ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 6 October 2014

5 UNIVERSITI PENYELIDIKKAN JANA RM 3.6 BILION

Oleh : Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru : Lima institut pengajian tinggi awam (IPTA) menjana RM3.6 bilion menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan sejak 2007 hingga tahun lalu.

IPTA berkenaan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendapatan itu diperoleh menerusi pengkomersialan produk penyelidikan bernilai RM1.25 bilion selain sumbangan RM205.14 juta melalui aktiviti R&D memfokuskan 12 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menurutnya, atas pencapaian positif itu, kerajaan menyasarkan 80 syarikat hiliran berteraskan R&D ditubuhkan setiap tahun menjelang 2020.

“Dari 2007 hingga tahun lalu, kerajaan meluluskan peruntukan mengurus antara RM50 dan RM90.8 juta setahun membabitkan jumlah keseluruhan RM2.4 billion.

“Dalam tempoh sama, 1,650 harta intelek dihasilkan menerusi aktiviti R&D, manakala dari 2005 hingga tahun lalu pula 1,153 produk penyelidikan menyelesaikan masalah industri, sekali gus menepati 12 NKRA digariskan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Kejayaan Universiti Penyelidikan Siri 4: Komersialisasi, Penjanaan Kekayaan Menerusi R&D di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UTM Prof Dr Wahid Omar.

Sementara itu, Idris berkata 182,720 peluang kerja mahir dalam bidang R&D disediakan sehingga tahun lalu, manakala 110 tenaga profesional melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah di UTM menerusi program PhD Industri.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute