ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 8 March 2014

MASA TERBAIK UNTUK @anwaribrahim BERMUBAHALAH

Oleh : AJ

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar Ibrahim, bersalah diatas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan, sekaligus menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Anwar Ibrahim dengan keputusan 2-1 (2 sokong - 1 menolak) atas FAKTOR TEKNIKAL.

Sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan ini menguatkan lagi Penghakiman Makamah Persekutuan yang membebaskan Anwar berbunyi;

"Bukti bagi mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) telah terlibat dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa insiden yang didakwa di Tivolu Villa itu sebenarnya berlaku..."

[Rujuk : Keputusan Mahkamah Persekutuan telah dilaporkan sebagai Dato' Seri Anwar lwn PP & Satu lagi Rayuan (2004)3 CLJ 737 FC.]

Jadi, jika keputusan penghakiman mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar pun cenderung bersetuju menyatakan Anwar menjalankan aktiviti yang tidak sihat itu, apakah keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan pembebasan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak boleh dijadikan sandaran?

Dalam masa yang sama mari kita sama-sama berfikir dengan beberapa tindakan Anwar dan barisan peguamnya.

1. Anwar tidak mahu walau sekalipun berada dalam kandang tertuduh bagi disoal oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Shafee Bin Muhamad Abdullah yang juga merupakan teman rapat beliau sejak dari kecil.

2. Anwar gagal untuk menafikan beliau bukanlah tertuduh yang berada dalam rakaman CCTV di tempat kejadian.

3. Anwar dan barisan peguamnya gagal membalas persoalan mengapa air mani beliau boleh wujud dalam dubur Saiful Bukhari Azlan.

Berikut pula antara soalan yang akan dimainkan oleh pembangkang....

1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang. 

JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless... Ahha..

2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah.

JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0.

3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.

JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang.

4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak.

JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham?

5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat.

JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain.. Banyak shantik muka korang?

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute