ARAB SAUDI TAJA RAKYAT PALESTIN TUNAI HAJI

Daripada : Hafizah Kamaruddin

MAKKAH, 8 September 2014 - Seramai 1,000 rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka terkorban dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, akan menunaikan haji dengan penajaan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selaku Penjaga Dua Masjid Suci.

Arab News, menerusi www.arabnews.com, melaporkan dengan penajaan terbaharu itu, Raja Abdullah secara peribadi telah menaja 12,000 orang rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka sama ada telah meninggal dunia atau dipenjarakan, untuk mengerjakan haji.

Ia memetik Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Saleh Al-Asheikh, sebagai berkata bahawa kementerian itu merangka program khas untuk menaja jemaah Palestin dan membantu mereka menunaikan ibadah haji dengan selesa.

Post a Comment

0 Comments