ONANI YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM

Pertanyaan:

Asssalamu’alaikum

Ustaz, saya mahu bertanya tentang cara memeriksa sperma dengan cara onani itu adakah ianya dibenarkan atau tidak dalam syariat?

Terima kasih

Dari : Hakeem

Jawapan :

Wa’alaikumussalam

Berikut kami nukilkan Fatawa Lajnah Daimah no 15157 untuk menjawab pertanyaan Anda.

Lajnah Daimah mengatakan bahawa Ketua Kor Kerohanian Angkatan Bersenjata Arab Saudi mengajukan pertanyaan sebagai berikut:

Pihak hospital sering bertanyakan kepada kami, maka kami sampaikan pertanyaan ini dalam sesi soal jawab agama. Apakah hukum lelaki yang melakukan onani di makmal ujikaji untuk mengetahui tahap kemandulannya. Sperma itu pula perlu diserahkan kepada pihak makmal sepuluh minit setelah ianya dikeluarkan. Ini kerana kami dimaklumkan bahawa, sperma yang telah lama keluar tidak lagi sesuai untuk dijalankan uji kaji dan analisis.

Oleh kerana itu, kami berharap anda dapat memberikan fatwa kepada kami mengenai hukum melakukan onani untuk tujuan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui punca kemandulan atau penyakit lain yang memerlukan air mani dikeluarkan di makmal.

Jawapan Lajnah Daimah (Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi).

Setelah melakukan kajian terhadap permasalahan yang diajukan, maka Lajnah Daimah mengatakan bahawa melihat adanya keperluan mendesak untuk melakukan onani dan maslahat yang boleh diharapkan dengan melakukan onani itu jauh lebih besar dari pada bahaya onani, oleh sebab itu onani dalam keadaan seperti ini dibenarkankan.

Fatwa ini ditandatangani oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz selaku ketua Lajnah Daimah, Abdurrazzaq Afifi, Abdullah bin Ghadayan, Salih al Fauzan serta Abdul Aziz al Syaikh yang masing-masing selaku anggota Lajnah Daimah.

Sumber:

Fatawa Lajnah Daimah yang dikumpulkan oleh Syeikh Ahmad bin Abdurrazzaq ad Duwaisy jilid 24 Kitab al Jami’ hal. 435-436, terbitan Ulin Nuha lil Intaj, Kaherah.

Beberapa hari yang lepas kami mendapay pertanyaan melalui SMS tentang seorang lelaki yang melakukan uji kaji kesuburan kerana permintaan calon isterinya, maka bolehkan onani untuk tujuan semacam ini?

Jawapannya adalah TIDAK BOLEH. Cara untuk mengetahui kesuburan calon suami atau isteri adalah dengan melihat keluarga calon suami atau isteri.

Onani yang dibolehkan dalam fatwa di atas itu berkait dalam keadaan darurat yang mana dalam hal ini tidak terdapat dalam kes uji kaji kesuburan untuk calon suami atau calon isteri.

Dijawab oleh : Ustaz Aris

Post a Comment

2 Comments

  1. ini bukan negara arab saudi..orang malaysia tak layak buat fatwa ker?

    ReplyDelete
  2. Islam tu agama segenap alam... mana2 fatwa yang dah ada boleh je kita ikut. Tak kisahlah dari zimbabwe ke atau timor leste... asalkan berpandukan alquran dan sunah.. kita boleh terima.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.