NUJUM PAK BELALANG EDISI 4CM

12:40 tengahari: Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. “Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?,” soalnya.

Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: “Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?”

“Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebabkan Anwar dibebaskan).

“Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain”.

Hakim Aziah menjawab, “Kami tonton CSI”, yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.

Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti amat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.

Persidangan mahkamah ditangguhkan dan akan bermula semula pada jam 2.30 petang

Baca selanjutnya disini : http://mynewshub.my

Post a Comment

0 Comments