HIJAB STAILISTA, SIS, SAFIYYA : PROMOSI FESYEN MUSLIMAH ATAU TABBARUJ JAHILIYYAH?

Oleh : AJ

Beberapa minggu lepas penulis ada menonton 2 buah rancangan di TV9 yang memaparkan fesyen dan trendy terbaru dikalangan wanita 'Muslimah'. Secara umumnya rancangan yang bersifat santai ini dilihat memfokuskan penonton remaja sebagai 'main audience' mereka.

Namun disebalik memfokuskan kepada trend terkini dan fesyen kumpulan yang menamakan diri mereka dengan 'Muslimah', penulis mendapati terdapat banyak kelompangan dalam memahami erti 'Muslimah' yang dijelaskan oleh Nabi dan para sahabat.



Dalam penulisan ini, penulis hanya mahu menyentuh mengenai elemen fesyen yang menjadi kerangka penting dalam program berkenaan. Hasil pemerhatian penulis mendapati, fesyen 'Muslimah' yang ditonjolkan dalam rancangan berkenaan tidaklah menepati spesifikasi atau standard yang ditetapkan oleh ISLAM. Sebaliknya penulis melihat, branding 'Muslimah' digunakan bagi menghalalkan sesuatu yang dilarang dalam ISLAM. 

Kebanyakkan paparan fesyen yang diketengahkan ternyata terlalu sarat dengan hiasan yang mampu menarik minat kaum Adam untuk melihatnya. Atau dalam erti kata lain 'Tabbaruj'. Soalnya berapa ramai diantara penerbit atau pengarah rancangan berkenaan memahami istilah 'Tabbaruj'?

Pengertian Tabarruj

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;

“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lelaki bukan mahram.”

Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;

“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang boleh merangsang syahwat lelaki… 

Terdapat enam pendapat mengenai sifat-sifat Tabbaruj di zaman Jahiliyyah : 

Pertama : seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki.  Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid. 

Kedua : Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya.  Ini adalah pendapat Qatadah. 

Ketiga : Wanita yang memakai wangian.  Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih. 

Keempat : Wanita yang mengenakan pakaian yang dibuat dari batu permata, kemudian dia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.  Ini adalah pendapat al-Kalabi. 

Kelima : Wanita yang mengenakan tudung namun tidak menutupnya, hingga anting-anting dan kalungnya kelihatan…..”



Larangan  Bertabarruj

Pada dasarnya, Islam telah melarang wanita melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). Dengan kata lain, tabarruj adalah hukum lain yang berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum wanita mengenakan tudung dan jilbab.

Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah Subḥānahu wa ta'āla di dalam surat an-Nur ayat 60. Allah Subḥānahu wa ta'āla berfirman:

“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”[an-Nur : 60]

Mafhum muwafaqah ayat ini adalah, “jika wanita-wanita tua yang telah "Menopause" saja dilarang melakukan tabarrauj, lebih-lebih lagi wanita-wanita yang belum tua dan masih punya keinginan untuk nikah.”



Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj

Banyak hadis yang melarang setiap perbuatan yang dikategorikan sebagai tabarruj; diantaranya adalah sebagai berikut;

1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat

Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai busana ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.

Nabi  ﷺ bersabda:

“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk (cemeti) seperti seekor lembu yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan mencium baunya. Padahal, bau syurga dapat dicium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

Ketika mentafsirkan maksud “mutabarrijaat” yang terdapat di dalam surat an-Nur ayat 60, Imam Ibnu al-’Arabi menyatakan;

“Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya. Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah ﷺ yang terdapat di dalam hadis sahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang, dan berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan masuk ke dalam syurga dan mencium baunya.” [HR. Imam Bukhari].

Ini disebabkan, jika pakaiannya nipis, yang boleh menampakkan dirinya, dan ini adalah haram.”

2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram

Nabi ﷺ bersabda;

“Sesiapapun wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti dia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaai]

Imam Muslim juga meriwayatkan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya Nabi ﷺ bersabda;

“Setiap wanita yang memakai wangian, janganlah dia mengerjakan solat ‘Isya’ bersama kami.”[HR. Muslim]

“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim]

Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita Mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara kaum Adam dengan mengenakan wangian yang dominan baunya. 

Adapun sifat wangian bagi wanita Mukminat adalah tidak ketara baunya.   

Ketentuan seperti ini didasarkan pada sabda Rasulullah ﷺ ;

“Ketahuilah, wangian lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat warnanya. Sedangkan wangian wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.”[HR. Imam Ahmad dan Abu Daud]

3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)

Seorang wanita diharamkan berhias selain untuk suaminya.  Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, bahawa Nabi ﷺ bersabda;

“Seorang wanita dilarang berhias selain untuk suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaai]

4. Berdandan Berlebihan

Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek diluar kebiasaan. Misalnya, memakai bedak dengan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya.  Ini kerana, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”

Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah Azza Wajjala berfirman;

“Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[An-Nuur : 31]

Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj. Sedangkan definisi tabarruj adalah idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib (menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki yang bukan mahram). Jika dinyatakan; seorang wanita yang telah bertabarruj, ertinya, wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang yang bukan mahramnya. Atas dasar itu, setiap perbuatan mengenakan perhiasan atau menampakkan kecantikan yang akan mengundang pandangan kaum lelaki termasuk dalam tindakan tabarruj yang dilarang.

Berdandan kecil (dengan kadar sedikit), baik dengan lipstik, bedak, eye shadow, dan lain sebagainya dipandang merupakan tindakan tabarruj. Ini kerana, semua tindakan ini ditujukan untuk menampakkan kecantikan dirinya kepada orang yang bukan mahram.

5. Membuka Sebahagian Aurat

Wanita yang mengenakan topi kepala tanpa bertudung; mengenakan seluar tanpa mengenakan jilbab, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.

Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah ﷺ;

“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk (cemeti) seperti ekor lembu yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya berbonggol seperti bonggol unta.  Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya.  Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]


Di dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata,

“Hadis ini termasuk salah satu mukjizat kenabian. Sungguh, akan muncul kedua golongan itu. Hadis ini membincangkan mengenai celaan kepada dua golongan tersebut…. Sedangkan ulama lain berpendapat, bahawa mereka adalah wanita-wanita yang menutup sebagian tubuhnya, dan menyingkap sebahagian tubuhnya yang lain, untuk menampakkan kecantikannya atau kerana tujuan yang lain.”

Menggelung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam. Sayangnya, perbuatan menggelung rambut seperti telah membudaya di tengah-tengah masyarakat, dan mereka tidak menyedari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah Azza Wajalla.

6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi

Wanita dan lelaki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik. Dari Ibnu Umar R.A diriwayatkan, bahwasanya Rasulullah ﷺ mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Dalam riwayat lain dituturkan, bahawa Ibnu Mas’ud R.A berkata;

“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang mencukur keningnya, dan orang yang mengergaji giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”. Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?” Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah ﷺ ; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah Azza Wa Jalla berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan yang terkategori tabarruj masih banyak, tidak hanya perbuatan-perbuatan yang telah dijelaskan di atas. Masih banyak perbuatan-perbuatan lain yang termasuk tabarruj.

Kesimpulan 

Melalui pemahaman terhadap dalil-dalil yang telah disebutkan, maka tindakan tabarruj seorang wanita dalam hukum syara’ adalah setiap usaha mengenakan perhiasaan ataupun menampakkan perhiasaan dan kecantikannya yang mampu mengundang pandangan lelaki bukan mahram untuk memperhatikan dirinya (idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib)

Sedangkan yang sepatutnya seorang isteri itu hanya berhias di hadapan suaminya; atau berdandannya seorang isteri itu ketika dia ada di rumah, adalah tindakan yang diperbolehkan tanpa ada khilaf (perbezaan pendapat).

Tabarruj adalah perbuatan haram dan berbahaya bagi kehidupan kaum Muslim. Sudah seharusnya setiap Muslimah memahami makna tabarruj ini, sehingga mereka dapat memperhatikan pakaian, perhiasan, "perfume", gaya berjalan (sikap tubuh), aksesori yang mereka gunakan pada pakaian mereka agar tidak menarik dan mengundang pandangan lelaki bukan mahram kepada dirinya. Kerana jika hal tersebut berlaku, maka perbuatan tersebut termasuk tabarruj.  

Berdasarkan hujjah yang dibentangkan, ternyata segala macam 'fesyen Muslimah' yang dipaparkan di rancangan berkenaan bukanlah mempromosikan 'gaya pemakaian Islami' sebaliknya mempromosikan Tabbaruj kepada kaum perempuan muslim yang menonton rancangan berkenaan.

Sudah sampai masanya, pihak-pihak stesen televisyen dan juga penerbit majalah memikirkan semula 'imej Muslimah' yang hendak ditampilkan dalam paparan media. Adakah imej Muslimah yang mahu ditampilkan itu hanyalah untuk tujuan komersial (rating rancangan) atau mahu mendidik manusia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan disini kita semua mempunyai tanggungjawab menerangkan kepada mereka yang barangkali tersilap memahami istilah 'Fesyen Muslimah'. Kerana yang pasti, kita semua bertanggungjawab menyampaikan peringatan Allah dan Rasulnya kepada saudara muslim kita.

Wallahu’alam

Post a Comment

7 Comments

  1. pompuan kena duduk rumah jadi hamba seks laki dan bila keluar rumah kena pakai selekeh dan berbau busuk?

    ReplyDelete
  2. Oh tak... pompuan tak payah dok rumah. Jamu mata lelaki kat luar dengan pakai cantik dan seksi. Kepada patutlaa; Allah bagi mata untuk membaca, dah baca belum hadis kat atas?

    ReplyDelete
  3. Ada ke Dia kata kena pakai selekeh dan busuk?KO jgn kawin la nnti kena jadi hamba seks..pi join SIS sesuai utk ko..

    ReplyDelete
  4. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fahmadsamantho.wordpress.com%2F2014%2F03%2F18%2Feconomic-hit-men-agen-perampok-ekonomi%2F&h=nAQH_wg5-&s=1

    ReplyDelete
  5. agama islam berasaskan ........kepercayaan kepada allah........dan rasulnya ,nabi muhammad s.a.w.........serta hari kiamat/akhirat..........sekiranya ada tuduhan sesat untuk mana mana individu.....serta pertubuhan.........atau kumpulan ......hendaklah beritahukan kesesatan nya ....dari segi .....apa.....agar senang .....semua pihak memahaminya........agar tidak keliru...berpanjangan..........selain dari pandai dengan menuduh orang lain sesat........

    ReplyDelete
  6. agama itu nasihat ,tapi nasihat itu ubat yang sangat pahit untuk sihamba hawa nafsu....demikianlah sedikt/cebisan ilham dari alim ulama pewaris nabi serta mereka mereka yang mengenal allah.........

    ReplyDelete
  7. ghibah/mengumpat ialah menuturkan keburukan saudaranya,sama ada badan,nasab,perbuatan,ucapan,agama,dunia,bahkan,baju,salendang dan tunggangannya/mengatakan pakaiannya,kebesaran/kekecilan,apalagi jika kAU SEBUT SESUATU YANG MENYAKITKANNYA...DAN BAGAIMANA PULA HAL NYSA DENGAN FITNAH......ADAKAH DARI KALIAN SUKA MEMAKAN BANGKAI DARI SAUDARANYA SENDIRI........INILAH KETENTUAN AGAMA......SEMUANYA AKAN DI PERTANGGUNG JAWABKAN DIMAHKAMAH........KEADILAN ALLAH DI PADANG MASYAR DI HARI KIAMAT...NANTI.......AMBIL SEBAGAI INGATAN DAN PENGAJARAN......JIKA SEKIRANYA ANDA SEORANG UMAT ISLAM YANG BER IMAN...........PADA ALLAH SUBHANUATAALA DAN RASULNYA NABI MUHAMMAD .S.A.W.....SERTA HARI KIAMAT.......

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.