ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 16 January 2014

PUSAT LATIHAN INDUSTRI PENERBANGAN DI TANAH SEKANGKANG KERA? KESETANAN APAKAH INI??? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Khairykj @tunfaisal @KBSMalaysia @nohomar @ustazfathulbari @Khalid_Ibrahim @MediaSelangorku @SelangorGov

Oleh : AJ

Setelah projek Kampus UiTM Serendah dihalang untuk dibina diatas tanah YBK dengan alasan yang tak munasabah, kini kerajaan Selangor dibawah pemimpin boneka DAP meneruskan agenda 'melingkupkan orang Melayu' dengan merampas institusi pendidikan percuma GiatMARA Selayang. Lebih kelakar, bilamana MB Selangor ini boleh pulak kononnya nak jadikan tapak tanah yang diduduki oleh Giat Mara tersebut sebagai pusat latihan industri penerbangan. 

Nak tergelak pun ada bila aku mendengar hasrat 'banggang' si MB Selangor ini. Bukankah banyak tanah yang luas di Selangor ini yang boleh dijadikan tapak 'pusat latihan industri penerbangan' selain dari Giat Mara Selayang ini. Kenapa tanah sekangkang kera ini jugak yang menjadi perhatian? Sedangkan dari segi keluasan tanah, amatlah tidak logik untuk dijadikan pusat latihan aeroangkasa.

Malas nak cakap... Mari kita lihat keratan peta dibawah ini.
Dalam petunjuk yang ditandai dengan nombor [1], itulah keluasan tanah GiatMARA Selayang. Secara mudahnya, logikkah tanah sekangkang kera ini nak dibuat pusat latihan industri penerbangan? Mana tempat parking pesawat? Hangar? Nak korek masuk dalam tanah ke? Macam tak logik jer.... Malah kawasan tersebut juga sudah sempit dengan banggunan yang lain. Jadi macam mana nak tolak pesawat yang besar-besar untuk masuk ke dalam banggunan tersebut? Nak suruh doraemon kecikkan?

Bagi aku, kalau betul MB Selangor ni nak buat sangat pusat latihan penerbangan ni, sepatutnya dia ambil alih tanah jerat cina yang ditandai dengan nombor [2] itu. Ada gaklah logiknya. Tanah besar dan luas. Buat apa membazir tanah semata-mata untuk tujuan perkuburan? Itu antara tanah yang luas yang paling hampir dengan GiatMARA Selayang.

Selain itu juga, MB Selangor boleh sahaja mencadangkan agar Unisel (Universiti Selangor) menubuhkan fakulti berkaitan di Kampus Unisel di Batang Berjuntai. Aku rasa situ lebih sesuai dan strategik.

Sekarang mari tengok peta kedua ini :
Peta yang kedua ini merupakan kampus UNIKL Malaysian Institute of Aviation Technology (IPT Bawah Seliaan MARA) yang terletak di Dengkil, Selangor. Nampak tak perbezaan keluasan tanah kampus UNIKL MIA dengan keluasan tanah GiatMARA Selayang. Besar lagi UNIKL MIA bukan???? Ada tempat parkir pesawat, ada hangar, kawasan luas... Maka logik gak lah nak buat pusat latihan industri penerbangan kat sini dengan keluasan tanah sebesar itu. Yang Tanah GiatMARA Selayang tu macam mana? Takkan Kerajaan Selangor nak buat Hangar bawah tanah? Sedangkan UNISEL tak ada bajet nak jaga... Nak tambah beban buat pusat latihan industri penerbangan? 

Jadi kepada pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah.... Disaat kerajaan berusaha memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak bangsa, mereka bertindak sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute