MUFTI KELANTAN PUN TEGUR GENG #TURUN #BERGULING @chegubard @MahasiswaMsia @Jingga13HQ @jingga13assault

Oleh : AJ

Nampaknya sakan Barua-Barua DAP mengasak Mufti Perak, Tan Sri Harussani agar menarik semula kenyataannya yang menyamakan peserta "Berguling-Guling Macam Tenggiling" dengan Bughah. Namun jika diperhatikan semula dari teks berkenaan didapati bahawa beliau memfokuskan "Bughah" itu hanya kepada kepimpinan PAS.

Bagi kami, mengapa PAS nak terasa hati? Sedangkan bukankah ini juga sebahagian dari hukum ALLAH? Kalau PAS selama ini menyatakan bahawa hukum Hudud hanya untuk umat Islam, mengapa hukum Bughat tidak boleh tertakluk kepada orang Islam sahaja?

Dan dalam laporan berkenaan, tidak terdetik pun sepatah yang Harussani menghalalkan darah orang Kafir. Sedangkan yang menghalalkan darah itu adalah terbit dari hukum yang sedia ada yakni "Bughah".

Lebih pelik, kenapa puak-puak pembangkang ini hanya melihat kenyataan Harussani sahaja, sedangkan Mufti Kelantan sendiri pun turut sama mengkritik kumpulan berkenaan? Adakah kerana Mufti itu dari Kelantan, negeri yang ditadbir PAS maka ianya boleh dipandang sepi? Ternyata BARUA-BARUA DAP tidak lebih macam Khawarij. Mengambil makna tidak secara keseluruhan konteks ayat sebaliknya berdasarkan hawa nafsu dan akal fikiran.

Namun begitu ada pandangan kami, puak-puak yang berdemo ini bukan sahaja Bughah malah mereka adalah kelompok Khawarij versi moden yang hidup pada akhir zaman. 

Rujukan :

http://news.fimadani.com/read/2014/01/02/mufti-malaysia-sebut-demonstran-anti-pemerintah-halal-darahnya/

Post a Comment

0 Comments