ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 23 June 2014

HUKUM LELAKI MANDI SESAMA LELAKI

Assalamualaikum.

1. Saya ingin bertanya tentang batasan aurat lelaki dihadapan lelaki lain. Dari mana dan sampai dimana?

2. Apakah boleh seorang lelaki menampakan seluruh auratnya kepada lelaki lain,seperti  mandi bersama ataupun yang lainnya?

3. Apa hukum lelaki menampakkan auratnya kepada lelaki lain?

4. Apakah boleh sesama lelaki tidur dalam satu katil tetapi tilamnya ada dua bahagian (King size bed)?

Terima kasih.

Dari Maryo

Jawapan:

Waalaikumsalam

Bismillah was solatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,

Allah berfirman,


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ

Perintahkan kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya;”. (An-Nur: 30)

Makna ”memelihara kemaluannya” mencakupi dua hal:

1. Menjaga kemaluan dari perbuatan zina
2. Menjaga kemaluan agar tidak dilihat oleh orang lain.

Kerana itu, ulama sepakat menghukum haramnya membuka aurat di depan orang lain selain isterinya. (al-Hawi fi Tafsir al-Quran al-Karim – tafsir surat an-Nur).

Di ayat lain, Allah ta’ala memuji fungsi pakaian bagi manusia,


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا

Hai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. (Al-A’raf: 26).

Ayat ini mengisyaratkan wajibnya menutup aurat mughalladzah (aurat besar), dan Allah sebut di ayat ini dengan sau-ah.

Kemudian, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang sesama lelaki melihat aurat lelaki yang lain atau wanita melihat aurat wanita yang lain.

Dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, jangan pula seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. (HR. Muslim 338, Tirmidzi 2793, dan yang lainnya).

Aurat Lelaki Antara Pusat hingga Lutut

Majoriti ulama sepakat bahawa batas aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Dalam ensiklopedia fiqh dinyatakan,


عورة الرّجل في الصّلاة وخارجها ما بين السّرّة والرّكبة عند الحنفيّة والمالكيّة والشّافعيّة والحنابلة، وهو رأي أكثر الفقهاء

Aurat lelaki dalam solat mahupun di luar solat, antara pusat hingga ke lutut, menurut Hanafiyah, Malikiyah, Syafiiyah dan Hambali. Dan ini pendapat majoriti ulama. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, 22/118)

Diantara dalil yang menunjukkan pendapat ini adalah hadis dari Ibnu Jarhad, dari bapaknya yang termasuk salah satu ahlus suffah. Beliau menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melihat paha beliau terbuka. Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan,


غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنَ العَوْرَةِ

"Tutup pahamu, kerana itu termasuk surat." (HR. Ahmad 15929, Turmudzi 2798 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Dari keterangan di atas, praktik mandi bersama antara lelaki dengan lelaki yang sudah baligh dan masing-masing membuka aurat, adalah perbuatan yang bertentangan dengan adab Islam.

Allahu a’lam.

Dijawab oleh: Ustaz Ammi Nur Baits (Konsultasisyariah.com)

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute