ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 4 April 2014

PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYA TOLONG PERHATI BEBERAPA ISU YANG BERBANGKIT NI JAP... @unimalaya

Oleh : Jebat

Nama Universiti Malaya bukanlah satu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Menjadi sebuah universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya atau singkatannya UM telah banyak melahirkan tokoh-tokoh politik, ilmuan, perubatan dan lain-lain lagi.

Namun begitu, walaupun usia UM yang sudah menjangkau 100 tahun, namun dari segi pengurusannya organisasi UM masih kelihatan lemah berbandung universiti awam yang lain. Disini penulis ingin cuba menaikkan beberapa isu yang dilihat oleh penulis masih gagal diselesaikan oleh pentadbiran UM.

1. Perkhidmatan Kaunter di Pejabat Bendahari.

Pengalaman penulis berurusan dengan perkhidmatan kaunter di Pejabat Bendahari merupakan satu pengalaman yang paling mengecewakan. Walaupun pejabat bendahari sudah ditempatkan di banggunan Canselori baru, namun ternyata dari perkhidmatan kaunternya masih di tahap lama, tidak menggambarkan imej banggunan baru Canselori yang putih dan bersih. Penulis pernah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter bendahari. Bermula dengan tingkat bawah, walaupun kelihatan 3 kaunter dibina di pejabat berkenaan, namun sayangnya, hanya 1 sahaja dibuka pada ketika para pelajar sedang memenuhi ruangan menunggu di pejabat bendahari.

Selain itu juga, penulis hairan dan kecewa ekoran lambatnya respon yang diambil oleh staf-staf di pejabat bendahari di tingkat atas banggunan Canselori. Pernah terjadi dalam suatu ketika dimana seorang dari rakan penulis menekan-nekan loceng yang disediakan di kaunter, namun tidak ada seorang pegawai pun yang tampil di hadapan kaunter berkenaan. Sedangkan pada ketika itu penulis menjenguk diruangan pintu kaca yang memisahkan pejabat dengan ruang luar itu, bukan main banyak staf yang bertugas.

Bayangkanlah apa penulis nak jawab bilamana ada diantara pelajar-pelajar antarabangsa ini mempersoalkan lambatnya tindakan pegawai yang bertugas melayani mereka di kaunter. Apakah persepsi kita terhadap orang Melayu agaknya? Yang pasti, penulis terpaksa menjadi 'jurucakap' tak berbayar kepada UM apabila menceritakan 'betapa sibuknya staf bendahari' kepada beberapa orang pelajar asing yang bertanya kepada penulis mengapa tidak ada sebarang respon daripada staf yang kelihatan di sebalik pintu kaca berkenaan.

Jadi kepada pentabiran UM, sila baiki perkhidmatan di Kaunter Bendahari. Kalau nampak banyak student pada satu-satu masa, bukaklah kesemua kaunter. Janganlah bukak satu kaunter sahaja. Dan pantaslah dalam bertugas. Jika loceng dibunyikan, maka datanglah ke kaunter dengan cepat. Ketahuilah, bahawa Mahasiswa merupakan 'client' utama anda.

2.  Hapuskan sahaja Dinner Night Anjuran Kolej Kediaman

Penulis secara jujurnya tidak bersetuju dengan program yang diwajibkan oleh setiap kolej kediaman di Universiti Malaya. Ditambah lagi dengan unsur paksaan kepada semua mahasiswa untuk menyertai makan malam ini membuatkan penulis semakin mempersoalkan kewajaran majlis ini. Sudahlah dipaksa, bayaran yang tinggi dikenakan keatas pelajar. Setahu penulis, yuran penyertaan (wajib bayar sebab dimasukkan ke dalam akaun pelajar) berjumlah RM100.00. Bayangkanlah amaun sebanyak itu perlu dibayar oleh pelajar semata-mata untuk 'makan' di hotel. Malah ianya adalah satu aktiviti mandatori bagi setiap kolej di UM.

Adalah lebih baik aktiviti yang mengajak mahasiswa 'perasan kaya sementara' ni digantikan dengan aktiviti lain. Sekiranya pihak kolej masih lagi mahu membuat aktiviti bersifat 'makan-makan' ini, mengapa tidak hanya menggunakan Dewan Canselor UM untuk diadakan majlis. Dan untuk urusan katering, mengapa tidak mendapatkan khidmat katering dari rumah Universiti, yang penulis lihat mampu memberikan perkhidmatan penyediaan makanan untuk jamuan. Selain harga yang ditawarkan berpatutan, makanan yang dimasak pun sedap dan lazat.

3. Perkhidmatan BAS Untuk Aktiviti Luar

Berbanding UiTM yang mampu memberikan perkhidmatan bas secara percuma kepada mahasiswa bagi menjalankan aktiviti luar kampus, mahasiswa UM pula terpaksa membayar amaun bagi tujuan menyewa 'bas UM'. Ini adalah satu kepelikkan dimata penulis ekoran Bas UM yang dibeli merupakan wang yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, malah penulis yakin bahawa isu penyelengaraan Bas juga dananya didapati dari pihak kerajaan. Jadi mengapa pula mahasiswa pula kena bayar 'sewa' bas untuk aktiviti luar kampus? Sedangkan tujuan mahasiswa menjalankan aktiviti luar kampus juga adalah sebahagian dari kehendak pihak pentadbiran universiti. Oleh kerana itu adalah wajar sekiranya caj ini dihapuskan.

4. Yuran Gimnasium Dan Kolam Renang

Pada pandangan penulis, adalah sebaiknya sekiranya yuran bagi kedua-dua perkhidmatan ini dihapuskan. Ini kerana kebanyakkan pelajar UM secara umumnya tidak pernah menggunakan kemudahan gimnasium dan kolam renang terutama sekali bagi mahasiswa luar kampus. Jadi sekiranya pihak pentadbiran Universiti Malaya masih mahu mengenakan bayaran, apa kata sekiranya 'mode' yuran ditukar kepada yuran keahlian dimana hanya pelajar yang berminat menggunakan kemudahan ini sahaja dikehendaki membayar amaun tertentu kepada pentadiran.

Itulah serba sedikit cadangan daripada penulis kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya. Mahasiswa bukanlah mahu apa sangat pun, cuma dari segi perkhidmatan yang disediakan tu biarlah berkualiti sikit. Kami ni 'pelanggan' utama anda... 

2 comments:

  1. Antara sebabnya MUNGKIN universiti2 di Malaysia tidak mendapat pengiktirafan ISO MS mengenai PENGURUSAN kot... tak pernah diaudit dari segi pengurusan mahupun keselamatan Universiti oleh pihak yang mengiktirafkan... aku syorkan semua-semua unit atauun bahagian serta jabatan dalam universiti-universiti di Malaysia perlu mendapat penarafan MS ISO. Telah banyak kementerian2, agensi kerajaan pun mempunyai penarafan MS ISO. Sedangkan Kolej TLDM pun sudah mendapat taraf MS ISO. Pada Admin, apakata kita promot skit pada kementerian2 yang tidak ada MS ISO dalam pengurusan agensi kerajaan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute