@anwaribrahim BERSEDIA UNTUK BERPINDAH KE TERENGGANU? #GANUMOVE

Oleh : UCT

Menurut sumber-sumber dari Ibu Pejabat PKR di Tropicana, terdapat ura-ura yang menyatakan Anwar Ibrahim akan 'berpindah' ke Terengganu setelah episod #KAJANGMOVE terhenti ekoran mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut sumber berkenaan, Pengarah Strategi PKR yang terlibat secara langsung dalam program #KAJANGMOVE , Rafizi Ramli yang juga merupakan anak jati Terengganu kini sedang kuat melobi beberapa ketua Cabang PKR di Terengganu agar menyokong usahanya membawa masuk Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihanraya Negeri Terengganu sekiranya DUN Terengganu dibubarkan dalam masa terdekat.

Tindakan ini diambil kerana bimbang dengan keintiman Hadi Awang dengan pihak Istana, yang mungkin menyebabkan Hadi Awang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu untuk kali kedua, sekaligus mengembalikan populariti Hadi Awang sebagai tokoh pemimpin dalam Pakatan yang sedikit tercalar dengan prestasi buruk PAS pada PRU13 yang lalu.

Dalam masa yang sama, sumber berkenaan turut memaklumkan bahawa Anwar telah mengarahkan Mat Sabu dan Husam Musa untuk melobi kepimpinan PAS agar memberikan tekanan kepada Hadi Awang agar DUN Terengganu dibubarkan, sekaligus membuka peluang kepada PKR untuk bertanding dalam Pilihanraya Negeri Terengganu.

Untuk rekod, PKR hanya memenangi 1 kerusi DUN dalam PRU13 yang lepas berbanding PAS, 14 Kerusi DUN.

Post a Comment

1 Comments

  1. Anwar sepatutnya hanya menyediakan diri untuk masuk penjara. Jangan sibuk-sibuk dengan hal lain.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.