MENJAWAB FITNAH @realDrMAZA YANG DILEMPARKAN DI MASJID AL-MURSHID, PAUH, PERLIS cc @drmazacom @abuaqifstudio

Oleh : AJ

Penulis sebenarnya malas nak melayan kerenah bekas mufti yang sedang meroyan ekoran tidak dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun YDP YADIM mahupun ahli Majlis Tertinggi UMNO. Namun disebabkan fitnah tersebut dilemparkan di Masjid Al-Murshid Pauh, Perlis, maka penulis berasa bertanggungjawab untuk menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis ini.

Dalam ceramahnya yang berlansung, sang mantan Mufti berkenaan telah mendakwa bahawa kumpulan ulama muda yang sebelum ini pernah mengeluarkan larangan untuk memberontak keatas Hosni Mubarak, dikatakan diam apabila kejadian berkenaan turut berlaku keatas Morsi.

Setelah membuat sedikit penyelidikkan, penulis mendapati sebuah artikel telah dikeluarkan pada 5 Julai 2013 di laman blog Ustaz Idris Sulaiman yang juga merupakan ahli Majlis Syura iLMUan Malaysia. Artikel tersebut adalah transliterasi yang dilakukan berdasarkan rakaman audio sesi soal jawab Kuliah Syarah Al-Sunnah Imam Al-Barbahari, 05.12.2012, minit 00:54:39 hingga 01:08:55). Berikut merupakan transkripsi soalan berserta jawapan ;

Soalan : Adakah rakyat Mesir dikira berjihad ketika memberontak menjatuhkan Hosni Mubarak, dan sekarang ingin menjatuhkan Morsi pula hanya kerana atas tafsiran mereka bahawa beliau zalim. Apa yang sepatutnya rakyat Mesir lakukan, adakah mereka patut menyokong Morsi atau menyokong penentang Morsi sekarang (penyokong Hosni Mubarak)?

Jawapan:

Inilah fitnah. Benda yang dibuat dengan cara yang tidak baik, akan menghasilkan akibat yang tidak baik.


كَمَا تَدِيْنُ تُدَانُ

“Seperti mana apa yang engkau lakukan, maka seperti itulah balasan yang akan engkau rasakan.”

Hari itu engkau memberontak, hari ini orang memberontak ke atas engkau.


الْجَزَاءَ مِنْ جِنْسِ الْعَمَلِ

“Balasan itu sesuai dengan amal perbuatan.”

Kita akan mendapat hasil dari apa yang kita buat. Itu secara umum.

Namun dari segi soal ketaatan, adakah ada jihad? Jihad apa? Jihad adalah untuk menentang musuh. Jihad adalah untuk menentang orang kafir. Sejak bila pula adanya jihad untuk menentang orang Islam? Itu khawarij. Seperti mana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa,


يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ

“Mereka memerangi orang Islam, dan mereka meninggalkan penyembah berhala (orang-orang kafir).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang Islam dia perangi, orang kafir dia lepaskan. Ini masalah orang Khawarij, yakni pemberontak-pemberontak. Kamu hendak pergi memberontak, hendak buat demonstrasi, pergilah ke Israel. Kamu hendak buat kekecohan, rusuhan, pergilah ke Amerika.

Tidak, sebaliknya mereka memberontak ke atas pemerintah-pemerintah Islam. Ini sama sekali bukan sifat Ahli Sunnah, kerana perbuatan seperti ini dianggap sebagai Khuruj yakni menentang pemerintah di mana ia adalah sifat orang-orang Khawarij.

Banyak hadis-hadis menyuruh supaya kita dengar dan patuh terhadap pemerintah. Dan permasalahan di Mesir, ada satu syubhat iaitu pemerintah dahulu iaitu Hosni Mubarak telah digulingkan. Adakah perbuatan itu dibenarkan dalam Syarak? Jawapannya tidak dibenarkan. Itu adalah perbuatan yang bercanggah dengan Syarak. Tidak ada dalam Syarak istilah menggulingkan pemerintah.

Apa yang ada adalah dengar dan patuh, dengar dan patuh walaupun mereka zalim, walaupun mereka melakukan maksiat dan sebagainya. Itu jelas.

Tetapi sekarang, pemerintah dahulu telah digulingkan, lalu datang pula pemerintah baru yang telah menaiki takhta. Bagaimana pula kita dalam keadaan seperti ini? Hal ini telah dijelaskan oleh para Ulama sejak dahulu, Ulama-ulama salaf telah menjelaskan tentang hal ini.

Di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitab Masa-il ataupun di dalam Kitab Al-Ahkam Al-Sulthaniyyah di mana Imam Ahmad mengatakan bahawa barangsiapa yang telah digulingkan dengan pedang sehingga orang yang menggulingkan itu telah menjadi Khalifah, dan Khalifah yang baru ini telah disepakati (telah menjadi Khalifah yang baru dan yang lama telah digulingkan) maka tidak halal bagi seorang yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat untuk dia bersemalaman tanpa dia taat kepada pemerintah yang baru.

Kalau sudah ada pemerintah yang baru, walaupun dia naik takhta dengan cara penggulingan, kita tidak bersetuju dengan perbuatannya menggulingkan pemerintah, tetapi kalau dia sudah naik takhta, maka menjadi kewajipan ke atas semua umat Islam di tempat itu untuk taat kepada pemerintah itu.

Jadi kalau kita lihat di Mesir, mereka sudah ada pemerintah yang baru, maka menjadi kewajipan kepada rakyat di sana untuk taat kepada pemerintah yang baru itu. Kenapa? Kerana Syarak secara umumnya bertujuan untuk menjaga maslahat dan menghindari daripada mudharat. Kenapa dilarang kita menggulingkan pemerintah? Kerana perbuatan itu jelas akan membawa kepada mudarat yang lebih besar.

Tetapi kalau keadaan sekarang ini, keburukan dan kejahatan sudah berlaku, iaitu perbuatan menggulingkan pemerintah itu telah berlaku. Kita tidak bersetuju dengannya, tetapi Allah telah takdirkan dan ia tidak dapat dihalang. Maka apakah perbuatan jahat itu hendak dibalas dengan kejahatan, dengan kita menggulingkan dia balik? Itu jelas mudharat dibalas dengan mudharat. Hal ini bercanggah dengan Syariat Islam. Sebaliknya dalam masalah seperti ini, kita di antara dua pilihan. Mudarat yang lebih besar, dan mudarat yang lebih kecil.

Mudharat yang lebih besar adalah untuk kita menggulingkan dia balik. Mudharat yang lebih kecil adalah untuk membiarkan dia kekal pada tempatnya itu, walaupun dia mengambil tampuk pemerintahannya dengan cara yang zalim juga.

Syarak menetapkan kaedah,


إرتكاب أخف الضررين

“Memilih mudharat yang lebih ringan dari dua mudharat.”

Maka dalam hal ini, tindakan yang benar adalah dengan kita taat kepada pemerintah yang baru, jangan digulingkannya pula kerana perbuatan itu tidak akan berkesudahan. Guling mengguling, akhirnya umat Islam yang akan rugi.

Hal ini seperti yang berlaku kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, anak kepada Khalifah yang kedua, Umar Al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu. Seperti mana pada zaman hidupnya, berlaku guling mengguling di antara Abdul Malik bin Marwan dengan Abdullah bin Al-Zubair. Abdul Malik bin Marwan dan Abdullah bin Al-Zubair berperang mengakibatkan fitnah.

Apa pendirian Abdullah bin Umar, Sahabat yang merupakan anak kepada Sahabat juga? Ketika fitnah, dia melepaskan tangan. Ini zaman fitnah. Seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,


تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Berpegang teguhlah dengan Jamaah Muslimin dan Imam (pemerintah) mereka. Aku (Huzaifah bin Al-Yaman) bertanya, “Jika mereka tidak punya Jamaah dan tidak punya Imam?” Baginda menjawab, “Maka hendaklah kamu memencilkan diri kamu (berlepas diri), walaupun kamu terpaksa menggigit akar pohon sampai kamu mati dalam keadaan demikian.” (Riwayat Bukhari)

Nabi memerintahkan supaya kita memencilkan diri, duduk dalam rumah dan jangan memasukkan diri kita ke dalam fitnah dan menyemarakkan lagi api fitnah itu. Itu dalam keadaan fitnah tidak ada pemerintah, tidak tahu siapa pemerintah, keadaan belum lagi reda, keadaan negara huru hara, masing-masing berperang.

Kalau pemerintah itu sedang digulingkan, kita wajib menyokong pemerintah. Tetapi ini kalau dalam keadaan pemerintah tidak ada, sudah diguling, dan pemerintah yang baru belum ada, masih lagi berperang. Proses pertukaran pemerintah bukan mudah, apabila pemerintah telah digulingkan, bukan semua keadaan pemerintah yang baru terus naik. Tidak. Apabila telah diguling, yang diguling tidak akan duduk diam, yang diguling itu akan berperang.

Maka kalau dalam keadaan tidak jelas siapakah pemerintah, di dalam keadaan fitnah, umat Islam disuruh supaya mengelakkan diri dari fitnah, jauhkan diri dari fitnah. Tinggal di dalam rumah. Kalau ada pedang, campakkan pedang. Ambil pedang dari kayu, sebagaimana yang disarankan dalam hadis,


سَتَكُوْنُ فِتَنٌ وَفِرْقَةٌ فَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ فَاكْسِرْ سَيِفَكَ وَاتَّخِذْ سَيْفاً مِنْ خَشَبٍ

“Kelak akan ada banyak fitnah (kekacauan, huru hara) dan perpecahan. Apabila terjadi seperti itu maka patahkanlah pedangmu dan ambillah pedang dari kayu.” (Riwayat Ahmad)

Mengapa disuruh kita mengambil pedang dari kayu, supaya jangan sampai termasuk dalam fitnah, dan jangan sampai saling bunuh membunuh di antara satu sama lain. Itu yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar. Maka akhirnya hanya apabila Abdul Malik bin Marwan menaiki takhta di mana Abdullah bin Zubair kalah, barulah Ibnu Umar melafazkan bai’atnya kepada Abdul Malik bin Marwan walaupun dia menaiki takhta dengan cara perang.

Hakikatnya ini yang dijelaskan dalam riwayat Imam Al-Syafi’i di dalam kitab yang dikarang oleh Imam Al-Baihaqi iaitu Manaqib Al-Syafi’i. Imam Al-Syafi’i menyebutkan bahawa Umat Islam telah ijma’ di dalam hal ini, ijma’ bahawa hendaklah taat kepada pemerintah walaupun dia telah menaiki takhta itu dengan cara menggulingkan pemerintah sebelumnya.

Tidak semestinya pemerintah itu naik dengan cara Syura baru perlu taat. Sebaliknya (wajib taat) walaupun dia naik dengan cara mengguling atau membunuh pemerintah, iaitu seburuk-buruk kejahatan. Kalau dia telah menaiki takhta, maka wajib taat kepada pemerintah yang baru walaupun dia naik dengan cara yang zalim.

Hal ini juga telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari. Ibnu Hajar mengatakan bahawa Ulama Salaf telah ijma’ di dalam masalah ini. Tidak ada perselisihan bahawa wajib taat kepada pemerintah yang baru walaupun dia naik takhta dengan cara yang zalim.

Maka bagi Umat Islam di Mesir, sudahlah. Jangan hendak dilanjutkan dan dipanjangkan huru hara itu. Cukup dengan huru hara yang sudah berlaku. Ini semua akibat dari kejahilan, akibat dari mengikuti hawa nafsu. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama perlu kita jadikan sebagai ibrah. Jangan kita menganggap bahawa hendak menukar pemerintah itu semudah hendak menukar baju sahaja. Lihat apa yang berlaku, berapa ramai yang telah mati.

Ada yang kata, “Alahai, yang mati di Mesir semasa Hosni Mubarak dijatuhkan itu cuma 800 je..” Subhanallah.. “Di Syria yang mati cuma 5,000 je..”, “Di Libya ketika Gaddafi digulingkan, yang mati cuma 40,000 je..”

Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menekankan bahawa,


لَزوالُ الدُّنيا أهونُ على اللهِ من قتلِ رجلٍ مسلمٍ

“Untuk dunia ini semua hancur, itu lebih mudah di sisi Allah berbanding seorang Muslim itu dibunuh.” (Riwayat Bukhari, Al-Tirmizi)

Seorang Muslim dibunuh itu lebih besar di sisi Allah berbanding dengan seluruh dunia ini hancur. Apatah lagi kalau sudah lebih dari itu, lapan ratus, empat ribu, lima ribu, empat puluh ribu. Tetapi inilah dia pemikiran Khawarij. Mereka memandang remeh soal bunuh membunuh. Mereka punya salaf (nenek moyang Khawarij) memang bersifat seperti ini dan kita lihat mereka (Khawarij) pada hari ini mewarisi sifat yang sama, memandang rendah jenayah bunuh membunuh sesama Umat Islam.

Maka seperti mana ulama mengatakan bahawa, “mereka memerangi ahli Iman (saudara seIslam mereka) dan meninggalkan orang-orang kafir”.

Kita lihat berapa ramai orang Khawarij yang hendak pergi berjihad di Amerika atau Britain? Tidak ada pula kita dengar mereka mempersiapkan bala tentera untuk berperang dengan negara kafir. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah menyiapkan bala tentera untuk menyerang pemerintah Islam mereka. Ini adalah musibah yang cukup besar.

Akhirnya soal darah saudara seIslam dianggap murah, seperti mana kisah yang disebutkan ini. Mereka sibuk hendak tahu apa hukum darah yang terpercik apabila ditepuk nyamuk; najis atau tidak najis. Mereka (Khawarij) membunuh Saidina Osman, membunuh Ali bin Abi Thalib, membunuh sahabat-sahabat Nabi yang lain, dia tidak bertanya adakah ianya najis atau tidak najis, haram atau tidak haram perbuatan itu. Tetapi dia hendak tahu apa hukum tepuk nyamuk, haram atau tidak haram kerana ia akan mengakibatkan darah terpercik, kerana takut terkena najis. Ini dia mentaliti orang Khawarij.

Semoga Allah melindungi kita dan semua umat Islam daripada memiliki sifat-sifat yang cukup jahat, cukup jelik dan cukup buruk iaitu sifat-sifat orang-orang Khawarij.

Kajang, 05.12.2012

Rujuk : http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/07/05/mesir-jihad-hosni-mubarak-morsi-khawarij/

Komen Pena Minang : Kepada Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bukan cara sunnah melemparkan fitnah keatas musuh politik anda demi mendapatkan perhatian daripada rakyat. Bertaubatlah Dr. Asri. Usah diikut perangai Rafizi Ramli ataupun Anwar Ibrahim. Usah merosakkan status PHD Jayyid Jiddan anda itu.

Post a Comment

8 Comments

  1. Mcm ngaji tak abis je, MAZA ni.

    ReplyDelete
  2. Dr maza kadangkala seperti dilanda jiwa kacau sehinggakan ust badrul amin pernah menggelarnya bapak setan dan umno sering membelanya.kadangkalaitu yg terjadi bila terlalu cerdik.otak bercelaru dan minda jd terganggu.publisiti menjadi idaman.sayang ilmu tinggi disia-siakan bukan utk perpaduan.

    ReplyDelete
  3. PenaMinang aka Abu Aqif spt dibayar gaji oleh Fathul Bari dan Ilmu hanya utk menjawab dan mengkritik Maza

    ReplyDelete
  4. Aku tak faham dia ni Duktur Falsafah
    Sapalah yg luluskan tesis dia ni
    Dia bayoo ker utk dapat tesis dia ni
    Aduuuhai belajaaaq sampai U
    BODOH PIYANG SAMPAI Z...

    ReplyDelete
  5. Mcm tu laa kalau hati x bersih...

    Ada hasadd.....

    Ckp dia langsung x npkkan keikhlasan dan sifat tawadduk.pd ilmu....

    Kesiannn....

    ReplyDelete
  6. mengucapkan sesuatu apatah lagi di dalam masjid mestilah sesuatu yang benar, sesuatu yang ada bukti dan punya kesahihan. sementelah pengucapnya adalah bekas mufti dan bergelar prof madya. andai kajian hanya separuh masak, fakta tidak tepat dan 'homework' tak siap ada lebih baik jangan ada keberanian mengucapkannya. ianya akan menjadi fitnah yang berpanjangan. dari satu mulut ke mulut yang lain akan bersahut-sahutan. kenapakah dr maza menunjukkan contoh kurang bijak? adakah kerana jiwa kacau? atau kerana hajat tak sampai?

    ReplyDelete
  7. Pada anon 27 13:05

    Boleh beri bukti kami dibayar? Jangan tuduh sebarangan bro... jangan ikut perangai Maza yang suka tuduh tanpa bukti.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.