ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 4 February 2014

KAEDAH ALTERNATIF BAGI MEREKA YANG GAGAL MENDAPAT TEMPAT DI UiTM BAGI SESI MAC 2014.

Oleh : Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)

PROGRAM EPJJ DAN PLK

UITM (InED) menguruskan empat (4) program pembelajaran secara serentak iaitu Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), Pendidikan Usahasama, Pendidikan Berterusan dan Pengajian Luar Kampus (PLK). Program e-PJJ telah dijalanan sejak tahun 1998. Program ini bertujuan menawarkan pendidikan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kerjaya bumiputera. Mereka juga membantu meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada pembangunan negara. Program ePJJ dijalankan di kampus induk Shah Alam dan juga di kampus negeri dan kampus cawangan. Program-program yang dijalankan adalah:

1 program - Pra-Diploma

10 program diploma

25 program ijazah.

Senarai Program Pengajian Diploma Yang Ditawarkan:

1) AC110 Diploma Perakaunan
2) AM110 Diploma Pentadbiran Awam
3) BM111 Diploma Pengajian Perniagaan
4) BM112Diploma Pengurusan Bank
5) BM115Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
6) BM117Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
7) BM118/OM114Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
8) IM110Diploma Pengurusan Maklumat
9) HM111Diploma Pengurusan Pelancongan
10) SR113Diploma Pengajian Sukan

Pra Diploma

1) PD003 Pra Diploma Perniagaan

Senarai Program Pengajian Ijazah Yang Ditawarkan:

1) AM228 Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian).
2) BM220Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
3) BM222Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
4) BM223Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Ma
5) BM224Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi
6) BM226Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa
7) BM232Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
8) CT223Sarjana Muda Teknologi Kreatif
9) ED220 Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
10) HM220Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pegurusan Hotel
11) HM221Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan
12) HM222Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan
13) HM225Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari
14) HS220Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
15) HS222Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)
16) HS223Sarjana Muda Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian)
17) HS224Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)
18) HS225Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian)
19) IM224Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat (Kepujian)
20) IM225Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian)
21) IM226Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian)
22) MC222Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa(Perhubungan Awam)
23) SR221Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian)
24) AC220Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
25) LW213Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)

Maklumat terperinci senarai program-program, struktur program yang dijalankan, syarat kelayakan boleh dilayari di sesawang http://ined.uitm.edu.my/

Pengendalian Program ePJJ dan PLK

Pelajar perlu mengikut seminar sebanyak 5 kali setiap semester. Seminar yang dijalankan untuk setiap kursus adalah 2 jam setiap sesi. Seminar dijalankan pada hari Ahad bagi negeri-negeri yang cuti umumnya adalah pada hari Sabtu dan Ahad, manakala seminar pada hari Sabtu bagi negeri-negeri yang hari cuti umumnya pada hari Jumat dan Sabtu. Kebiasaannya pelajar mendaftar sebanyak 12 jam kredit setiap semester. Manakala program PLK dijalankan sebanyak 7 seminar dalam satu semester.

1 comment:

  1. for those who graduated from ITM/UITM jangan lah sombong atau meninggi diri sebab that institution helps you get out of your misery.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute