RAJA ARAB SAUDI TAJA 1,400 JEMAAH HAJI TERMASUK DARI MALAYSIA

RIYADH : Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud akan menaja hampir 1,400 orang jemaah haji dari 70 buah negara bagi musim Haji tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada media oleh Saleh bin Abdul Aziz al-Syeikh, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi merangkap pengarah program tajaan haji diraja tersebut.

Dalam kenyataan media yang disiarkan pada Selasa lalu, program tajaan diraja ini adalah sebahagian dari aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Raja Arab Saudi sebagai usaha beliau merealisasikan impian umat Islam menunaikan rukun Islam ke 5.

Antara negara-negara yang terlibat dalam program haji tajaan diraja ini ialah Indonesia, Bangladesh, Thailand, Philippines, Cambodia, Kyrgyzstan, Sri Lanka, Nepal, Afghanistan, Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar, Maldives, Bosnia and Herzegovina, Croatia, Montenegro, Slovenia, India, Serbia, Sweden, Finland, Norway, Ireland, Iceland, Nigeria, Uganda, Rwanda, Madagascar, Zambia, Comoros, Kenya, Tanzania, Cape Verde, selain 40 buah negara lain dari benua Afrika.

Tambah Saleh lagi, berdasarkan rekod semasa, sebanyak 20,000 umat Islam telah terpilih menyertai program tahunan ini.

"Ini adalah jumlah mereka yang terpilih sejak program ini mula diperkenalkan beberapa tahun lalu."

Beliau menambah lagi, kementeriannya telah membuat perancangan bagi tahun ini, untuk meklibatkan lebih banyak warganegara asing untuk menyertai program ini lebih-lebih lagi dari negara yang tidak pernah tersenarai sebelum ini.

Sumber : 

Post a Comment

0 Comments