KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU DI SELANGOR TINGGAL 20.2%

Dipetik dari FB : Gegar Rakyat

Tanah Rizab Melayu Tergadai Kepada Bukan Melayu Sepanjang Pakatan Haram Memerintah Selangor 

Laporan Audit Negara 2013 Siri 2 mendedahkan satu penemuan terbaru yang mengejutkan banyak pihak sepanjang pemerintahan pakatan haram di Selangor. 

Wujud banyak kes nyata berhubung Tanah Rizab Melayu yang diberikan kepada bukan Melayu dan lebih ribuan ekar lagi tanah yang ditukar statusnya (atas berbagai sebab) yang pada asalnya berstatus Tanah Rizab Melayu DAN tidak diganti semula.

Sehingga kini, dari lebih dua juta ekar keluasan tanah di Selangor, hanya tinggal 20.2 peratus Tanah Rizab Melayu.

Satu kajian daripada 129 sampel kes menemui 18 keadaan di mana Tanah Rizab Melayu di Selangor telah dianugerahkan kepada orang bukan Melayu walaupun undang-undang melarang perkara itu berlaku.

Dari jumlah kes tersebut, Tanah Rizab Melayu yang 'tergadai' kepada bukan Melayu adalah sebanyak 24.08 ekar (digabungkan), yang melibatkan plot tanah di kawasan Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Pemberian tanah itu dibuat selepas pewartaan tanah rizab dibuat. Ini telah mengurangkan kepentingan orang Melayu di tanah rizab itu dan kawasan yang boleh diberikan kepada orang Melayu, "kata laporan itu.

Daripada 18 kes tersebut, 11 dikesan di Klang, manakala lima berlaku di Kuala Selangor dan dua di Sabak Bernam.

Selain itu, terdapat juga kes di mana bukan Melayu menduduki tanpa kebenaran di kawasan Tanah Rizab Melayu dan mengusahakan perniagaan gerai makan, bengkel kereta dan membina bangunan.

"Lawatan tapak bersama pegawai PDT Sepang dan PDT Sabak Bernam masing-masing pada 19 Februari 2014 dan 26 Februari 2014 di kawasan Tanah Rizab Melayu Ampar Tenang, Daerah Sepang dan Sungai Lang, Daerah Sabak Bernam mendapati kawasan tersebut telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran oleh bukan Melayu dengan mengusahakan perniagaan gerai makan, bengkel kereta dan membina bangunan," dedah laporan itu lagi.

Menurut semakan Audit selanjutnya mendapati tiga orang bukan Melayu pernah memohon pemberimilikan yang melibatkan tanah Negeri seluas 3 ekar antara tahun 2011 dan 2012 di kawasan tersebut.

Laporan yang sama juga mendedahkan bahawa antara bulan November 2013 dan Januari 2014, 3,960 daripada 10,265 ekar (38.6 peratus) status tanah rizab Melayu telah dibatalkan tetapi tidak pernah diganti.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2013 hingga Februari 2014 mendapati secara keseluruhannya prestasi pengurusan Tanah Rizab Melayu daripada aspek penggantian TRM yang dibatalkan adalah tidak memuaskan. Ini adalah kerana tanah seluas 3,960.77 ekar (38.6%) daripada 10,265.38 ekar Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan masih belum diganti," kata laporan tersebut.

Jelas laporan itu lagi, sebahagian daripada maklumat berkaitan keluasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dan diganti serta keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan kerana tidak disokong dengan dokumen dan rekod yang lengkap.

Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika mana-mana tanah itu adalah rizab Melayu sebelum Merdeka maka ia kekal sebagai rizab Melayu.

Manakala kuasa untuk mewartakan tanah sebagai rizab Melayu terletak di tangan Menteri Besar, atas nasihat raja-raja negeri.

Sehingga Februari 2014, terdapat 395.946 ekar Tanah Rizab Melayu di Selangor, atau 20.2 peratus daripada 2 juta ekar tanah di negeri ini.

Dalam syornya kepada kerajaan, Ketua Audit Negara mahu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan Tanah Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Selain pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu yang sewajarnya.

"Selain itu, tanah perlu diperuntukkan untuk diberi milik kepada umum semasa perizaban TRM" kata laporan boleh didapati secara online itu.

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^

Post a Comment

0 Comments