HAMAS CIPTAAN ISRAEL?

Oleh : David Livingstone
Transliterasi oleh : Jebat

Israel mencipta Hamas. Mungkin ada pihak yang bakal tersinggung dengan artikel ini. Tetapi kebenaran tetap perlu ditegakkan. Namun sebelum kita membongkar cerita utama ini, perlu diperjelaskan dan ditegaskan disini, Israel sememangnya tidak mahukan perdamaian. Dan siri peperangan adalah bukti yang cukup jelas membuktikan pendirian Israel dalam hal ini..


Namun dalam pada itu, Israel memperlihatkan 'lakonan' mereka untuk 'terus' berdamai dengan Palestin, sedangkan dalam masa yang sama terus memperluaskan penjajahan keatas Tanah Rakyat Palestin.


Pelbagai benda boleh dijadikan alasan di pihak Israel. Dan helah yang paling mudah adalah dengan sedikit simpati dan bantuan dari media ialah atas nama "memerangi keganasan" 


Masyarakat dunia secara amnya naif dan gagal memahami isu sebenar yang berlaku di Palestin. Perlu diingatkan, setiap pemimpin mempunyai kaedah untuk mengambil jalan keluar yang mudah bagi mempertahankan tindakan ekstrim mereka. Antaranya dengan mewujudkan musuh-musuh palsu. Sebagai contoh dalam kes ini, Hamas, menjadi sasaran kepimpinan Israel, sebagai pihak yang sentiasa mengagalkan 'proses damai'.


LATAR BELAKANG


Sejarah membuktikan bahawa tindakan kuasa-kuasa Barat menaja penubuhan kumpulan-kumpulan militan Islam bukanlah satu perkara yang baru. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924, pihak British dan Amerika telah mengisi kekosongan 'kepimpinan Islam' dengan menyediakan 'pemimpin Islam' bersandarkan pemikiran dan ideologi mereka. Ini dapat dilihat dengan pembentukan dan penubuhan Ikhwanul Muslimin yang mendapat geran bantuan daripada British.


Di atas bantuan British, Ikhwan hari ini menjadi sebuah kumpulan radikal yang mempunyai pengaruh yang besar di dunia Islam. Dan mereka ini menjadi 'tulang belakang' dalam setiap gerakan pengganas yang menggunakan nama Islam.


Lebih tepat lagi, Ikhwanul Muslimin telah menjadi alat yang digunakan oleh perisikan barat bermula dengan Nazi, diikuti dengan CIA. Malah bukan itu sahaja, perisikan Russia, Perancis, German malah Israel juga turut menggunakan medium yang sama.


Ketika era pentadbiran Trauman dan Eisenhower, Ikhwanul Muslimin telah digunakan oleh barat sebagai alat untuk 'mengumpulkan' umat Islam yang naif dibawah 'panji-panji Islam'. Selepas era perang dunia, Ikhawanul Muslimin telah digunakan sebagai 'anjing gila' bagi menjaga kepentingan Barat di negara teluk dari ancaman Komunis.


Sejurus tamatnya era perang dingin antara Russia dan Amerika, yang menyaksikan runtuhnya kesatuan Soviet, Amerika menggunakan Ikhwanul Muslimin sebagai alat bagi mengembalikan penguasaan mereka di Timur Tengah dan Asia Tengah, yang mana bermula di Iraq dan Afghanistan.


ISRAEL DAN HAMAS


Israel mempunyai hubungan yang panjang dengan Ikhwanul Muslimin, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan sayapnya di Palestin yakni Hamas.


Menurut Robet Dreyfuss, penulis buku "Devil's Game : How the United States Helped Unleash Fundamentalist Islam" beliau menyatakan bahawa ;


"And beginning in 1967 through the late 1980s, Israel helped the Muslim Brotherhood establish itself in the occupied territories.  It assisted Ahmed Yassin, the leader of the Brotherhood, in creating Hamas, betting that its Islamist character would weaken the PLO."


Apa yang boleh difahami disini ialah, sejak tahun 1967 lagi, Israel telah cuba melemahkan PLO (Palestine Liberation Organisation) yang dipimpin oleh Yasser Arafat dengan mewujudkan 'watak pejuang Islam' pada Hamas.


Menurut kenyataan bekas Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, Charles Freeman, beliau menyatakan Israellah yang 'mencipta' Hamas.


"Israel started Hamas. It was a project of Shin Bet [Isreali domestic intelligence agency], which had a feeling that they could use it to hem in the PLO."


Salah satu strategi mereka bagi menguji pengaruh Ikhwanul Muslimin di Palestin adalah dengan mewujudkan 'Village Leagues', dimana Syeikh Ahmad Yassin dan Ikhwanul Muslimin dilatih menguji sejauh mana pengaruh mereka. Israel telah melatih hampir 200 anggota yang menyertai 'Liga' tersebut, dan kebanyakkan rekrut dibayar atas setiap maklumat yang diberikan.


Wartawan New York Times, David Shipler, yang memetik kenyataan Gabenor Tentera Israel di Gaza bahawa Israel sememangnya menaja kumpulan militan bagi melawan pengaruh PLO :


"Politically speaking, Islamic fundamentalists were sometimes regarded as useful to Israel, because they had conflicts with the secular supporters of the PLO. Violence between the two groups erupted occasionally on West Bank university campuses. Israeli military governor of the Gaza Strip, Brigadier General Yitzhak Segev, once told me how he had financed the Islamic movement as a counterweight to the PLO and the Communists.  'The Israeli Government gave me a budget and the military government gives to the mosques,' he said."


Yang bermaksud secara politiknya, militan-militan Islam ini sebenarnya memberikan faedah kepada Israel. Ini bagi mengimbagi kekuatan PLO selain perpecahan yang berlaku diantara PLO dan HAMAS dapat menyelamatkan Israel dari menggunakan tentera mereka bagi menghapuskan umat Islam di Palestin. Malah Gabenor tentera Israel bagi Semenanjung Gaza, Brigadier Jeneral Yitzhak Segev, pernah menyatakan bagaimana dia telah membiayai pergerakan Islam sebagai pengimbang kepada PLO dan pihak Komunis.

Ketika era 1980an, kumpulan Ikhawnul Muslimin di Gaza dan Tebing Barat tidak menjalankan sebarang tentangan bagi menentang perluasan tanah oleh Israel, ekoran kebanyakkan fokus Ikhwanul Muslimin ketika itu adalah memerangi PLO terutama sekali sayap kiri mereka yang beroperasi di kampus-kampus Universiti.


Ketika meletusnya Intifada [Kebangkitan] Palestin pada tahun 1987, PLO telah menuduh HAMAS dan Yassin sebagai pihak yang bertindak "mengikut telunjuk pemimpin Arab... dalam pakatan Sulit dengan Israel.


Dalam satu wawancara dengan akhbar Itali, Yasser Arafat pernah menyatakan bahawa Hamas adalah ciptaan Israel. Dimana Perdana Menteri Israel ketika itu, Yitzhak Shamir, dilaporkan pernah memberikan 'bantuan kewangan' kepada Palestin bagi menampung perjalanan hampir operasi hampir 700 institusi di Palestin, antaranya sekolah, universiti dan masjid.


Yasser Arafat juga menegaskan, bekas Perdana Meteri Israel Yitzhak Rabin, pernah mengaku dihadapan Hosni Mubarak bahawa Israel menyokong perjuangan Hamas.


Seorang penganalisis berbangsa Arab Palestin Kristian, Ray Hannania menegaskan dalam artikelnya yang bertajuk "Sharon's Terror Child", yang diterbitkan dalam majalah Counterpunch, beliau menyatakan;


"Menggangu perjalanan proses damai adalah tugas utama Hamas. Dan mereka ini telah menjalankan hasrat dan cita-cita politik parti Likud. Setiap kali perunding Israel dan Palestin bersedia untuk mengambil satu langkah kehadapan dalam mencapai keamanan, Hamas akan bertindak merosakkannya."


Sara Roy menulis dalam artikel yang bertajuk "Hamas and the Transformation of Political Islam in Palestine" menyatakan;


"Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa Hamas menjadi sasaran. Sedangkan dalam masa yang sama Israel meneruskan strategi lama iaitu menggalakkan Hamas untuk terus bergeser dengan puak nasionalis Palestin sebagai satu cara 'memuktamadkan kematian Palestin', selain sebagai usaha untuk memadamkan semangat nasionalisme Palestin untuk selama-lamanya."


KESIMPULAN


Ikhwanul Muslimin dan pihak-pihak lain seperti Hamas, Al-Qaeda dan Osama bin Laden hanyalah berfungsi sebagai 'pengganas' yang diwujudkan oleh Israel bagi dijadikan alasan untuk mewajarkan tindakan regim zionis melakukan pembunuhan dan kemusnahan rumah-rumah penduduk Palestin.


Disebalik ritorik mengenai 'Politik Islam' yang diperjuangkan oleh Ikhwanul Muslimin, dibelakangnya adalah Amerika Syarikat yang masih terus memanipulasi perjalanan Ikhwanul Muslimin agar kumpulan berkenaan sentiasa mengikut polisi dan dasar luar yang telah ditetapkan oleh negara Uncle Sam berkenaan. 


Rujukan 


http://www.foreignaffairs.com/articles/61485/l-carl-brown/devils-game-how-the-united-states-helped-unleash-fundamentalist-


http://www.danielpipes.org/comments/198302


http://www.democracynow.org/2006/1/26/how_israel_and_the_united_states


http://www.counterpunch.org/2003/01/18/sharon-and-hamas/


http://www.oakton.edu/user/2/emann/his140class/CURRENTHISTORYreadings/IsraelPalestineAuthority/HamasTransformationofPoliticalIslam.pdf


http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t236/e0293


http://www.terrorism-illuminati.com/blog/israel-created-hamas-stall-peace#.U92k9fmSxv5


http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140309/lu_02/Saudi-namakan-Ikhwan-pengganas

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/saudi-senarai-ikhwanul-pengganas-1.258345

http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2014/03/07/Saudi-Arabia-declares-Muslim-Brotherhood-terrorist-group.html

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-26487092

Post a Comment

25 Comments

  1. Artikel yang penuh dengan AUTA... Mungkin yang baru nak berjinak dengan isu Palestin dan baru nak kenal HAMAS dan pengetahuan kurang akan percaya... Assalam

    ReplyDelete
  2. Bagus artikel ini. kita tahu zionist memang licik. cuma mereka yg bodoh saja percaya membuta tuli tanpa tahu sejarah. kesian. semoga ramai muslim membaca dan ambik tahu.

    ReplyDelete
  3. Bagus artikal ni.... bg bukak mata...

    Dasar luar amerika dan israel mmg mcm tu...

    lg dulu lg dah mcm tu...

    Taja mana2 organisasi x kira samada radikal atau liberal utk melemahkan satu2 kjaan...

    Tapi bila organisasi tajaan mereka berkuasa... mereka akan bunuh pula.... asalkan ikut kata amerika...

    Begitu juga di msia ni..... tangan2 amerika dan israel jelas menyokong pkr dan pas....

    Yg penting negara islam bergolak.... bila bergolak dasar luar akan jd lemah...

    bila dah lemah dan bergolak amerika akan dtg jd penyelamat....

    ReplyDelete
  4. aku nak gi uk mau baca perjanjian kemerdekaan..apa syarat2 yg tidak tertulis..

    ReplyDelete
  5. Satu dunia la dibawah percaturan US selagi dollarnya diguna-pakai. Cuma niat yg membezakan.. Tak perlu kecoh2, bangun tengah malam ambil whuduk, solat taubat dan lepas tu solat hajat @ istikharah mintak Allah tunjukkan apakah benar Hamas tu sekadar pelakon wayang atau tidak, nescaya Allah akan berikan petunjuk-Nya..

    ReplyDelete
  6. akhir zaman ini kita perlu kritis....lagi2 dgn penampilan yg kononnya perjuangan islam. aku sebenarnya musykil juga dgn mujahidin2 di gaza ni. ada diantaranya meletakkan nyawa org awam dlm keadaan bahaya bila pelancar roket turut di diselitkan dlm bangunan2 awam. serangan hebat tapi kesannya tak seberapa berbanding tindak blas musuh yg mengorbankan org awam. Artikel yg bagus utk kita menilai dan jadikan ikhtibar dinegara kita.

    ReplyDelete
  7. Puak2 ni memang suka berpura-pura..Hanya mereka yang banyak membaca dan berfikir akan faham..

    ReplyDelete
  8. Mungkin,,mungkin ada benarnya,,tetapi jika benar mereka cipta, akhirnya akan hilang kawalan juga,, pejuang-pejuang Hamas bukanlah bodoh bahkan mereka mengamalkan Al-Quran sebagai senjata..

    ReplyDelete
  9. Baca betul2 artukal ni....

    Hamas adalah ciptaan amerika....

    Tapi bila hamas sudah dpt.sambutan maka hamas pula yg akan dibunuh...

    Skrg plo.dah x dak.fungsi....selepas kematian yassir arafat...

    Kene faham betul2 permainan amerika...

    ReplyDelete
  10. Israel dan umno 2x5

    ReplyDelete
  11. Tidak tuhan terangkan hati pejuang2 Hamas untuk hafiz Al Quran kalau mereka berada dipihak yang salah. Dan tidak bekas presiden mesir morsi (ikhwanul muslimin) boleh hafiz Al Quran juga. Conspiracy within conspiracy theory in action.....

    ReplyDelete
  12. Hezbullah ya rekaan zionist - failed project

    ReplyDelete
  13. Semua jumhur Zionis kesal bila PLO lumpuh, Yasir Arafat sampai dapat anugerah Nobel, Anwar Sadat yang bantu buat perjanjian Camp David juga dapat Anugerah NObel...ada ke pemimpin IKhwan dan Hamas yang banyak cipta ciptaan sains, cipta keamanan yang diberi anugerah Nobel yang dikawal yahudi? (rujuk artikel saya bertajuk anugerah Nobel dalam laman Munawwarah II)

    ReplyDelete
  14. Ikhwan dengan Hamas bukan makhluk asing, ibadat, fikrah, cara amal kita di Malaysia pun tahu, mutawatir cara ibadat dan fikrah depa...artikel ni sasau...bagi yang tak pernah keluar gua pasti terkesima dan kata " betul jugak noooo"

    ReplyDelete
  15. Menurut kenyataan bekas Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, Charles Freeman, beliau menyatakan Israellah yang 'mencipta' Hamas.

    "Israel started Hamas. It was a project of Shin Bet [Isreali domestic intelligence agency], which had a feeling that they could use it to hem in the PLO." ( Charles Freeman ni Yahudi besar- qaul Yahudi kita nak pakai?)

    ReplyDelete
  16. Israel apa pun dia boleh cakap...PAS ciptaan penjajah, UMNO ciptaan Israel macam macam...

    ReplyDelete
  17. Pala otok org putih...rujukan buku org putih....berat mu ni

    ReplyDelete
  18. Pala otok org putih...rujukan buku org putih....berat mu ni

    ReplyDelete
  19. jangan layan blog macam ni...baca sekadar ala kadar... rujukan semua yahudi..

    ReplyDelete
  20. INILAH FITNAH DAJJAL. ARTIKEL INI SENGAJA DITULIS UNTUK MEMFITNAH PEJUANG PALESTINE IAITU HAMAS. BETAPA JAHATNYA PENULIS & PENYEBAR ARTIKEL INI.

    ReplyDelete
  21. ISIS pun ciptaan cia amereka untuk ganti al-qaeda

    ReplyDelete
  22. Saya setuju dengan artikle ni... mmg HAMAS ciptaan israel.. semua ciptaan israel mmg suka berperang... begitu juga ikhwanul muslimin.. mereka juga ciptaan israel.. mereka juga suka berperang n bergaduh... yang bukan ciptaan israel adalah jemaah yang mengajak manusia kepada Allah...

    ReplyDelete
  23. subhanallah,....
    artikel ni macam ada yg x kena,....
    di mesir,.. presiden mursi (hafiz quran) merupakan pemimpin ikhwanul muslimin
    beliau dijatuhkan oleh jeneral al sisi,...
    ikhwanul muslimin bukan ciptaan amerika,...
    di mesir sendiri telah membuktikan yg barat bersekongkol dgn al sisi untuk menjatuhkan ikhwanul muslimin,..... macamne author artikel ni bole ckp ikhwanul muslimin ciptaan barat,......???? hamas dan sayap kanannya, briged al-qassam telah berjuang melawan israel bermati-matian kerana Allah ,.. israel was defeated totally!!! they are coward!! how dare u to said hamas was created by israel???? don't u watch the tv or u r actually have the hidden motive??? the readers please be aware,... don't let the author to ruin your mind,... islam will rise! khalifah will be formed!

    ReplyDelete
  24. dulu puak2 dajjal ni pernah mencipta al qaeda, ramai benar umat islam yang memuja osama bin laden, mullah omar dan lain2 pejuang islam ciptaan dajjal ni... masa tu agendanya iraq, afghanistan...dah sekarang!! takkan belum cerdik lagi wahai orang2 islam. inilah fitnah ad dajjal al masih yang sukar dilihat dengan mata kasar.. lagi satu, amat benar sekali kenyataan "militan-militan Islam ini sebenarnya memberikan faedah kepada Israel"

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.