[JAWATAN KOSONG] ENUMERATOR DIPERLUKAN DI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

JAWATAN KOSONG : ENUMERATOR (PEMBANCI)

3 KEKOSONGAN JAWATAN.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) merupakan sebuah pusat penyelidikan nasional di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, mempelawa tuan/puan yang berminat untuk menjadi pembanci (enumerator) bagi melaksanakan kerja lapangan Kajian Indeks Belia Malaysia 2015 yang akan bermula pada Ogos 2014. Tawaran yang diberikan adalah secara separuh masa (part time).  

Pembanci (enumerator) yang berjaya akan dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja lapangan secara sambilan selama sepuluh hari di daerah tempat tinggal pembanci. IYRES akan memberikan saguhati sebagai penghargaan sepanjang tempoh kerja lapangan tersebut.

Calon yang berminat untuk menjadi pembanci (enumerator) bagi Kajian Indeks Belia Malaysia 2015 boleh mendapat keterangan lanjut:

1. Syarat dan Kriteria untuk pelantikan enumerator (klik disini)

2. Borang boleh diisi secara Online(klik di sini)

Atau boleh mengemukakan maklumat-maklumat seperti di bawah ke alamat emel research@ippbm.gov.my atau faxkan ke 03-8871 3342 (borang).

Nama :
No. Kad Pengenalan :
Pekerjaan :
Alamat Rumah :
Alamat Tempat Bertugas :
No. Tel. Bimbit :
No. Pejabat / Rumah :
E-mail :

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8871 3343 (Pn Shahanim), 03-8871 3389 (En Rizal Sham) atau 03-8871 3235 (Cik Rozahidah Roslee).

Maklumat tambahan :

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) akan menjalankan kajian Jejak Kepimpinan Rakan Muda.

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menjejaki bekas peserta Rakan Muda seterusnya menilai keberkesanan elemen kepimpinan yang diterapkan kepada peserta Program Rakan Muda.

Kajian ini akan dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang dikendalikan menerusi temu bual melalui telefon kepada bekas peserta.

Justeru itu, pihak IYRES memerlukan seramai 3 orang Enumerator untuk membantu kami membuat temu bual melalui telefon berdasarkan kepada borang soal selidik yang akan kami sediakan.

Proses penggumpulan data ini akan berjalan selama dua (2) bulan iaitu September hingga Oktober 2014 dan akan melibatkan seramai 3, 000 orang responden.

Pihak IYRES juga akan memberikan latihan dan panduan sebelum memulakan sesi temubual ini. Berikut merupakan maklumat terperinci berkenaan tugasan ini:

Tarikh mula bertugas : 8hb September 2014 (Isnin)

Jangka masa proses pengumpulan data : 8hb September - Oktober 2014

Waktu bekerja : Isnin - Jumaat, 8.30 pagi - 5.30 petang

Tempat bekerja : IYRES, Tingkat 10, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Presint 4, Putrajaya

Kadar Bayaran : RM3.00 untuk 1 temu bual lengkap (setiap enumerator perlu melengkapkan sebanyak 1, 000 temu bual dalam tempoh masa yang ditetapkan).

Calon yang boleh menggunakan sistem SPSS dan pernah terlibat dengan program Rakan Muda merupakan satu kelebihan.

Jika berminat boleh menghubungi @ sms saya di talian 019-2070252/03-8871 3337/3014.

Hanya mereka yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak IYRES.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh terus menghubungi nama dan talian seperti di atas.

Segala kerjasama dan perhatian tuan/ puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Post a Comment

0 Comments