ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 29 October 2014

CERITA KAMPUNG CHUBADAK YANG SEBENAR

Isu Kg Chubadak - Pembetulan Kg Chubadak masih wujud.

Yang dirobohkan adalah Kg Chubadak Tambahan.

Wartawan selalu serkap jarang dengan mengatakan kesemua Kg Chubadak setinggan.

Untuk Makluman Kg Chubadak, Kg Chubadak Hilir adalah tanah Rizab Melayu yang ada geran.

Tiada sebarang rampasan yang berlaku diatas kedua Kampung asal dan bertuan ini.

Isu kes rumah yang dirobohkan adalah salah penduduk.

Sebanyak 7 kali pampasan telah dibayar.

Malah yang terbaru seramai 200 orang dipindahkan ke PPR Batu Muda dimana sewa rumah mereka dibayar Sentul Murni Development dan hampir 2 tahun mereka telah dipindahkan kesana. 

Rancangam asal, tapak sedia ada akan diratakan dan kemudian projek PPR rumah akan diadakan diatas tapak itu. Selepas siap, semua 200 penghuni itu akan dipindahkan semula ke PPR Chubadak ini. Namun disebabkan masih ada 5 rumah yang tidak mahu berpindah, nasib 200 orang tadi jadi tergantung sehingga sekarang.

Projek terbengkalai kerana 5 rumah terakhir ni.. mana lagi penting? 5 rumah atau nasib 200 orang Melayu yang ingin kembali ke PPR Chubadak?

Kesemua 5 rumah telah ditawarkan rumah PPR Bt Muda (sewa ditanggung pemaju) dan juga dijanjikan akan dipindah semula ke PPR Chubadak, namun mereka tolak.

Mereka mempersoalkan tidak dapat pampasan, namun 7 kali telah dibayar, dan jika tidak dapat sebenarnya sama ada mereka tidak mahu turut serta dalam perjanjian atau menuntut lebih dari itu.

Selain 5 rumah tadi, rumah rumah lain yang terbiar telah didiami pendatang tanpa Izin secara haram dan ini menyebabkan penyakit sosial dan mengganggu kampung bersebelahan . Nama Kampung Chubadak telah dicemari dengan insiden ini dan ramai salah anggap ingat kami ini setinggan, termasuklah Mantan Menteri Wilayah Persekutuan terdahulu.

Oleh itu, berhenti cerita Isu Kg Chubadak sekiranya tidak tahu fakta sebenar.

Tambahan : Penduduk Kampung Chubadak yang asli adalah berketurunan Minang, selain kesemua mereka itu mempunyai hubungan kekeluargaan. Jika ada yang bukan dari keturunan Minang, sama ada dari belah ayah atau ibu, nampak sangat mereka itu menipu. Ini bukan isu politik. Ini isu hak. Cuma orang luar yang tak tahu apa-apa baiklah jangan masuk campur urusan dalam penduduk kampung Chubadak.

5 comments:

  1. hahahaah yang dah dibayar tuh memang lah bayar yang belum dibayar pun ada kalau tak tahu cita sebenar duk diam lah wei. seluas tanah tuh satu blok PPR jer yang lain komersial ngan condo. bukan suruh Kerajaan bayar pun tapi suruh developer tuh bayar

    ReplyDelete
  2. Betapa penting nya Melayu di gombak mesti di majoritikan semula. Isu ini bukan penempatan tanah tol dan rezab Melayu sahaja tetapi MESTI mengambil kira tebaran kependudukan dalam sosio politik setempat dan negara.

    Dulu, sepanjang jalan gombak memang ramai Melayu Minang. Kemudian di tibai dengan pembangunan pasar baru dan pembesaran jalan. Belakang Kg. Melayu terdapat sawah. Tidak apa lah kerana tidak lagi strategik. Melayu tunduk akur demi kerajaan, tetapi cina tidak berganjak atau sering di selamatkan'. Patetik.

    Kg cubadak tambahan dulu nya penuh pokok rembia dan terdapat bekas lombong. Mereka pancang, mereka tambak mereka dirikan rumah setinggan, hidup serba kedaifan, kais pagi makan pagi... hidup berkeluarga atas nama tanah tol. Cubadak asal memang bertuan dan bergeran.

    Greenwood gombak. Apa sudah jadi ? Selayang ? Sg Tua ?

    Melayu ini memang 'short sighted'. Perancangan bandar, perancangan lebuh raya dan pembangunan setempat, di majukan tanpa merujuk keseimbangan. Kerap sangat Melayu di hambat, kemudian nya ganjaran ganti rugi tidak menjadikan mereka mendapat pilihan. Isu rumah panjang berpuluh tahun berlarutan seperti nya di Pantai dalam.

    Cuma sekarang baru ada sedikit kesedaran tetapi sejauh mana ? Itu kenapa bandar-bandar di kawal pencinta Dap yang bertenggek selesa dan kaya di bawah pembangunan BN / kerajaan tempatan atau status bandaraya. Tidak perlu bersusah payah mereka keluarkan perbelanjaan menjana kemajuan dan pembangunan. Kini Gelang Patah dan lain-lain tempat yang di dakam agenda mereka.

    Saya tidak menyokong benar atau salah. Apa yang terpenting, Melayu itu mesti di terima kependudukan nya di bandar-bandar besar, bandar-bandar baru pembangunan demi demografi sosio politik dan kepelbagaian sosio ekonomi. Jika masih menganggap Melayu itu mundur, itu tidak tepat.

    Perancangan yang selalu nya menyisihkan Melayu di olah tangan-tangan yang memegang kuasa yang di anggap tidak penting, konon nya di bawah Kerajaan Tempatan.

    Boleh blogger beritahu perkembangan Datuk Keramat, UKlang? P.Pinang sudah nyata perencanaan nya.

    ( nota : komen ini bersifat peribadi dan mengolah sedikit dari yang di ketahui)

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute