ANGGOTA BOMBA DIGARI DAN DITAHAN KERANA MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN

CALIFORNIA - Seorang anggota Bomba telah ditahan oleh polis lebuhraya ketika beliau sedang membantu seorang mangsa kemalangan jalanraya ekoran keengganan anggota bomba berkenaan untuk mengalihkan jenteranya dari laluan trafik.

Anggota bomba yang tiba awal di lokasi kejadian telah meletakkan jentera mereka di tengah-tengah jalan bagi menghalang trafik selain melindungi mereka yang bertugas di lokasi kejadian.

Tindakan polis berkenaan telah mencetuskan kritikan dikalangan masyarakat terutama di media sosial seperti di facebook yang mengkritik tindakan anggota polis yang menahan anggota bomba yang sedang menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan.

Sumber : http://rt.com/usa/california-cop-arrests-firefighter-crash-912/

Post a Comment

0 Comments