ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 31 March 2014

[JOM BELAJAR ILMU POLITIK - SIRI 3] : ANTROPOLOGI POLITIK

Oleh : K. Ramanathan

Antropologi politik ialah kajian tentang amalan dan isntitusi politik dikalangan berbagai kumpulan etnik terutama di kalangan kumpulan masyarakat primitif. Antroplogi politik mengkaji perhubungan tingkah laku politik dengan kumpulan budaya yang lebih besar dan juga mengkaji bagaimana amanalan dan institusi politik berkembang.

Pendekatan Antropologi : Pergerakan ataupun kegiatan politik selalunya dipengaruhi oleh kebudayaan. Konsep-konsep antropologi berfaedah untuk mengkaji kuasa dalam sistem-sistem sosial di mana politik tidak berinstitusi, seperti dalam kelompok-kelompok tradisional, ataupun dalam keadaan tidak terdapat peranan pemimpin secara rasmi. Sempadan-sempadan politik juga ada kalanya ditetapkan oleh sempadan-sempadan kekeluargaan ataupun keturunan.

Ringkasnya pendekatan antropologi penting dalam kajian politik.

Ciri-ciri pendekatan ini : -

1. Kebudayaan dan masyarakat dikaji secara keseluruhan.

2. Pendekatan ini memerlukan kajian secara empirik bukan moralistik berdasarkan andaian-andaian yang tidak boleh diuji.

3. Dalam pendekatan ini soalan-soalan yang ditanyakan oleh ahli-ahli antropologi adalah secara perbandingan.

Bibilografi :

K. Ramanathan, 1988. Konsep asas politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

1 comment:

  1. Tuan,mohon jasa baik dari pihak tuan untuk pautkan link http://www.utaranews.com di blog tuan..untuk makluman tuan,pihak kami telah pautkan link blog tuan di portal utaranews.com.terima kasih.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute