SERTAI MERDEKA WALK @ UNIVERSITI MALAYA SABTU INI!!!

Seksyen Kokurikulum, Elektif Luar Fakulti dan TITAS (SKET)  akan mengadakan Merdeka Walk Sempena Majlis Pelancaran UCE Universiti Malaya 2014 pada 27 September 2014 di dalam kampus, Universiti Malaya. Maklumat terperinci adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2014 [Sabtu]
Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Bermula daripada Dataran Kimia, Fakulti Sains UM
Peserta : Semua pelajar, staf UM dan orang awam juga dijemput hadir

Acara berjalan kaki - berjalan sambil mengibarkan bendera Malaysia sepanjang laluan yang telah ditetapkan

Acara Merdeka Walk adalah sempena perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang  diraikan sepanjang bulan kemerdekaan (Ogos dan September) di mana Hari Merdeka yang diraikan pada setiap 31 Ogos dan Hari Malaysia yang diraikan pada setiap 16 September. Maka dengan adanya acara pada hari ini semua peserta akan berjalan sambil mengibarkan bendera Malaysia sepanjang laluan yang telah ditetapkan di dalam kampus UM sebagai lambang cintakan negara dan semangat patriotism yang tidak berbelah bahagi.

Acara ini bertemakan ‘Laungan Cintakan Negara’ bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa bahawa semangat cintakan negara dan patriotism bermula dari sikap bertanggungjawab kepada masyarakat dan berkhidmat kepada masyarakat. Oleh itu, acara merdeka Walk ini dilancarkan bersama majlis pelancaran University Community Engagement Universiti Malaya.

Program UCE yang melibatkan masyarakat sekeliling kita, merupakan sikap perihatinan UM terhadap masyarakat sekeliling dan menjalinkan hubungan kekeluargaan agar kita tidak dianggap sebagai individualistik di menara gading yang lupa dengan semut melata. 
Secara timbal balik, keperhatinan komuniti ini menyambut pelawaan kita patutlah dihargai kerana dapat meningkatkan semangat kejiranan dan tanggungjawab di kalangan pelajar UM. Sumbangan masyarakat sekeliling dalam perkara ini sedikit sebanyak boleh menjadi resepi kejayaan UM melahirkan pemimpin yang berpotensi dan seimbang. 

Pelbagai program UCE dengan masyarakat di beberapa lokasi sekitar kawasan Wilayah Persekutuan akan diadakan dalam beberapa siri sepanjang bulan November 2014 bagi setiap kursus kokurikulum yang ditawarkan dalam semester ini .

Pelajar dijemput datang beramai-ramai pada Sabtu ini dan berkumpul di Dataran Kimia pada jam 7.15 pagi untuk meraikan bulan kemerdekaan.

Post a Comment

0 Comments