ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 24 June 2014

UNDANG-UNDANG SEPINTAS LALU - 2

Oleh : Abdul Aziz Hussin

Apakah Undang-Undang?

Undang-undang kadangkala disebut juga hukum. Undang-undang adalah aturan yang mengawal perjalanan hidup kita atau masyarakat. Ia dibuat oleh kerajaan atau negara. Ada juga undang-undang yang mengikut agama. Undang-undang bertujuan agar kehidupan masyarakat menjadi aman dan sejahtera. Undang-undang mengandungi apa-apa perbuatan yang dilarang atau ditegah, dan apa pula perbuatan yang perlu kita buat atau lakukan. Jika orang tidak mematuhi larangan itu maka dia juga akan dihukum. Ada juga undang-undang yang gunanya untuk memastikan semua pihak mendapat hak masing-masing.

Sumber undang-undang akan dibincangkan dalam bab berikutnya manakala jenis-jenis hukuman yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak mematuhi undang-undang juga akan dibincangkan selepas ini.

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

UNDANG-UNDANG SEPINTAS LALU - 1

Oleh : Abdul Aziz Hussin

Pengenalan

Kita pernah mendengar berita tentang penjenayah dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ada juga penjenayah yang dikenakan hukuman bunuh kerana membunuh orang lain. Kita juga pernah melihat pemandu dikenakan saman kerana melanggar lampu isyarat. Pesalah dan pemandu masing-masing dihukum dan disaman kerana melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Begitu juga halnya dengan orang dewasa yang tidak membawa kad pengenalan, orang itu boleh dihukum. Kalau kita menipu atau mencuri pun kita akan dihukum. Hukuman akan dikenakan di mahkamah. Jika murid sekolah berkelakuan nakal di sekolah, mereka juga akan dihukum oleh guru sekolah. Mahkamah mengenakan hukuman mengikut undang-undang. Begitu juga sekolah akan menghukum murid-murid nakal mengikut peraturan sekolah.

Jika kira lihat kenderaan di jalan raya, kita dapati bahawa kenderaan yang datang dan yang pergi akan mengikut lorong yang berbeza. Kenderaan itu juga menggunakan jalan raya mengikut undang-undang jalan raya.

Kalau pula kita masuk ke rumah orang lain tanpa izin tuan rumah itu, tentulah kita dihalau oleh tuan rumah. Hal ini demikian kerana tuan rumah itu ada hak di sisi undang-undang atas rumahnya itu.

Jadi nampaklah jelas bahawa kehidupan seharian kita perlu mengikut undang-undang.

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

Monday, 23 June 2014

HUKUM LELAKI MANDI SESAMA LELAKI

Assalamualaikum.

1. Saya ingin bertanya tentang batasan aurat lelaki dihadapan lelaki lain. Dari mana dan sampai dimana?

2. Apakah boleh seorang lelaki menampakan seluruh auratnya kepada lelaki lain,seperti  mandi bersama ataupun yang lainnya?

3. Apa hukum lelaki menampakkan auratnya kepada lelaki lain?

4. Apakah boleh sesama lelaki tidur dalam satu katil tetapi tilamnya ada dua bahagian (King size bed)?

Terima kasih.

Dari Maryo

Jawapan:

Waalaikumsalam

Bismillah was solatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,

Allah berfirman,


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ

Perintahkan kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya;”. (An-Nur: 30)

Makna ”memelihara kemaluannya” mencakupi dua hal:

1. Menjaga kemaluan dari perbuatan zina
2. Menjaga kemaluan agar tidak dilihat oleh orang lain.

Kerana itu, ulama sepakat menghukum haramnya membuka aurat di depan orang lain selain isterinya. (al-Hawi fi Tafsir al-Quran al-Karim – tafsir surat an-Nur).

Di ayat lain, Allah ta’ala memuji fungsi pakaian bagi manusia,


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا

Hai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. (Al-A’raf: 26).

Ayat ini mengisyaratkan wajibnya menutup aurat mughalladzah (aurat besar), dan Allah sebut di ayat ini dengan sau-ah.

Kemudian, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang sesama lelaki melihat aurat lelaki yang lain atau wanita melihat aurat wanita yang lain.

Dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, jangan pula seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. (HR. Muslim 338, Tirmidzi 2793, dan yang lainnya).

Aurat Lelaki Antara Pusat hingga Lutut

Majoriti ulama sepakat bahawa batas aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Dalam ensiklopedia fiqh dinyatakan,


عورة الرّجل في الصّلاة وخارجها ما بين السّرّة والرّكبة عند الحنفيّة والمالكيّة والشّافعيّة والحنابلة، وهو رأي أكثر الفقهاء

Aurat lelaki dalam solat mahupun di luar solat, antara pusat hingga ke lutut, menurut Hanafiyah, Malikiyah, Syafiiyah dan Hambali. Dan ini pendapat majoriti ulama. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, 22/118)

Diantara dalil yang menunjukkan pendapat ini adalah hadis dari Ibnu Jarhad, dari bapaknya yang termasuk salah satu ahlus suffah. Beliau menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melihat paha beliau terbuka. Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan,


غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنَ العَوْرَةِ

"Tutup pahamu, kerana itu termasuk surat." (HR. Ahmad 15929, Turmudzi 2798 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Dari keterangan di atas, praktik mandi bersama antara lelaki dengan lelaki yang sudah baligh dan masing-masing membuka aurat, adalah perbuatan yang bertentangan dengan adab Islam.

Allahu a’lam.

Dijawab oleh: Ustaz Ammi Nur Baits (Konsultasisyariah.com)

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

Sunday, 22 June 2014

MANTAN SETPOL MB SELANGOR, FAEKAH HUSIN @faekah_qkn5 SINDIR @AzminAli GAGAL JAGA KEPENTINGAN PKNS @AzminAliOffice @AzminAliClub

Oleh : AJ 

Nampaknya perang 'dingin' diantara  Faekah Husin dengan Azmin Ali masih tidak ada penamatnya. Terbaru, Azmin disindir oleh bekas setiausaha politik MB Selangor, Khalid Ibrahim ekoran kebijakkan tadbir urus Khalid bagi memastikan PKNS terus bernyawa dari diratah dengan rakusnya oleh Azmin Ali. Sindiran Faekah Hussin itu turut mendapat respon dari bekas pembantu Anwar Ibrahim yang memakai akaun Twitter bernama Carlos.

Jika melihat situasi ini, pastilah kita mengetahui bahawa PKR ini sebenarnya tidaklah sekuat mana. Mereka hanya 'menumpang' kepopularan DAP untuk terus kekal dalam kuasa eksekutif negeri Selangor. Masakan tidak, pada PRU 13 yang lalu, DAP dan PAS memiliki 15 kerusi yang jauh lebih banyak daripada PKR, 14 Kerusi. Namun disebabkan DAP tidak mahu PAS menguasai takhta kerusi MB, maka wakil PKR yang kurang 1 kerusi berbanding PAS diangkat menjadi MB.

Walaupun ura-ura menyatakan ahli parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akan diangkat menjadi MB Selangor yang baru sejurus PRU13, namun impian beliau itu gagal tercapai ekoran tindakan Khalid Ibrahim yang terlebih dahulu memaklumkan kepada Istana Selangor mengenai 'konsensus' yang telah disepakati dalam Pakatan Pembangkang bagi mengangkat beliau menjadi MB Selangor.

Dan pastilah dendam Azmin Ali terhadap Khalid Ibrahim tidak berhenti. Maka strategi memburuk-burukkan Khalid mula dirangka. Dan PKNS adalah sebahagian dari perancangan Azmin untuk menjatuhkan kredibiliti Khalid selaku Menteri Besar Selangor yang sah.

Namun yang pasti, politiking Azmin dalam PKR tidaklah se'bersih' Khalid. Beliau kini berhadapan dengan tuduhan merasuah ahli parti bagi memastikan beliau terus dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR.

Baca hal-hal berkaitan disini :

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/09/syed-husin-siasat-dakwaan-rasuah-babitkan-azmin/
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/11/azmin-cabar-chegubard-kemuka-bukti/
http://www.agendadaily.com/component/content/article/325-pilihanraya/11861-rasuah-azmin-nafi-dakwaan-chegubard-.html
http://chegubard.blogspot.com/2014/04/saksi-kekalutan-proses-pengundian.html
http://news.abnxcess.com/bm/2014/06/azmin-ali-nafi-amal-rasuah-dalam-pemilihan-pkr/
http://chegubard.blogspot.com/2014/05/ada-petugas-jpp-jadi-agen-azmin-ali.html
http://chegubard.blogspot.com/2014/06/minta-xavier-dan-azmin-rujuk-surat.html
http://chegubard.blogspot.com/2014/05/desak-tindakan-batal-pencalonan-yang.html
http://chegubard.blogspot.com/2014/06/gagal-pertahan-kepentingan-pkns-yab-tan.html
http://chegubard.blogspot.com/2014/06/kenyataan-rasmi-penggantungan-dan.html
http://chegubard.blogspot.com/2014/06/chegu-bard-lembaga-displin-pkr-perlu.html

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

SUAMI 'BEBAS' ROGOL ISTERI?

Artikel dipetik dari : Utusan Malaysia

Seorang pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan seks dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela atau dipaksa.

Puan L juga ingin tahu sama ada seksyen 375 Kanun Keseksaan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan suami merogol isteri atau marital rape.

Kemusykilan ini ditimbulkan kerana kata Puan L, beberapa negara lain telah menjadikan perbuatan suami mengadakan hubungan seks secara paksa dengan isteri sebagai suatu kesalahan jenayah.

Penggunaan kekerasan oleh suami terhadap isterinya untuk melakukan seks adalah tidak bermoral dan merendahkan martabat seorang isteri.

Ini bersesuaian dengan istilah 'rogol' dalam undang-undang jenayah, yang merujuk kepada serangan seksual, di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual.

Tetapi di Malaysia, seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol.

Bagaimanapun, perbuatan suami mendatangkan kecederaan atau menimbulkan ketakutan akan kematian kepada isterinya atau kecederaan kepada mana-mana orang lain bagi tujuan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 375A.

Elemen penting dalam perkara ini adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri. Ini juga tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama.

Seksyen 375A Kanun Keseksaan dimasukkan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004.

Dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan seksyen 375A tersebut bagi melindungi martabat dan kepentingan seorang isteri yang daripada dipaksa oleh suami untuk melakukan hubungan seks sehingga mendatangkan kecederaan.



Namun Jawatankuasa itu tidak bersetuju bahawa perbuatan suami melakukan perhubungan seks tanpa kerelaan isteri atau dengan memaksa isteri sebagai suatu jenayah rogol di Malaysia dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang syariah dan juga agama lain.

Oleh itu, seksyen 375 Kanun Keseksaan tidak perlu dipinda kerana peruntukan untuk menghukum suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri telah terdapat dalam seksyen 375A kanun itu, cuma ia tidak diistilahkan sebagai rogol.

Persoalan yang timbul sekiranya suami memaksa mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan isteri tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan kepada isteri, adakah isteri tidak boleh mendakwa suami atas apa juga alasan?

Undang-undang lazim mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan tanpa keizinan yang dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan yang tidak dikahwininya.

Takrifan rogol merujuk tafsiran Seksyen 375 (a) - (e) serta huraiannya jelas menunjukkan semua elemen yang dinyatakan menjurus kepada jenayah rogol kecuali jika lelaki itu adalah suami kepada perempuan berkenaan.

Jika berdasarkan takrifan dalam seksyen berkenaan, suami boleh melakukan apa sahaja perbuatan seksual terhadap isteri walaupun dalam keadaan isteri tidak rela atau tidak setuju.

Maknanya, suami kebal daripada sebarang tuduhan rogol jika perempuan yang diperlakukan sebegitu adalah isterinya asalkan ia tidak mendatangkan kecederaan fizikal.

Suami hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pihak isteri dapat membuktikan suami telah mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam setiap jenayah perlu dibuktikan elemen mens rea (niat) dan actus rea (perbuatan). Jika dikaji semula, mens rea dalam perlakuan rogol ialah seseorang itu berniat untuk merogol mangsa dengan sengaja. Mangsa pula tidak rela diperlakukan sebegitu dan tidak mahu hubungan seks itu berlaku. Perkara yang boleh dibangkitkan sebagai mens rea berdasarkan definisi itu ialah hubungan seks itu berlaku tanpa kemahuan perempuan itu. Orang yang melakukan seks itu berniat untuk memaksa perempuan itu dan seks itu terjadi adalah kerana paksaan yang dibuat oleh lelaki itu. Oleh itu, ada persamaan antara perlakuan seks oleh suami tanpa kerelaan isteri dengan jenayah rogol berdasarkan Kanun Keseksaan. Perlakuan seks yang terjadi adalah tanpa kerelaan perempuan itu dan wujudnya unsur paksaan dari pihak lelaki dan dilakukan dengan sengaja.

Dari segi actus reus pula, berlaku perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu. Dalam kes suami paksa isteri melakukan hubungan seks ini, kedua-dua elemen penting jenayah iaitu actus reus dan mens rea wujud.

Ini sepatutnya boleh membuatkan pihak lelaki (suami) di dakwa kerana jenayah rogol. Apakah kewajaran suami yang memaksa isteri mengadakan hubungan seks secara kekerasan tidak dikategorikan sebagai jenayah rogol? Daripada sudut agama dan adat pula, adakah menjadi kewajipan isteri melayan kehendak seks suami dalam apa jua keadaan?

Setakat ini jenayah terhadap wanita yang mewajibkan hukuman sebatan ialah di bawah Seksyen 376B. Seksyen 376 memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman sebatan ke atas dakwaan rogol di bawah seksyen 375. Tetapi tidak pula dicadangkan bagi menambahkan hukuman berat ke atas kes marital rape.

Tambahan pula dalam sesetengah kebudayaan dan agama, istilah marital rape tidak wujud. Adakah ini bermakna setelah berkahwin wanita menjadi hak suami sepenuhnya dan boleh diperlakukan tanpa batasan?

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

JOM MENDERMA : SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

Assalamualaikum
Tuan dan Puan yang dirahmati Allah

Kami dari Tim SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata, sekumpulan sukarelawan yang mengumpul baju BARU Melayu dan Kurung untuk diagihkan kepada anak yatim, warga emas dan pelajar miskin terpilih menjelang AidilFitri mendatang.

2014 adalah tahun kelima kami bergerak. Boleh rujuk fb pages kami SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

www.facebook.com/sehelaibaju

Sehubungan itu kami mengharapkan sokongan dan sumbangan berupa baju melayu dan kurung BARU berbagai saiz perantaran umur dari 6 tahun hingga 18 tahun lelaki dan perempuan.

Caranya: Tuan dan Puan beli baju baru lantas dikirim ke alamat

Ahmad Saabun
No 12 Jalan Platinum 7/44
Seksyen 7, 40000
Shah Alam. Selangor
Tel/whatsapp: 016 2151192
Email: ahmadsaabun@gmail.com

Setelah kami terima sumbangan anda, diasing dan disaring terus diserah pada penerima.

Tarikh kempen: Mulai 9 Jun hingga 20 Julai 2014.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Sophie Othman: 012-9878 913
Aminuddin Mokri: 019-217 2767
Ahmad Saabun: 016-2151192
Mohd Rozmie: 017-432 1174
Zul Hj Rahim: 014-733 6424

Jom Tolong Kami Bantu Mereka
Ingat: Hanya baju BARU untuk mereka

Terima kasih
Ahmad Saabun

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

Friday, 20 June 2014

BENARKAH @realDRMAZA AKAN DILANTIK MENJADI SENATOR DAN YDP YADIM?

Oleh : AJ, RPM, Putra

Angin kencang kini melanda banggunan Perdana Putra bilamana kami dikhabarkan bahawa seorang mantan Mufti sedang melobi atau dilobi atas tiket seseorang bagi diberikan jawatan Senator sekaligus memegang jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Jika khabar ini benar, maka biarlah kami menjadi kumpulan pertama yang mengucapkan jutaan Syabas dan Tahniah kepada Al-Fadhil Al-Ustaz Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Asri Zainul Abidin Al-Muzabzib diatas perlantikan itu nanti.

Sekaligus tak sia-sia anda di 'payung' oleh individu yang rapat melebihi tahap serapat rakan Selfie.

Adapun sekiranya impian ini tidak menjadi kenyataan, maka bersabarlah. Anggaplah ini sebagai satu lagi tanda kebesaran ALLAH, sepertimana firman Allah Subhanahu wa ta'ala;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Al-Imran ayat 26)

Apa-apa pun, yang pasti ini bukanlah kali pertama tuan Dr.Muzabzib 'sepi' dari sebarang 'tawaran' atau 'lobi' dari mendapatkan sebarang jawatan. Ketika musim PRU13 yang lalu misalannya, tuan Dr. Muzabzib acap kali menyorok-nyorok dari mengakui ditawarkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang atau barangkali tuan sendiri meminta jawatan berkenaan. Malah ketika ditanya oleh seorang 'follower' tuan Dr, tuan Dr. cuba bermain wayang, sekaligus menambahkan lagi Kemuzabziban tuan Dr, bilamana akhirnya dikantoikan oleh Malaysiakini.

Namun kami berharap tuan Dr. janganlah marah. Kerana kita pernah bersama-sama di dalam lif di Puteri Pan Pacific ketika tuan menjadi Jemputan di Himpunan Ulama', Cendiakawan Islam, dan Penulis Maya Kebangsaan bersama Perdana Menteri pada 18 Febuari 2012, yang mana tuan menyatakan di dalam Lif, yang pada ketika itu Mufti Perlis juga turut bersama, bahawa segala-gala yang berlaku adalah sebahagian daripada 'strategi' tuan Dr. Muzabzib.

Dan ini hanyalah sebahagian kecil daripada modul 'strategi' yang tuan Dr. cadang atau barangkali canangkan kepada kami.

Semoga Tuan Dr. berjaya dalam 'strategi' tuan Dr. itu. 

P.S : Jangan kaitkan penulisan ini dengan Ulama Muda UMNO, Pertubuhan Ilmuan Malaysia ataupun sesiapa sahaja secara langsung dan tidak langsung. Baca penafian kami disini.

Artikel berkaitan :

http://www.penaminang.com/2014/04/ada-sebab-allah-takdirkan-dr-maza-tak.html#axzz357jvHeHS

http://www.penaminang.com/2013/01/maza-madkhali-anwar.html#axzz357jvHeHS

http://www.penaminang.com/2014/05/realdrmaza-atau-admin-drmazacom.html#axzz357jvHeHS

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

KENYATAAN TERBUKA SEORANG WARGA BUKAN FELDA KEPADA @AzminAli @AzminAliOffice

Oleh : Saiful Zaini Mohd Bokhari

Saya bukan org Felda walaupun kampung saya banyak tanah rancangan. Ikhlas saya katakan saya tidak banyak tahu pasal Felda sehingga terdirinya bangunan Felda di KL Golden Triangle dan Penyenaraian Felda di Bursa yg amat besar nilai assetnya. Terdetus di hati ini; fuhhhh powernya Felda nie.

Dari situ saya terus mencari infomasi pasal Felda. Dan jujur saya katakan saya amat berbangga dgn kejayaan Felda. Terima kasih juga pada Allahyarham Tun Abdul Razak the real man behinds Felda. If he were still alive he would have been very proud. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. AMINN..

Sejarah kejayaan Felda sebenarnya berteraskan KONSEP PERMUAFAKATAN. BERAT SAMA DIPIKUL RINGGAN SAMA DIJINJING. Semangat setiakawan dan permuafakatan inilah yg berjaya membentuk Gagasan kejayaan Felda selama ini.

Mungkin tidak keterlaluan saya menyatakan Felda adalah satu satu organisasi yg menjaga kepentingan warga felda dari peneroka; anak, cucu, cicit. Kesinambungan ini InsyaAllah mampu dipertahankan ke cicit; cuit muit; sekiranya model PERMUAFAKATAN ini tidak digangu gugat oleh mereka2 yg tidak bertanggungjawab.

Minggu ini kita diperlihatkan usaha2 PUAK PUAK YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI, yg terang2 mahu mengganggu gugat kesejahteraan dan permuafakatan yg telah lama terjalin. Masyarakat Felda dihasut ke Parlimen untuk KONONNYA meminta keadilan FELDA tidak ADIL.

Mereka dihasut utk diberikan Lesen MPOB secara persendirian yg secara jelas meruntuhkan PERMUAFAKATAN WARGA FELDA YG SELAMA INI UTUH; yang secara jangka panjang merugikan warga Felda itu sendiri.

Saya ingin memberikan satu contoh untuk kita fikirkan bersama.

Katalah disuatu kawasan Felda kite ade 10,000 orang peneroka. Utk mendapat hasil yg lebih baik; Felda membina kilang memproses sawit. Untuk itu atas dasar Permuafakatan ini; semua hasil mesti dijualkan ke Kilang ini. Ini penting utk memastikan unit kos terus rendah dah unit margin terus tinggi.

Katakanlah 3000 org yg berjaya dihasut; bersifat tamak menjual kepada kilang2 yg kebanyakkannya milik persendirian. Bukankan unit kos Kilang Felda yg milik warga Felda itu sendiri akan terus naik dan menggangu pulangan kepada Felda itu sendiri. Siapa yg akan rugi?

Kelapa Sawit adalah komoditi. Seperti setiap komoditi harga jualan tidak akan terlalu BERBEZA. Mungkin ada kalanya harga Sawit di Kilang Cina2 ini membeli dgn harga yg lebih sedikit mahal. Tetapi akan ada masanya harga Felda akan lebih tinggi. Adalah tidak bertanggungjawab apabila mahal kita jual kat luar dan apabila murah kat luar kita jual balik kepada Felda balik. Di mana sifat muafakatan yg menjadi tiang kekuatan Felda itu sendiri?

Perkara2 yg sebegini yg meruntuhkan keutuhan Felda; secara tidak langsung merugikan warga Felda itu sendiri. Mungkin cerita kejayaan Felda hanya akan tinggal cerita manis suatu masa nanti; sekiranya rancangan PR mengadu domba masyarakat Felda berjaya.

Oh ya... itu saya belum bercerita kes kes di mana Warga2 Felda yg telah berjaya dihasut menyaman Felda di mahkamah; yg akhirnya hanya menguntungkan Peguam2 yg berpaksi pembangkang... emmm mungkin kita kupas dlm article seterusnya.

Saya secara ikhlas meminta pimpinan PR utk menghentikan mempolitikkan Felda dan memperbodohkan warga Felda. This is beyond politics; this is about the continuing success stories of Felda for future generations.

Sirs, its time to bring back much needed StatemenShip dalam Perjuangan PR; sekiranya benar Pakatan Rakyat memperjuangkan Rakyat.... tidakkan begitu?

Kepada Warga Felda... Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.Teruskan Semaikan Sikap PERMUAFAKATAN YG TERBUKTI BERJAYA MEMBAWA FELDA KE PERINGKAT DUNIA. SEMOGA FELDA TERUS BERJAYA....IN SYA ALLAH.... AMIN.

Renung2kan... Selamat Beramal...

#‎CuitOrgKayaHaji
Read more ...

JEMPUTAN TERBUKA KE PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA : MASALAH PERUMAHAN BELIA

"Sewa sampai Mati"
"Rumah Teres Bakal Cecah 1 Juta dalam masa 10 tahun lagi"
"Pendapatan 12 ribu dan keatas untuk rumah pada tahun 2020"
"Pembeli kecewa Rumah terbengkalai"

Jom Bincangkan mengapa berlakunya peningkatan harga rumah serta bagaimana golongan belia boleh mengatasi masalah pemilikan rumah.

Berikan cadangan anda dan sertai Persidangan Meja Bulat Belia: Masalah Perumahan Belia. Anjuran IYRES dengan kerjasama JBSN dan IYC

Tarikh : 21 Jun 2014
Masa : 9.00 Pagi - 5.30 petang
Bertempat : Bilik Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Jalan Yaa'cob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras

TEMPAT TERHAD!

Hubungi sekarang untuk pendaftaran
03 - 8871 3330
017 - 753 5129
saiful@ippbm.gov.my



=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU DI SELANGOR TINGGAL 20.2%

Dipetik dari FB : Gegar Rakyat

Tanah Rizab Melayu Tergadai Kepada Bukan Melayu Sepanjang Pakatan Haram Memerintah Selangor 

Laporan Audit Negara 2013 Siri 2 mendedahkan satu penemuan terbaru yang mengejutkan banyak pihak sepanjang pemerintahan pakatan haram di Selangor. 

Wujud banyak kes nyata berhubung Tanah Rizab Melayu yang diberikan kepada bukan Melayu dan lebih ribuan ekar lagi tanah yang ditukar statusnya (atas berbagai sebab) yang pada asalnya berstatus Tanah Rizab Melayu DAN tidak diganti semula.

Sehingga kini, dari lebih dua juta ekar keluasan tanah di Selangor, hanya tinggal 20.2 peratus Tanah Rizab Melayu.

Satu kajian daripada 129 sampel kes menemui 18 keadaan di mana Tanah Rizab Melayu di Selangor telah dianugerahkan kepada orang bukan Melayu walaupun undang-undang melarang perkara itu berlaku.

Dari jumlah kes tersebut, Tanah Rizab Melayu yang 'tergadai' kepada bukan Melayu adalah sebanyak 24.08 ekar (digabungkan), yang melibatkan plot tanah di kawasan Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Pemberian tanah itu dibuat selepas pewartaan tanah rizab dibuat. Ini telah mengurangkan kepentingan orang Melayu di tanah rizab itu dan kawasan yang boleh diberikan kepada orang Melayu, "kata laporan itu.

Daripada 18 kes tersebut, 11 dikesan di Klang, manakala lima berlaku di Kuala Selangor dan dua di Sabak Bernam.

Selain itu, terdapat juga kes di mana bukan Melayu menduduki tanpa kebenaran di kawasan Tanah Rizab Melayu dan mengusahakan perniagaan gerai makan, bengkel kereta dan membina bangunan.

"Lawatan tapak bersama pegawai PDT Sepang dan PDT Sabak Bernam masing-masing pada 19 Februari 2014 dan 26 Februari 2014 di kawasan Tanah Rizab Melayu Ampar Tenang, Daerah Sepang dan Sungai Lang, Daerah Sabak Bernam mendapati kawasan tersebut telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran oleh bukan Melayu dengan mengusahakan perniagaan gerai makan, bengkel kereta dan membina bangunan," dedah laporan itu lagi.

Menurut semakan Audit selanjutnya mendapati tiga orang bukan Melayu pernah memohon pemberimilikan yang melibatkan tanah Negeri seluas 3 ekar antara tahun 2011 dan 2012 di kawasan tersebut.

Laporan yang sama juga mendedahkan bahawa antara bulan November 2013 dan Januari 2014, 3,960 daripada 10,265 ekar (38.6 peratus) status tanah rizab Melayu telah dibatalkan tetapi tidak pernah diganti.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2013 hingga Februari 2014 mendapati secara keseluruhannya prestasi pengurusan Tanah Rizab Melayu daripada aspek penggantian TRM yang dibatalkan adalah tidak memuaskan. Ini adalah kerana tanah seluas 3,960.77 ekar (38.6%) daripada 10,265.38 ekar Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan masih belum diganti," kata laporan tersebut.

Jelas laporan itu lagi, sebahagian daripada maklumat berkaitan keluasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dan diganti serta keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan kerana tidak disokong dengan dokumen dan rekod yang lengkap.

Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika mana-mana tanah itu adalah rizab Melayu sebelum Merdeka maka ia kekal sebagai rizab Melayu.

Manakala kuasa untuk mewartakan tanah sebagai rizab Melayu terletak di tangan Menteri Besar, atas nasihat raja-raja negeri.

Sehingga Februari 2014, terdapat 395.946 ekar Tanah Rizab Melayu di Selangor, atau 20.2 peratus daripada 2 juta ekar tanah di negeri ini.

Dalam syornya kepada kerajaan, Ketua Audit Negara mahu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan Tanah Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Selain pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu yang sewajarnya.

"Selain itu, tanah perlu diperuntukkan untuk diberi milik kepada umum semasa perizaban TRM" kata laporan boleh didapati secara online itu.

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

UiTM JAWAB FITNAH @rafiziramli

Pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) menggunakan kaedah PFI (Private Finance Initiative). Ini selari dengan keputusan Kerajaan untuk meningkatkan enrolmen mahasiswa di UiTM.

Kerajaan memutuskan menggunakan kaedah PFI kerana:

1. Projek PFI dapat dilaksanakan dengan segera melalui pembiayaan pihak swasta setelah projek mendapat kelulusan Kerajaan. Pembayaran kepada syarikat konsesi hanya bermula setelah projek siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kerajaan.

2. Projek PFI dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa pelanjutan masa. Sekiranya projek tidak disiapkan atau lewat disiapkan, syarikat konsesi tidak akan mendapat sebarang bayaran. Tidak timbul isu menyelamatkan projek memandangkan risiko pembinaan merupakan tanggungjawab syarikat konsesi yang mana projek tersebut akan diserah kepada Kerajaan apabila ia siap sepenuhnya.

3. Pembayaran balik kepada syarikat konsesi adalah termasuk bayaran untuk penyenggaraan dan penggantian komponen utama seperti sistem pendawaian dan lif. Sehubungan itu, pihak UiTM tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyenggara dan penggantian komponen utama dalam tempoh 20 tahun. Dengan adanya penyenggaraan ini, UiTM akan menerima bangunan ini pada akhir tempoh konsesi dalam keadaan baik dan seperti baru.

4. Syarikat Konsesi bagi projek UiTM ini dibenarkan untuk membuat refinancing dan keuntungan daripada pelaksanaan tersebut dikongsi sama rata dengan pihak Kerajaan.

Justeru itu, kaedah PFI merupakan perolehan yang cepat di samping  mempunyai value for money kerana proses penilaian yang ketat melalui bengkel pengurusan nilai (value management lab) serta berkongsi pengurusan risiko projek (cost optimization)  dengan syarikat yang melaksanakan projek tersebut.

Disediakan Oleh:
Pejabat Penolong Naib Canselor (PNC)
Pembangunan,Pengurusan Fasiliti & ICT UiTM

Dikeluarkan Oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
18 Jun 2014

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
Read more ...

Thursday, 19 June 2014

IDEOLOGI KHAWARIJ ADA PADA AHLI PARLIMEN PAS RANTAU PANJANG



Gabungan artikel dari tulisan di blog Insan Berdakwah dan tulisan Dr. Umar Abdullah Kamil

Firman Allah سبحانه وتعالى :


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Kaum Khawarij telah dibuktikan menjadi golongan yang paling mudah berburuk sangka. Dalam catatan sejarah, mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah s.a.w dalam pembahagian ghanimah, bahkan sehingga sanggup menuduh Rasulullah s.a.w tidak mencari keredhaan Allah Taala. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat kesimpulan daripada sebab Rasulullah s.a.w melebih-lebihkan pembesar berbanding golongan marhein. Padahal apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dalam rangkai dakwah dan ta’liful qulub. Mereka juga menuduh Syaidina Uthman Affan r.a sebagai pengamal nepotisme dan menuduh Syaidina Ali r.a sebagai pemimpin yang tidak berwawasan.

Dzul Khuwaishirah si bodoh yang melemparkan tuduhannya yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak ikhlas dengan berkata :

"Ertinya : Demi Allah, sesungguhnya ini adalah suatu pembahagian yang tidak adil dan tidak dikehendaki di dalamnya wajah Allah". [Hadis Riwayat Muslim II/739, No. 1062, Ahmad IV/321].

Dzul Khuwaishirah ketika melihat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam membahagi harta kepada orang-orang kaya, bukan kepada orang-orang miskin, dia tidak menerimanya dengan prasangka yang baik atas pembahagian tersebut.

Ini adalah sesuatu yang menghairankan. Kalaulah tidak ada alasan selain pelaku pembahagian itu adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam cukuplah hal itu mendorong untuk berbaik sangka. Akan tetapi Dzul Kuwaishirah enggan untuk itu, dan berburuk sangka disebabkan jiwanya yang sakit. Lalu dia berusaha menutupi alasan ini dengan keadilan. Yang demikian ini mengundang tertawanya iblis dan terjebak dalam perangkapnya.

Seharusnya seseorang itu introspeksi, meneliti secara cermat dorongan, tindak tanduk dan maksud tujuan serta waspada terhadap hawa nafsunya. Hendaklah dia berjaga-jaga terhadap 'pendorong-pendorong' iblis, kerana dia banyak menghias-hiasi perbuatan buruk dengan dibungkus secara indah dan rapi, dan membaguskan tingkah laku yang keji dengan nama dasar-dasar kebenaran yang mengundang seseorang untuk menentukan sikap menjaga diri dan menyelamatkan diri dari tipu daya syaitan dan perangkap-perangkapnya.

Jika Dzul Khuwaishirah mempunyai sedikit saja ilmu atau sekelumit pemahaman, tentu tidak akan terjatuh dalam kumbangan ini.

Berikut kami paparkan penjelasan dari para ulama mengenai keagungan pembahagian Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan hikmahnya yang tinggi dalam menyelesaikan perkara.

Berkata Syaikh Islam Ibnu Taimiyah :" Pada tahun peperangan Hunain, Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam membahagikan ghanimah (harta rampasan perang) Hunain pada orang-orang yang hatinya lemah (muallafah qulubuhum) dari penduduk Najd dan bekas tawanan Quraisy seperti 'Uyainah bin Hafsh, dan beliau tidak memberi kepada para Muhajirin dan Anshar sedikitpun.

Maksud Baginda, dengan memberikan harta rampasan perang kepada mereka, secara halusnya sebagai untuk mengikat hati mereka dengan Islam, kerana keterkaitan hati mereka dengannya merupakan maslahat umum bagi kaum muslimin. Sedangkan yang tidak baginda berikan adalah kerana mereka lebih baik di mata Baginda dan mereka adalah wali-wali Allah yang bertaqwa dan seutama-utamanya hamba Allah yang soleh setelah para Nabi dan Rasul.

Jika pemberian itu tidak dipertimbangkan untuk maslahat umum, maka Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memberi pada aghniya', para pemimpin yang ditaati dalam perundangan dan akan memberikannya kepada Muhajirin dan Anshar yang lebih memerlukan dan lebih perlu diberikan keutamaan.

Oleh sebab inilah orang-orang Khawarij mencela Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan dikatakan kepada baginda oleh pelopornya :" Wahai Muhammad, berbuat adillah. Sesungguhnya engkau tidak berlaku adil ". dan perkataannya :" Sesungguhnya pembahagian ini tidak dimaksudkan untuk wajah Allah .....". Mereka, meskipun banyak shaum (berpuasa), solat, dan bacaan Al-Qur'annya, tetapi keluar dari As-Sunnah dan Al-Jama'ah.

Memang mereka dikenal sebagai kaum yang suka beribadah, wara' dan zuhud, akan tetapi tidak disertai ilmu, sehingga mereka memutuskan bahawa pemberian itu semestinya tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang berhajat, bukan kepada para pemimpin yang ditaati dan orang-orang kaya itu, jika di dorong untuk mencari keredhaan selain Allah -menurut perasangka mereka-.

Inilah kebodohan mereka. Kerana sesungguhnya pemberian itu menurut kadar maslahah agama Allah. Jika pemberian itu akan semakin mengundang keta'atan kepada Allah dan semakin bermanfaat bagi agama-Nya, maka pemberian itu jauh lebih utama. Pemberian kepada orang-orang yang memerlukan untuk menegakkan agama, menghinakan musuh-musuhnya, memenangkan dan meninggikannya lebih agung daripada pemberian yang tidak demikian itu, walaupun yang kedua lebih memerlukan". [Lihat Majmu' Fatawa : XXVIII/579-581, dengan sedikit ringkasan].

Sebenarnya pemberian ini dibuat diatas kepentingan agama Islam. Kerana itu setiap kali sesuatu perbuatan anugerah pemberian yang dilakukan itu mendatangkan ketaatan yang lebih kepada Allah dan kemanfaatan kepada agama maka perbuatan itu adalah lebih aula atau lebih utama. Sesuatu anugerah pemberian itu amatlah berharga nilainya dalam usaha mendirikan ugama Allah, menewaskan musuh, menzahir dan mempropagandakan Islam itu, maka ia  adalah lebih utama daripada memberi kepada golongan yang tidak memberi timbal balik faedah yang banyak.  

Oleh kerana itu anugerah pemberian kepada golongan yang memberi timbal balik yang lebih besar itu lebih wajar walaupun kedudukan golongan yang kedua dari kalangan orang mukmin itu lebih memerlukan pemberian tersebut. Memang menjadi kewajipan kepada setiap individu agar memiliki sifat kebijaksanaan , memahami ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan fiqh al-dakwah serta memahami maqasid al-syariah agar tidak terumbang ambing di dalam perkara yang samar  dan belum ditentukan tentang kedudukan hukumnya. 

Sekiranya seseorang itu tidak memiliki ciri-ciri tersebut  maka ia akan menghadapi suatu keadaan yang terkebil-kebil tidak menentu lalu ditimpa pula dengan kerosakan dan membawa kepada hilang pedoman hidup. Setelah itu individu tersebut  akan ditimpa oleh sifat buruk sangka, kecelaan dan pada masa yang sama juga ianya telah melakukan pelbagai perkara kebaikan yang wajar diberi pujian dan ucapan terima kasih. 

Fenomena ini sedang berjalan dengan giatnya di negara kita. Sikap buruk sangka sudah menjadi sebahagian daripada rangka dakwah atau pengembangan pengaruh. Sebarang keburukan yang membabitkan kaum yang disokongnya, segera dikatakan sebagai berita palsu atau adu-domba dan fitnah sekalipun dia belum lagi melakukan siasatan yang membenarkan sangkaannya.

Read more ...

Wednesday, 18 June 2014

PAS TIDAK MAHU MELAKSANAKAN HUDUD - PROF. DR AZIZ BARI



Oleh : AJ

Pensyarah Undang-Undang dan juga bekas calon PKR pada PRU 13 bagi kerusi P 092 Sabak Bernam mengakui bahawa PAS kini mencari-cari jalan untuk tidak melaksanakan Hudud.

Dalam video yang dirakam pada 24 Januari 2014 itu, Aziz yang kini merupakan pensyarah Unisel (Universiti Selangor) menyatakan kekecewaan beliau terhadap PAS yang cuba bermain-main mengenai perlaksanaan undang-undang hudud.

Dalam masa yang sama beliau juga turut mempertikaikan personaliti-personaliti politik tertentu yang menjadikan isu hudud ini sebagai permainan di Parlimen.

"Bidang kuasa agama adalah dibawah negeri, kenapa nak kaitkan dengan parlimen?" ujarnya.
Read more ...

MENJAWAB PUTAR BELIT @mahasiswakini @pmium @Gamis_Malaysia BERKENAAN INSIDEN #TANGGALPURDAH DI DEWAN PEPERIKSAAN UNIVERSITI MALAYA cc @MuhyiddinYassin @idrisjusoh @PemudaIPT @biroipt @ustazfathulbari @PenggerakUM @RakanMalaya @SrikandiUM

Oleh : Jebat [Mahasiswa Universiti Malaya.]

Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengendali blog Penaminang.com kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk memberikan komentar mengenai kejadian seorang mahasiswi Islam yang diminta menanggalkan purdah pada 16 Jun 2014 ketika sesi peperiksaan akhir semester 2 2013/2014 sedang berlansung. Sekaligus dalam penulisan ini saya cuba menjawab fitnah yang dilemparkan oleh Hewi PMIUM yang menggambarkan bahawa pelajar berkenaan diabkan dengan begitu zalim.

Insiden

Kejadian ini bermula apabila seorang mahasiswi telah diminta oleh pengawas yang bertugas agar menanggalkan purdah beliau di luar. Ini selaras dengan peraturan Universiti Malaya yang melarang mana-mana pelajar menutup muka mereka ketika berada di dalam dewan. 

Tidak ada sebarang cacian, maki hamun atau suara meninggi yang didengari oleh para pelajar yang lain. Pelajar berkenaan telah diminta dengan penuh sopan oleh pengawas berkenaan untuk keluar sebentar bagi menanggalkan purdahnya di luar dewan peperiksaan.

Undang-Undang

Pengawas Peperiksaan berkenaan telah bertindak bersandarkan peraturan yang digunapakai di UM. Peraturan ini boleh dirujuk di  Perlembagaan Universiti Malaya 1997, Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010, Peraturan-peraturan Universiti Malaya, (Pengajian Ijazah Pertama) 2010, pada Jadual C, Arahan Am Peperiksaan, (3) Larangan, (e),. Boleh rujuk disini : http://cmsad.um.edu.my/images//engine/download/Peraturan_Peraturan_Universiti_Malaya_Pengajian_%20Ijazah_Pertama2010.pdf

Di dalam peraturan berkenaan, ada menyentuh mengenai larangan kepada pelajar samaada Lelaki mahupun Perempuan untuk mengenakan sesuatu pakaian / topeng yang menutup muka mereka ketika berada di dalam dewan peperiksaan.

Kesilapan Teknikal

Saya melihat tindakan pengawas berkenaan walaupun benar pada erti kata peraturan yang ditetapkan, namun tindakan beliau yang meminta agar pelajar wanita berkenaan menanggalkan purdah ketika sesi peperiksaan sedang berlansung adalah satu tindakan yang kurang berhemah. Adalah sebaiknya pelajar berkenaan tidak diganggu konsentrasinya yang pada ketika itu sedang fokus menjawab soalan peperiksaan. Jika ianya dimaklumkan kepada pelajar berkenaan sebelum peperiksaan bermula, maka ianya tidak menjadi satu isu. - Namun barangkali juga akan menjadi isu sekiranya pihak berkenaan masih tidak berpuas hati dengan arahan tersebut.

Hukum Berpurdah

Saya tidak mahu membicarakan perkara ini secara panjang lebar, kerana wujud Khilaf dikalangan para ulama. Adapun saya lebih suka dan gembira agar pelajar wanita mengenakan purdah, ianya tidaklah sampai saya mengatakan ianya wajib. Dalam hal ini saya lebih berpendirian dan bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Muhaddis terkenal di dunia, Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani yang berpandangan adalah lebih elok dan sebaiknya wanita mengenakan purdah pada wajah mereka.

Berikut merupakan pandangan Syeikh Nasiruddin Al-Albani mengenai hukum berpurdah ;

Kami tidak mengetahui ada seorang pun daripada sahabat yang mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syari’at ianya tidak tepat kerana tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu saya telah membuat satu bab khusus di dalam kitab ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Saya telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Hadis Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.

Pendapat kami adalah bahawa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Soleh’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”

Tanggapan saya. Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syari’at. Sedangkan orang yang pertama menerima syari’at adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syari’at ini daripada beliau adalah para shahabat. Para Sahabat sudah tentu memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu ushul fiqh seperti di atas.

Telah kami sebutkan dalam kitab ‘Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah’ kisah seorang wanita ‘Khats’amiyyah’ yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibawa oleh Nabi Sallallahu ‘laihi wa sallam, dan wanita itu pun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, sehingga boleh baginya membuka wajahnya, sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Dan saya telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah ‘tahallul’ awal.

Dan seandainya benar wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan .?!

Kemudian kami katakan bahawa pandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita, tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syari’at dan dari segi tabi’at manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nu : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, yang Pembuat syari’at dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Adapun hadis.

“Ertinya : Wanita adalah aurat”

Tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan auratnya di dalam solat.[1]

Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (Jumhur).

Hadis diatas, yang berbunyi.

“Ertinya : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya”

Tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

“Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi”.

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa ‘bid’ah-bid’ah’ itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain…. ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

“Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang memakai selawat, kerana ianya memerlukan dalil khusus, wallahu a’lam,).

Mewajibkan wanita menutup wajah. 

Berdasarkan hadis : “Wanita adalah aurat”, adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (Sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadis diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan telapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).

[Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia
Fatwa-Fatwa AlBani, hal 150-154 Pustaka At-Tauhid]
_________
Nota kaki
[1] Maksud beliau adalah bahawa orang yang berpendapat tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita pun bersepakat tentang bolehnya wanita membuka wajahnya, yang menurut mereka adalah aurat, ketika solat, maka hal ini menunjukkan bahawa hadis di atas tidaklah berlaku secara mutlak.


Larangan Berpurdah Di Universiti Al-Azhar

Isu larangan berpurdah ini pernah menjadi satu polemik di Universiti Al-Azhar apabila Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.


Larangan Berpurdah di Kolej Universiti INSANIAH Kedah.


Ketika Kedah diperintah dibawah PAS, pentabdiran Kolej Universiti Insaniah Kedah turut melaksanakan larangan purdah / niqab kepada seluruh warga mahasiswi mereka. Namun isu ini tidak di 'highlight'kan ekoran institusi berkenaan pada ketika itu berada dibawah pengaruh dan seliaan PAS.

Cadangan

Sebagai seorang mahasiswa yang prihatin dengan kejadian yang menimpa kepada mahasiswi berkenaan, saya ingin mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan agar duduk semeja dan berbincang mengenai perkara ini. Baik dipihak pentadbir Universiti, Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, mahupun individu berkenaan perlu dipanggil dan berdiskusi agar isu ini dapat diselesaikan dengan aman.

Namun begitu suka saya mencadangkan penambahbaikkan untuk sesi-sesi akan datang.

1. Memaklumkan kepada pelajar mengenai peraturan pakaian sebelum memasuki dewan.
2. Mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan di dalam dewan peperiksaan.
3. Mewujudkan satu ruangan khas bagi wanita yang berpurdah di dalam dewan peperiksaan.
4. Memansuhkan peraturan yang termaktub dalam jadual C, Arahan Am Peperiksaan, (3) Larangan, (e)

Kesimpulan

Adalah sebaiknya pihak-pihak berkenaan tidak memperbesar-besarkan isu ini pada pihak media terutama media yang cuba memburuk-burukkan nama baik Universiti Malaya. Memang benar, Universiti Malaya banyak kelemahan dari segi pentadbiran dan layak untuk menerima kritikan, namun gunakanlah ruang yang telah tersedia untuk mengkritik, memberi cadangan, pendapat dan pandangan mengenai satu-satu isu. Ini lebih menggambarkan nilai intelektualiti dan kualiti mahasiswa dalam proses mengurus isu dan masalah.
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute