ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 12 February 2014

TAWARAN GERAN* TAHUNAN 1MDB-JAKIM 2014/2015

KEPADA LEPASAN SMAN/SMAR/SABK BAGI PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA @ BIDANG PROFESIONAL DI IPTA, IPTS, MESIR & JORDAN

1. Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lulusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), iaitu sekolah-sekolah di bawah Agensi/Jabatan Agama Islam Negeri yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda @ Bidang Profesional, bagi mendapatkan pembiayaan Geran Tahunan 1MDB-JAKIM Tahun  2014/2015

2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah :
PROGRAM
BIDANG & TAHUN
PENGAJIAN
INSTITUSI
Ijazah Sarjana Muda
Semua bidang pengajian yang diiktiraf JPA dan KPM
Semua IPTA yang diiktiraf oleh kerajaan iaitu:
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Darul Quran JAKIM (program kerjasama Darul Quran-USIM)

Ijazah Sarjana Muda
Lulusan Darul Quran JAKIM Yang menyambung Pengajian di peringkat sarjana muda
(program berkembar) 
  
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
-mempunyai Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM
-sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Quran Sunnah di USIM
Ijazah Sarjana Muda
Bidang :
Perubatan
Pergigian
Pembedahan
Farmasi
Ekonomi
Universiti-Universiti di Timur Tengah:
1.       Mesir:
a) Universiti Al Azhar
b) Universiti Ain Shams
c) Universiti Cairo
d) Universiti Mansoura
e) Universiti Alexandria
f) Universiti Tanta
g) Universiti Zaqaziq
2.  Jordan:
a) Universiti Mu’tah
b) Universiti Al Bayt
c) Universiti Yarmouk
d) Universiti Jordan
PROFESSIONAL
ICSA(Institute of Chartered Secreatries & Administrator), ACCA, CIMA, dan ICAEW (Perakaunan)
3. Syarat-Syarat Permohonan   
i  Warganegara Malaysia dan beragama Islam
ii. Kelulusan SPM : Mendapat sekurang-kurangnya 7A (bagi SPM 2009 ke atas) / 7A1 (bagi SPM 2008 ke bawah) serta kepujian Bahasa Melayu dalam SPM (7A-  adalah tidak layak memohon)
iii. SPM hendaklan diambil di SMAN/SMAR/SABK
iv. Telah berada di IPT atau telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
v. Pelajar belum menerima apa-apa bantuan tajaan/pinjaman dari mana-mana pihak kecuali pinjaman PTPTN (bagi pemohon di IPTA atau IPTS)
vi. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang:
a.       Pendapatan ibu bapa di bawah RM5000 sebulan
b.       Mempunyai Diploma/Sijil Tahfiz daripada Darul Quran JAKIM
c.       Aktif dalam kokurikulum
4. Syarat  Akademik Khas                                  
i. Untuk lulusan Diploma Darul Quran JAKIM yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda dalam program Darul Quran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM):
a) Mendapat sekurang-kurangnya 5B+ (bagi SPM 2009 ke atas) / 5B3 (bagi SPM 2008 ke bawah) dalam SPM dan sekurang-kurangnya GCPA 3.25 di peringkat Diploma Darul Quran
ii. Bagi pelajar tahun kedua dan ke atas mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dengan memperolehi CGPA 3.50
5. Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon               
i. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan
ii. Pelajar dari sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysi seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP/SBPI)
iii.  Pelajar dari Sekolah Swasta atau Maktab Rendah Sains Mara
iv. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/ agensi kecuali bagi permohonan untuk bidang profesional
v. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation
 vi. Pelajar/pegawai yang sedang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa
6. Cara Memohon              
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja di laman web : http://1mdb.islam.gov.my
i)  Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
ii)  Hanya pemohon yang melepasi tapisanakan dipanggil untuk temuduga dan wajib membawa dokumen-dokumen asal seperti berikut:-
  • Kad pengenalan
  • Gambar ukuran pasport
  • Sijil SPM@STAM (bagi yang berkenaan)
  • Slip gaji ibubapa/penjaga
  • Penyata cukai pendapatan/penyata KWSP
  • Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)-bagi pelajar Timur Tengah
  • Surat pengiktirafan JPA/KPM bagi bidang yang diambil
  • Lain-lain (akan dinyatakan kemudian)
iii)  Pertanyaan mengenai pembiayaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88864337 (En.Amin) /4368 (Pn.Sofiah)
7. Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 Februari  2014 (Khamis).  Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon-calon yang berjaya akan dihubungi

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute