI BERSULTAN? @Dr_Fadlan @ustazfathulbari @umnoonline @tonypua @AppleBiru3 @daengselili @heraldmalaysia @dapmalaysia @DPPMalaysia

Oleh : Jebat

Dalam artikel terdahulu, penulis telah menyentuh asas yang terjadinya perbezaan dari aspek larangan penggunaan kalimah ALLAH di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Hari ini penulis ingin menyentuh pula mengenai pihak manakah yang mengawal dan berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan Islam di dalam Malaysia.

Dalam pemerhatian penulis mengenai insiden rampasan Bible oleh JAIS di Selangor baru-baru ini, wujud semacam putar belit fakta dikalangan ahli politik pembangkang terutama sekali PKR dan DAP yang cuba mensabitkan kerajaan pusat dalam isu ini. Sedangkan JAIS merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Kerajaan Pusat.

Sebelum membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut ada baiknya pembaca sekalian mengetahui senarai pecahan bidang kuasa negeri dan pusat :

Senarai Persekutuan

1. Pertahanan
2. Hal-hal luar negeri
3. Keselamatan dalam negeri
4. Undang-undang jenayah dan sivil
5. Kewarganegaraan
6. Pilihanraya Persekutuan
7. Perdagangan, Perniagaan dan Industri
8. Kewangan
9. Pengangkutan
10. Perkapalan
11. Ukur
12. Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
13. Kesihatan dan Ubat
14. Pelajaran
15. Kebajikan Orang Asli
16. Buruh dan Kebajikan Sosial
18. Pekerjaan Ikhtisas
19. Persatuan yang tidak ditubuhkan
20. Kawalan pes pertanian
21. Hari kelepasan am Persekutuan
22. Penapisan
23. Penerbitan
24. Perumahan Persekutuan
25. Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)
26. Syarikat kerjasama

Senarai Negeri
1. Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu
2. Pertanian dan Perhutanan
3. Tanah
4. Perkhidmatan tempatan
5. Kerajaan Tempatan
6. Jentera Kerajaan Negeri
7. Hari kelepasan Negeri
8. Kerjaraya Negeri dan Air
9. Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Senarai Bersama
1. Kebajikan Sosial
2. Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan
3. Biasiswa
4. Pengembaraan
5. Perusahaan Ternakan
6. Perancanagn bandar dan desa (kecuali WP)
7. Pengaliran dan pengairan
8. Kesihatan Awam, peraturan kesihatan
9. Pemulihan tanah perlombongan

Jika melihat kepada senarai diatas, jelas membuktikan bahawasanya bidang kuasa bagi melaksanakan undang-undang Islam agama dan adat Melayu terletak didalam senarai tanggungjawab negeri. Dalam kes di Selangor, Sultan merupakan ketua agama Islam, manakala MAIS dan JAIS adalah instrumen yang diperturunkan kuasa oleh Baginda Sultan dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kembali kepada kes yang terjadi di Selangor. Yang merampas Bible adalah JAIS. Malah tindakan JAIS adalah bersandarkan kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang wujud dalam undang-undang negeri Selangor. Ianya adalah undang-undang bersifat lokaliti dan terhad dalam kawasan jajahan negeri Selangor Darul Ehsan dan tidak 'valid' untuk digunakan di negeri-negeri yang lain, ekoran negeri-negeri yang lain juga mempunyai enakmen mereka yang tersendiri. (Kecuali Wilayah-Wilayah Persekutuan yang mana Akta dirangka oleh kerajaan Pusat (Akta 505 Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993). 

Malah negeri-negeri yang tidak bersultan pun mempunyai enakmen-enakmen mereka yang tersediri dalam urusan hal ehwal agama Islam.

Bagi isu Sabah dan Sarawak pula, harus diingatkan bahawa terdapat 20 dan 18 tuntutan perjanjian diantara Sabah dan Sarawak sebelum memasuki Malaysia dimana dalam Perkara 1 merujuk kepada klausa "Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo." Untuk rekod Sabah mempunyai Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sabah 1992 dan kemudiannya diubah kepada Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah No.5 tahun 2004 manakala di Sarawak pula mempunyai Ordinan 41 Tahun 2001, Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001.

Walaubagaimanapun Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri tidak bersultan seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kembali merujuk kepada isu rampasan Bible oleh JAIS. Perlu diketahui bahawa JAIS adalah Badan Kerajaan Negeri Selangor yang membuat penguatkuasaan di kawasan-kawasan dalam jajahan Selangor. JAIS bertindak atas kapasitinya selaku badan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam di Selangor yang mana ketuanya adalah Sultan Selangor itu sendiri. Maka dalam hal ini, JAIS telah bertindak mengikut saluran undang-undang yang tepat kerana tangkapan tidak dilakukan di luar kawasan Selangor, Bible bahasa Melayu tersebut tersimpan dalam kawasan negeri Selangor selain JAIS mempunyai autoriti untuk merampas barang tersebut ekoran bahan tersebut berada dalam negeri Selangor.

Tetapi barangkali mungkin akan timbul persoalan siapa pula yang membenarkan Bible tersebut diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu? Ada yang menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) lah punca kepada masalah yang berlaku. Sebenarnya isu ini pun tidak timbul kerana Kementerian Dalam Negeri bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dimana sesiapapun tidak boleh dihalang bagi menggunakan bahasa Melayu bagi maksud dan tujuan tertentu. Perlu diingatkan disini, memberik kebenaran cetakkan tidak bermaksud kebenaran untuk tujuan penyebaran. Malah bila ianya melibatkan soal agama Islam, KDN tidak mempunyai kuasa langsung melainkan mendapat bantuan dari Jabatan Agama Islam.

Dalam hal ini, KDN sebenarnya telah bertindak tepat dalam kekangan kuasa yang ada dengan tidak membenarkan 'Kalimah ALLAH' digunakan di Malaysia Barat. Malah dalam hal ini, Kerajaan Pusat telah bertindak sepatutnya mengikut kemampuan undang-undang yang ada. Namun soalnya kenapa pula pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS ini cuba mengkritik kerajaan pusat tanpa sebarang usul periksa?

Natijah mereka hanyalah mahu mengalih pandangan rakyat bahawa kerajaan pusatlah punca segala-galanya sedangkan kerajaan pusat sendiri bertindak berlandaskan undang-undang dan keterbatasan perjanjian yang wujud diantara Borneo dan Semenanjung Malaysia. Melemparkan dan menyalahkan kerajaan pusat adalah satu kaedah manifestasi kemarahan puak-puak ekstrimis minoriti ini kepada JAIS yang bertindak mencantas niat jahat mereka untuk merosakkan aqidah umat ISLAM di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

Rujukan :

http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/PTM/sistem_pentadbiran_negara.pdf
http://notapengajianam.blogspot.com/2010/04/penyelarasan-dalam-negeri-dan.html
http://pengajianammalaysia.blogspot.com/2010/08/senarai-persekutuan-negeri-dan-bersama.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontroversi_serbuan_Jabatan_Agama_Islam_Selangor_ke_Gereja_Methodist_Damansara_Utama
http://www.mais.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5&Itemid=48
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2011/Akta%20505%20-%20Akta%20Pentadbiran%20Undang-Undang%20Islam%20(Wilayah-Wilayah%20Persekutuan)%201993.pdf
http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/akta_505.pdf
http://www.e-fatwa.gov.my/rujukan-akta-enakmen
http://www.jheains.sabah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=547&Itemid=708&lang=en

Bacaan lanjut :

http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/kalimah-allah-kenapa-wujud-perbezaan.html#axzz2qO9hRaAP
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/paderi-lawrence-andrews-heraldmalaysia.html#axzz2qNFg8Leh
http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/01/antara-bible-dalam-bahasa-melayu-dengan.html#axzz2qNFg8Leh
http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/01/konspirasi-kristian-dalam-mengkorupsi.html#axzz2qNFg8Leh

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute