ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 17 June 2014

DEMONSTRASI AMAN ADALAH KHURUJ TERHADAP PEMERINTAH - SYEIKH ABDUL MUHSIN



Oleh : Syeikh Abdul Muhsin Al-`Abbad - Ulama Hadis di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah
Transliterasi oleh : 1Aqidah.net

Tajuk: Hukum Demonstrasi Secara Aman dan Adakah Demonstrasi Termasuk Dari Khuruj Terhadap Pemerintah. Juga menerangkan tentang adakah Demonstrasi termasuk dari Amalan Mazhab Salaf.

Teks terjemahan:

Ditanya kepada Syaikh kami Abdul Muhsin Al-Abbad Al-Badr -Hafizahullah- juga pada hari Isnin 11 Rabiul Awwal 1432 Hijriyyah bersamaan 14 Februari 2011 Masihi.

SOALAN:

Syaikh kami Moga -Allah membalasmu dengan kebaikan- Aku dari Libya, dan sesungguhnya orang ramai telah menetapkan pada hari rabu dan khamis untuk keluar berdemonstrasi di jalan-jalan, maka kami memohon daripada engkau nasihat dan penjelasan tentang hukum DEMONSTRASI dan tunjuk perasaan yang dikatakan ianya AMAN. Moga Allah memberi manfaat dengan Nasihat ini, Moga Allah membalas kebaikanmu terhadap kami.

JAWAPAN:

Aku tidak mengetahui sesuatu pun yang menjadi dalil atas pensyariatan Demonstrasi ini, kami tidak mengetahui asas dalam agama yang menunjukkan kepada perkara ini, dan sesungguhnya perkara ini adalah daripada perkara-perkara Muhdatsah (bid`ah), yang dilakukan oleh manusia dan juga yang diimport daripada musuh-musuh mereka daripada Negara Barat dan Timur, maksudnya tiada padanya asas dalam agama, dan kami tidak mengetahui sesuatu pun yang menunjukkan atas bolehnya demonstrasi dan pensyariatannya, oleh sebab ini manusia wajib mengikuti jalan yang disyariatkan yang telah disyariatkan kepada mereka, dan wajib mereka meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada padanya asas dan membawa kepada kemudaratan, membawa kerosakan, pembunuhan, kesempitan. 

Kalaulah kemudaratannya (demonstrasi) ini terhad kepada menyempitkan orang ramai di jalan-jalan dan perjalanan mereka sahaja pun sudah cukup menjelaskan keburukannya dan sesungguhnya tidak boleh bagi seseorang melakukan seperti perkara ini.

SOALAN:

Moga Allah memberi kebaikan kepadamu, ada seorang pendakwah berkata dan MENGGALAKKAN para pemuda dan berkata keluar (memberontak) kepada pemerintah adalah merupakan salah satu Mazhab Salaf seperti Ibn Al-`Asy`aath*, dan Al-Hussain, dan Ibn Zubair dan apa yang datang berupa larangan dari Imam Ahmad hanya berdasarkan Maslahah (kebaikan) dan Mafasid (kerosakan)?

JAWAPAN:

Dan sememangnya manusia mencari Maslahah (kebaikan) dan meninggalkan Mafasid (keburukan dan kerosakan), dan manusia sangat-sangat menitik beratkan untuk mendapat kebaikan dan meninggalkan kerosakan.

SOALAN:

Adakah boleh dikatakan bahawasanya DEMONSTRASI dan tunjuk perasaan dikira sebagai keluar (memberontak) kepada pemerintah?

JAWAPAN:

Tidak syak lagi, sesungguhnya ianya daripada wasilah-wasilah keluar (memberontak) bahkan ianya merupakan daripada keluar (memberontak) tanpa syak.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute