ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 February 2014

JAWI BUKA KERTAS SIASATAN KES KASSIM AHMAD

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengenalpasti beberapa orang saksi yang menghadiri seminar berkenaan.

"Saya menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya menghentikan sebarang provokasi bagi mengelakkan sebarang ketidakharmonian," kata kenyataan itu. 

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi bagi membantu siasatan.

Pada Ahad lepas, Kassim dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat.

Di IPOH, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Kassim Ahmad dan umat Islam yang bersetuju dengan ucapan yang disampaikannya di seminar itu agar bertaubat kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan ucapan Kassim yang bertajuk "Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang" kerana ia juga mengandungi perkara sangat berbahaya kepada aqidah mereka.

"Asasnya beliau bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa Arab dan ilmu usul Fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum, sebaliknya beliau hanya menggunakan ilmu logik dan ilmu bahasa yang mudah sifatnya," kata Harussani kepada pemberita.

Katanya dalam ucapan itu, Kassim menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam Islam iaitu mempertikaikan dua kalimah syahadah serta selawat, menafikan hadis sebagai sumber syariat Islam serta mengatakan umat Islam mengikut satu "kasta paderi" yang dipanggil ulama, selain rambut wanita bukan aurat.

Ini terserlah apabila rujukan Kassim hanya kepada orang bukan Islam dan beberapa orang Islam yang tidak dikenali dalam dunia akademia umat Islam dan ulama.

Harussani berkata mempertikaikan dua kalimah syahadah adalah perkara yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kerana ini bertentangan dengan hadis Nabi serta mempertikaikan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh ALLAH juga bertentangan dengan ajaran ALLAH dalam al-Quran - ayat 29 surah al-Fath.

"Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu...adalah wahyu yang disampaikan oleh ALLAH melalui malaikat Jibril," katanya.

Harussani berkata mempertikai selawat ke atas Nabi juga bertentangan dengan firman ALLAH dalam ayat 56, surah Al-Ahzab.

4 comments:

  1. Selepas ini pihak JAWI harus menangkap A Kuga Thas dari COMANGO , khafir Harbi yang menghina Islam dalam seminarnya beru2 ini di PJ.Dia tuduh Islam tiada pemimpin selepas Nabi Mohammad S.W.A. Siapa dia yang celupar mencampori urusan agama Islam.Sesuka hati dia sahaja membuat rumusan berdasarkan pemikiran khafirnya yang sempit tentang Islam sekarang ni.Kerajaan mesti bertindak ....dan jangan pula dianggap kerajaan yaang ada ini kerajaan PONDAN pula olih rakyaat.

    ReplyDelete
  2. hai... Isu kalimah Allah ko buat-buat pekak pulak!

    ReplyDelete
  3. Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

    Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.

    Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.

    Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?

    ReplyDelete
  4. yes hadis mesti mngikut alquran bkannya alquran mngikut hadis cuma nabi bgi terang lagi ngan specik hadis sunnah apabila ayat quran turun.....hadis perlu pernilaian semula tuk tentu hadis sahih & x sahih ...krane berita dismpaikan dari seorang ke seorang kdang brtambah & brkurang mngikut org bcrita ..jdi hadis sahih mesti berpandukan al quran.....jika tiada ijtihad akal mesti dgunakan sperti crita pohon tamar yg dkawinkan benihnya tuk mlebatkan buah dlakukan oleh org arab dtgur nabi mngapa buat begitu biarkan shj psti brbuah lebat tp org arab x ikut kta nabi...& nabi kta kamu lebih tahu hal khidupan kamu ..nabi kta benar jika ikut ktanya buah psti lebat tp nabi bagi gak org arab buat plihan.....x sperti skrg kta ulama dpegang knon x de silap salah tp semata mnghalal kan cara tuk capai matlamat ...sperti ulama politik & ulama raja raja x bole sentuh ulama yg jga pemerintah walaupon pemerintah tu zalim krane nak pangkat nak harta yg jdi skrg ni ...hati hatilah kita ngan ulamak camni

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute