[VIDEO] DATO' ONN JAAFAR


LATAR BELAKANG

NAMA : Dato' Onn bin Dato' Ja'afar
MENINGGAL DUNIA : 19/01/1962
TARIKH LAHIR : 1895
TEMPAT LAHIR : Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
BANGSA : Melayu
AGAMA : Islam

NAMA ISTERI :

1. Rafeah binti Abdullah
(Meninggal : 1920)
2. Jamilah binti Osman
(Bercerai : 1917)
3. Cik Kah
(Bercerai : 1921)
4. Datin Halimah binti Hussin
(Lahir : 1899)
(Meninggal : 1988)

BILANGAN ANAK-ANAK :

12 Orang (6 lelaki dan 6 perempuan)

NAMA ANAK-ANAK :

1. Hawa binti Dato' Onn
(Lahir : 10/01/1914)
(Anak dengan : Rafeah binti Abdullah)
(Berkahwin dengan Ahmad bin Dato' Abdullah)
(Meninggal : 30/07/1998)
2. Ibrahim (Othman) bin Dato' Onn
(Lahir : 1916)
(Anak dengan : Rafeah binti Abdullah)
(Meninggal : 1918)
3. Rokiah binti Dato' Onn
(Lahir : 1918)
(Anak dengan : Rafeah binti Abdullah)
(Meninggal : 1939)
4. Datin Saleha binti Dato' Onn
(Lahir : 1920)
(Anak dengan : Rafeah binti Abdullah)
(Berkahwin dengan Dato' Mohamed Seth bin Mohamed Said)
(Meninggal : 1985)
5. Azmir bin Dato' Onn
(Anak dengan : Jamilah binti Osman)
6. Tun Hussein bin Dato' Onn
(Lahir : 12/02/1922, Johor Baharu, Johor Darul Ta'zim)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Perdana Menteri Malaysia ke-3)
(Anak dengan : Tun Hajah Suhailah binti Tan Sri Haji Mohamad Noah)
(Meninggal : 29/05/1990)
7. Ramlah binti Dato' Onn
(Lahir : 1929)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Meninggal : 05/08/2010, pada usia 81 tahun)
8. Lt. Jen. (B) Dato' Jaafar  bin Dato' Onn
(Lahir : 1933)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Berkahwin dengan Datin Wan Fatimah binti Wan Abdullah)
9. Gharib bin Dato' Onn
(Lahir : 1935)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Berkahwin dengan Zaiton binti Zakaria)
10. Azah binti Dato' Onn
(Lahir : 1937)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Berkahwin dengan Harun bin Dato' Muda Ibrahim)
11. Norziah binti Dato' Onn
(Lahir : 1941)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Berkahwin dengan Gen. (B) Tan Sri Dato' Mohamed Ghazali bin Dato' Mohamed Seth)
12. Mohd. Tahir bin Dato' Onn
(Lahir : 1943)
(Anak dengan : Datin Halimah binti Hussin)
(Berkahwin dengan Hanim Rukaiyah Herdave and Aishah Binti Abdullah)
(Meninggal : 11/08/2005)
PENDIDIKAN

SEKOLAH RENDAH

TAHUN : 1903 - 1909
Aldeburgh Lodge School
Sufflok, England
 
SEKOLAH MENENGAH

TAHUN : 1910 - 1911
Malay College Kuala Kangsar / Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Perak Darul Ridzuan
KERJAYA

SEKTOR KERAJAAN

TAHUN : 1911 : 
- Menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor sebagai Kerani Pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

TAHUN 1912 – 1917 : 
- Dinaikkan pangkat kepada Kerani Tetap

TAHUN 1917 :
- Menyertai Pasukan Tentera Johor dengan pangkat Leftenan

TAHUN 1919 : 
- Kembali menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor
- Penamatan perkhidmatan pada Jun 1920

TAHUN 1921 : 
- Kembali menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor & berkhidmat dalam berbagai jawatan termasuk Penolong Pemungut Hasil Tanah dan kemudian sebagai Pegawai Daerah, Batu Pahat

TAHUN 1927 : 
- Beliau telah dibuang negeri ke Singapura kerana penulisan berunsur kritikan terhadap Sultan Johor dalam "Sunday Mirror"
 
LAIN-LAIN JAWATAN DISANDANG

TAHUN 1927 : 
- Bertugas sebagai Wartawan di Singapura & Editor "Warta Ahad"

TAHUN 1930 – 1936 : 
- Ketua Pengarang merangkap Penulis ruangan "Pak Pandir" dalam surat khabar Melayu di Singapura seperti "Warta Malaya" & "Lembaga Malaya")

TAHUN 1936 :
- Kembali ke Johor sebagai Penasihat kepada Sultan Johor merangkap Ahli Majlis Undangan Negeri Johor

TAHUN 1941 – 1945 : 
- Berkhidmat sebagai Pengawal Bekalan Makanan Johor semasa pendudukan Jepun

TAHUN 01/06/1947 : 
- Menteri Besar Johor (ke-7) - (menggantikan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid)

TAHUN 1950 : 
- Berkhidmat sebagai Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Perindustrian Luar Bandar - pelopor MARA

TAHUN 1951 - 27/07/1955 :
- Berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Majlis Eksekutif Persekutuan menjaga Hal Ehwal Dalam Negeri semasa Pentadbiran British (bersamaan dengan taraf Menteri Persekutuan)

TAHUN Julai 1956 : 
- Pengasas & Ketua Pengarang "Kritik”
 
POLITIK

TARIKH : 11/05/1946 : 
Pengasas Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

TARIKH : 21/08/1951 : 
Keluar daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

TARIKH 16/09/1951 :
Mengasaskan satu parti pelbagai kaum, Parti Malaya Merdeka (IMP)

TARIKH : Feb 1954
Meninggalkan Parti Malaya Merdeka (IMP) setelah pembubarannya

TARIKH : Feb 1954
Mengasaskan Parti Negara

TARIKH : Julai 1955
Bertanding dalam Pilihan Raya pertama Tanah Melayu bagi kerusi Parlimen di Johor atas tiket Parti Negara tetapi tewas kepada calon PERIKATAN/UMNO Datuk Suleiman Abdul Rahman

TARIKH : 1959
Calon tunggal Parti Negara yang dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kerusi Parlimen
di Terengganu dalam Pilihan Raya 1959.
ANUGERAH/PINGAT

1. 02/09/2007
`Tokoh Anak Gemilang Malaysia'
-Rancangan yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-50)
(Pemenang menerima hadiah berbentuk Trofi Pewter dan wang tunai RM30,000)
PENERBITAN

1920
"Tyranny in Johor"
PERTALIAN KELUARGA

Ibunya, Roquaiya Hanim binti Abdullah berkahwin dengan Ungku Abdul Majid Ibni Temenggong Daeng Ibrahim dan mempunyai dua orang anak. Selepas kematian suaminya, ibunya berkahwin dengan Syed Abdullah bin Syed Mohsin Al-Attas dan mempunyai seorang anak, sebelum bercerai. Perkahwinan terakhir beliau adalah bersama Dato' Ja'afar dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
 
Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid dan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid, merupakan saudara tiri daripada perkahwinan ibunya, Roquaiya Hanim binti Abdullah dengan suami pertama Ungku Abdul Majid Ibni Temenggong Daeng Ibrahim
Syed Ali bin Syed Abdullah adalah saudara tiri daripada perkahwinan ibunya, Roquaiya Hanim binti Abdullah dengan suami kedua, Syed Abdullah bin Syed Mohsin Al-Attas.
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid adalah anak saudara lelaki dan Sharifah Azah binti Syed Mohammed Alsagoff adalah anak saudara perempuan beliau.

Post a Comment

0 Comments