ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 26 February 2014

IRAQ BELI SENJATA DARI IRAN : WASHINGTON TUNTUT PENJELASAN - SEKADAR SATU SANDIWARA ANTARA MAJUSI DENGAN NASRANI

BAGHDAD - Pegawai kewangan Kerajaan Iraq dilaporkan telah mengeluarkan bajet berjumlah 195 Dolar Amerika bagi membeli peralatan senjata dan peluru dari Iran, sekaligus mencetuskan pergeseran diantara Baghdad dan Washington.

Dalam pada itu Kementerian Pertahanan Iraq telah menafikan dakwaan pembelian berkenaan. Namun begitu seorang ahli parlimen Iraq yang memegang portfolio dalam jawatankuasa keselamatan dan pertahanan mengesahkan pembelian alatan senjata dengan Tehran.

Dalam pada itu, Washington telah menuntut penjelasan dari Baghdad berhubung isu tersebut ekoran Iran berhadapan dengan sekatan ekonomi oleh PBB. Dalam pada masa yang sama seorang ahli senat Amerika menuntut agar Washington menggantung penjualan 24 buah helikopter Apache sehingga isu berkenaan diselesaikan.

Amerika Syarikat merupakan pembekal senjata kepada kerajaan Perdana Menteri Nouri al-Maliki untuk membantu memerangi militan al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan serpihan yang berkaitan dengan aktiviti keganasan.

Dalam masa yang sama kerajaan Syiah yang dipimpin oleh Maliki mempunyai hubungan yang kukuh dengan Iran, kuasa terbesar Syiah di rantau berkenaan. Washington telah bersaing dengan Tehran untuk melebarkan pengaruh di Iraq sejak tahun 2003 setelah kejatuhan diktator Sunni Saddam Hussein dalam pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Untuk rekod tentera AS telah meninggalkan Iraq sejak bulan Disember 2011.

Sumber - Reuters

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute