ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 30 July 2014

MASJIDIL NABAWI SIARKAN KHUTBAH AIDILFITRI DALAM BAHASA MELAYU


MADINAH : Untuk pertama kalinya dalam sejarah para pengunjung Arab Saudi dapat memahami isi kandungan khutbah Eidulfitri apabila Kerajaan Arab Saudi telah berbesar hati menyediakan kemudahan alih bahasa secara langsung bagi membantu para pengunjung masjid nabawi memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh khatib Masjidil Nabawi.

Para jemaah yang datang ke Masjidil Nabawi dapat mendengar dan memahami Khutbah Eidulfitri melalui telefon bimbit mereka atau radio. Empat alih bahasa yang disediakan itu terdiri daripada terjemahan Bahasa Arab ke dalam Bahasa Inggeris, Urdu, Perancis dan Bahasa Melayu.

Langkah ini selaras dengan projek diraja kerajaan Arab Saudi bagi menyiarkan transliterasi kedalam bahasa ibunda setiap jemaah yang hadir ke Masjdil Nabawi, jelas Pengarah Terjemahan Masjid, Sheikh Abdullah Al-Hattab.

Sumber : Al-Arabiya

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute