ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 8 January 2014

SURAT 'PENGIKTIRAFAN ICJ' KEPADA 'SULTAN MELAKA' ADALAH SURAT PALSU

Oleh : AJ

1. Kepala Surat berkenaan ternyata berbeza dengan kepala Surat Standard surat rasmi yang dikeluarkan oleh ICJ. Contoh surat adalah seperti dibawah :
Rujuk : 
http://alicefish.net/letters.htm
http://hawaiiankingdom.org/blog/?p=964
http://archive.adl.org/mwd/gallery.html

2. SWISS International Group. Apa latar belakang Swiss International Group ini? Setelah semakan yang kami lakukan, mendapati Syarikat ini beroperasi di Hong Kong. Namun status semasa syarikat ini pula tidak diketahui. Apakah jenis perniagaan yang dijalankan dan apa pula perkhidmatan sebenar-benarnya. Malahan Syarikat 'Hantu' ini juga tidak mempunyai Laman Web mahupun blog mereka sendiri. Berikut merupakan status syarikat ini berdasarkan carian di laman web.
Rujuk : http://www.companies-hongkong.com/swiss-international-group-limited-og1x/

3. Cop berwarna Merah tersebut pula tidak ada pada surat-surat rasmi yang dikirimkan oleh ICJ pada pihak-pihak lain. Malah warna Merah dan bentuk cop yang dikenakan keatas 'surat rasmi ICJ' yang dipegang oleh 'Sultan Melaka' itu pula menghampiri cop-cop masyarakat Cina. Contohnya seperti dibawah :
Rujuk : http://www.easytourchina.com/photo-p9881-traditional-seals

4. Mengapa wujud tulisan kaligrafi CINA pada cop yang mempunyai logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? Dan apa motifnya cop berlogokan PBB disitu tanpa sebarang tanda tangan daripada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Kin Moon? Dan lebih pelik mengapa pula perlunya cop berlogokan PBB disitu sedangkan badan berkenaan sudah diiktiraf reputasinya oleh PBB?

5. Sama juga pada persoalan di nombor empat (4) kenapa wujud juga tulisan kaligrafi Cina pada cop berkenaan. Namun dalam cop ke lima (5) ini, tidak dikenal pasti pula apakah logo badan dunia yang digunakan? Dan lebih memelikkan apa pula kaitan NATO (North Atlantic Treaty Organization atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dalam kes di ICJ? NATO adalah pertubuhan negara-negara eropah dan Amerika Utara dalam jaringan kerjasama keselamatan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ICJ.

Sebenarnya masih banyak perkara berbangkit yang boleh dipersoalkan. Antaranya bila kes ini dibawa ke mahkamah? Bila prosiding perbicaraan. Siapakah peguam yang mewakili beliau di ICJ dan siapa pula peguam yang mewakili kerajaan Melaka dan Persekutuan di ICJ. Malah yang lebih penting dimana pula letaknya 'mohor kerajaan Melaka'. Ini kerana dalam mana-mana Kesultanan Melayu, mohor merupakan lambang kesultanan dan kedaulatan sesebuah Sultan selain keris.

Rujukan :

http://mynewshub.my/2014/01/06/sultan-melaka-dakwa-dapat-dana-tabung-dunia/#.Us1Jw_QW3N0
http://mynewshub.my/2014/01/04/sultan-melaka-murka-dalam-facebook/
http://www.thesundaily.my/news/921954
http://www.mysumber.com/berita/raja-noor-jan-shah-raja-tuah-kini-sultan-melaka

11 comments:

  1. Bersemayam ke dalam ......

    ReplyDelete
  2. ada macam2 jenis gila dalam dunia ni ....

    ReplyDelete
  3. Walaupun benar dia ni keturunan raja melaka yang sah, menurut sejarah, kerajaan melaka telah dijatuhkan oleh portugis. Dan raja melaka (dizaman tu) gagal utk ambik semula melaka. Lepas belanda then british pun xdpt nk tawan semula melaka. Meaning that, kerajaan asal melaka telah di singkirkan. Melaka dh takde raja dah. Melaka dh ikut system portugis, belanda & british.

    Kalau keturunan dia dlu pernah tawan semula melaka masa british, atau ada deal ngan british utk iktiraf dia dia raja boleh la dia ditabalkan jd sultan kot.

    Mcm penang, adakah sultan kedah boleh claim balik penang walaupun francis light khianat perjanjian? Adakah sultan kedah boleh claim segenting kera jd hak milik kerajaan kedah? Adakah melayu boleh claim balik singapura?

    ReplyDelete
  4. Sila lawat FB Ricky nathaniel:

    https://www.facebook.com/greatdynamicinvestment

    http://fineartamerica.com/featured/icj-trust-rating-certificate-ricky-nathaniel.html

    Boleh ditemui sebahagian jawapan kepada soalan2 di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Di ICJ website pon tak pernah ade referred case pasal Sultan Melaka,
    http://www.icj-cij.org/docket/index.php?p1=3&p2=2

    ReplyDelete
  6. Surat ni laku kat negeri China sebagai Maharaja China.

    ReplyDelete
  7. Knpe susah2 nk.jd sultan melaka..slme ni elk jk.melaka.tanpa sultan..xperlulah nk jd sultan melaka..melaka aman damai dxah slme ni tnpa ad sultan melaka...jika bnr anda keturunan sultam melaka..jaga skit nama baik tu...

    ReplyDelete
  8. sebelum ni org sulu filipina claim sabah diaorg punye,siap berperang dgn msia....ni muncul pulak ngaku sultan melaka guna surat ICJ......macam2 hal dunia skrg ni....ada2 saja ...lepas ni xtau pulak ape yg muncul............

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute