TEGURAN BUAT AMAN PALESTIN 2.0

Oleh : AJ

Aman Palestin sekali lagi memutarbelitkan kejadian yang berlaku di Sinai. Tanpa mengetahui maklumat sebenar mengenai apa punca berlakunya halangan / sekatan dari pihak keselamatan Mesir. Aman Palestin membuat konklusi yang amat mudah seterusnya menimbulkan fitnah tanpa mereka sedari.

Cuba bandingkan laporan yang dikeluarkan oleh Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya, salah seorang peserta dalam misi berkenaan berbanding kenyataan yang dikeluarkan oleh Aman Palestin. Ternyata membawa maksud yang berbeza.

Memang benar, mereka tidak dibenarkan bergerak ke Gaza oleh Tentera Mesir. Namun atas dasar apa? Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Dr. Fathul, rombongan misi kemanusiaan KP1M dihalang memasuki sempadan Sinai - Gaza ekoran keadaan keselamatan yang tidak terjamin.

Mungkin kita disini boleh bercakap itu dan ini. Menyatakan Tentera Mesir zalim. Namun harus diingatkan, sekiranya terjadi sesuatu kepada kumpulan misi ini, siapakah yang akan dipersalahkan? Pastinya Kerajaan Mesir akan dituduh tidak memberikan bantuan yang mencukupi kepada pemegang Passport Malaysia. Adakah Kerajaan Mesir pada ketika ini sanggup menanggung risiko tersebut? Sudahlah negara mereka sedang bergolak. Ditambah lagi dengan kejadian-kejadian seperti ini, pastilah mereka tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya melindungi 'orang luar Mesir'.

Jumlah anggota KP1M yang besar, pastilah menyukarkan pihak Tentera Mesir dalam memberikan jaminan keselamatan kepada mereka. Kita boleh mempersoalkan, apalah susah sangat untuk mengarahkan tentera memberikan bantuan kepada kumpulan misi tersebut, namun persoalan yang perlu ditanyakan semula kepada kita ialah, siapa kita nak mengarahkan mereka? Kita berada di negara orang, maka hormatilah pendirian negara berkenaan.

Dalam masa yang sama kita harus ingat bahawa pemimpin Mesir hari ini tidaklah begitu 'Mesra' dengan Hamas, ekoran ideologi Hamas yang berbeza dengan mereka. Maka sudah pastinya 'ketidak mesraan' ini menambah-nambahkan lagi kesukaran kepada Mesir untuk membuka jalan bagi misi bantuan ke Gaza.

Jika ada pihak yang nak mempertikaikan halangan yang dikeluarkan oleh Tentera Mesir, kita kena kembali berfikir, apakah matlamat utama KP1M dihantar ke sana? Maka yang paling utama ialah, menghantar bantuan bekalan perubatan dan makanan. Maka kita seharusnya bersyukur bahawa, walaupun majoriti besar kumpulan peserta KP1M dilarang meneruskan perjalanan ke Gaza, sekurang-kurangnya bekalan ubat-ubatan dan makanan berjaya memasuki ke Gaza.

Apa-apapun kita usahlah mengeruhkan keadaan yang telah sedia terkeruh. Ada baiknya kita mengambil iktibar apa yang terjadi dalam misi ini untuk menyusun strategi yang lain bagi membolehkan misi bantuan kemanusiaan sampai ke tangan penduduk Palestin yang memerlukan.

Post a Comment

4 Comments

  1. tak payah jd pengumpu yahudi di Malaysia la. jelas mesir mmg penyokong kuat yahudi.

    alasan keselamatan???

    bullshit!

    sejak bila keselamatan di Gaza dlm tanggungjawab mesir???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 August 2014 07:54 kenalah hormat undang negara tu sheikh, kalau tak hormat mcm mana org nak hormat kita balik, kadang2 kita ni emo lebih depan PC, tapi nak suruh g?? alasan mcm2...so fikirkan lah hargailah jasa org2 kita yang berkorban utk Malaysia dan harapan rakyat Malaysia kepada mereka-mereka ini...

      Delete
  2. bodoh nye manusia yg tulis ni. bangang. alasan yg mesir bg tu sah ke? ngn fathul bari tu kena kencing bodoh2. jgn jd sial la penulis. syg sgt ko kt kroni zionis. middle finger for u

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata ko g sana bai : Anon 20 August 2014 11:08 ? sebab rasanya ko kena buktikan apa yang ko kata, baru hero sejati, jgn jadi hero dok merati je ade pahe?

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.