ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 25 August 2014

HUKUM MENZIARAHI MASJIDIL AQSA KETIKA INI

Oleh : Ustaz Aris
Transliterasi oleh : Jebat


كلام الشيخ عبدالله العبيلان حول فتوى القرضاوي في تحريم زيارة المسجد الأقصى
ومن المعلوم أن المقصد من خلق العباد هو عبادة الله ، قال تبارك وتعالى : (( وما خلقت الجن والإنس إلى ليعبدون )) ، ولا يجوز تعطيل العبادات بالرأي ،

Satu hal yang telah kita ketahui bersama bahawa maksud diciptakannya manusia adalah untuk beribadah kepada Allah. Allah berfirman yang ertinya, “Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku” [Adz Zariyat:56]. Tidak boleh mengadakan sebuah ibadah hanya dengan logik akal semata-mata.


وقد صلّى النبي صلى الله عليه وآله وسلم في المسجد الأقصى قبل فتحه ، وشدّ النبي صلى الله عليه وآله وسلم وأصحابه رضوان الله عليهم الرحل إلى مكة وكانت تحت سلطة كفار قريش ،

Nabi  pernah solat di Masjidil Aqsa sebelum Masjidil Aqsa berada dalam kekuasaan kaum muslimin. Nabi  dan para sahabat juga mengadakan perjalanan ibadah ke Masjidil Haram saat Masjidil Haram masih dalam kekuasaan kafir Quraisy.


وصلى المسلمون إبان تسلط الصليبيين على المسجد الأقصى – صلى المسلمون فيه –

Kaum muslimin juga tetap mengerjakan solat di Masjidil Aqsa di awal awal kaum Kristian menguasai Masjidil Aqsa.


ولا أعلم أحدا من علماء المسلمين أفتى بتحريم شد الرحل إليه بأنه تحت سلطة النصارى ، بل إن شد المسلمين الرحل إلى المسجد الأقصى هو من أسباب حفظهم على استعادته من اليهود – وهذا ما لا يريده اليهود –

Aku tidak mengetahui satu pun ulama kaum muslimin yang memberikan fatwa haramnya bermusafir ke Masjidil Aqsa atas alasan Masjidil Aqsa dalam cengkaman Nasrani pada saat itu. Bahkan perjalanan yang dilakukan kaum muslimin ke Masjidil Aqsa adalah salah satu sebab kaum Muslimin tetap memiliki cita-cita untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari tangan Yahudi dan ini adalah satu hal yang tidak diinginkan oleh Yahudi.


ومن هنا نعلم أن الدافع لهذه الفتوى هو دافع سياسي وليس دافعا شرعيا مبنيا على الدليل من الكتاب والسنة ، ولم يرد في سنة النبي صلى الله عليه وآله وسلم المنع من الصلاة فيه في أي حال من الأحوال .

Dari sini boleh kita simpulkan bahawa faktor pendorong keluarnya fatwa tersebut adalah faktor politik bukan pertimbangan syariat berdasarkan dalil al Quran dan hadis. Tidak terdapat hadis yang melarang solat di Masjidil Aqsa dalam situasi tertentu.


والغريب أن الرافضة وأشباه الرافضة يشدّون الرحل في كل عام مرتين أو ثلاث أو أكثر إلى النجف وكربلاء ويشد بعض الجهال في مصر و في غيرها الصلاة في مسجد البدوي وغيره ولم نكن نسمع من القرضاوي تحريما مع العلم أن الدليل فيه بين وواضح في كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وعلى آله وسلم .

Anehnya orang orang Syiah atau pun yang bersimpati kepada Syiah mengadakan perjalanan ibadah dalam setahun, dua atau tiga kali bahkan lebih banyak ke Najf dan Karbala. Demikian pula orang orang awam di Mesir atau selainnya yang bermusafir bagi melaksanakan ibadah ke masjid al yang di dalamnya terdapat makam al Badawi atau masjid yang lainnya, namun kita tidak mendengar al Qardhawi mengeluarkan fatwa berisi keharamannya. Padahal dalil tentang haramnya perjalanan tersebut ada dalam al Quran dan sunnah Rasul-Nya.


وعلى كل حال فتاوى القرضاوي دائما يشوبها شيء من الدوافع التي لا تخفى على المتتبع لفتاوى هذا الرجل .

Kesimpulannya, fatwa fatwa al Qardhawi itu selalu dicampuri faktor tertentu yang diketahui oleh orang yang mengikuti perkembangan fatwa orang ini.

نسأل الله تبارك وتعالى أن يصلح أحوال المسلمين وأن يعينهم على استعادة المسجد الأقصى من أيدي اليهود ، وبالله التوفيق .
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Kami memohon kepada Allah agar Allah memperbaiki keadaan kaum muslimin dan membantu kaum muslimin untuk membebaskan Masjidil Aqsha dari cengkaman  Yahudi”.

Sumber : http://islamancient.com/play.php?catsmktba=101677

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute