KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN 2014 @ UNIVERSITI MALAYA

Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan program berprestij Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2014 (K3G) dari 26 sehingga 28 September 2014 bertempat di Dewan Tunku Canselor dan Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Banyak aktiviti dan program akan diadakan pada hari tersebut. Dijangkakan 15,000 peserta dan 100 syarikat akan mengambil bahagian disamping 3,000 pekerjaan dan 750 usahawan baru diwujudkan.

Graduan yang telah tamat pengajian dan mahasiswa tahun akhir kini boleh mendaftar dan memuat naik resume mereka melalui laman web khas K3G http://www.k3g.my/. Dapatkan maklumat terkini melalui laman web tersebut dan sila 'like' FB University of Malaya Entrepreneurship Centre agar anda semua tidak terlepas peluang mendapat info-info terbaru dari UMEC.

Jumpa anda di sana!

Post a Comment

0 Comments