ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 27 October 2014

COFFEE BOY ANWAR RAKUS MELIWAT PMIUM

Oleh : Jabdin bin Juhat*

1. Kalau pemimpin mahasiswa sekarang menggunakan Otak mereka, tentu kenyataan Presiden PMUM ini tak akan seperti sekarang.

2. Nak pecat apanya beliau pun jadi Presiden MPP baru terpijak (gantian) selepas Presiden lama meletak jawatan. Tempoh pemilihan MPP UM dah nak tamat bila-bila masa apabila PRK UM akan diadakan. Jadi melayan karenah “pecat” adalah ugutan Otak Udang yang kosong. Hanya akan mencerminkan tahap pemikiran seorang jaguh kampung sahaja!

3. Untuk apa bawa program melibatkan orang tua bernama Anwar yang beliau sedang berhadapan dengan kes mahkamah yang sedang dibicaraka. Tindakan sedemikian dilihat menghina mahkamah. Oleh yang demikian selain faktor AUKU pindaan 2012 dan kaedah tatatertib UM tentulah hal yg dianggap menghina mahkamah pihak Pengurusan UM tidak akan bersekongkol dengannya. Tindakan UM menghalang adalah tepat.



4. Apa dah jadi dengan PMIUM sekarang? Kerana Fahmi Zainol seorang, Presiden populis yang pro Anwarinas sehingga sanggup berjuang untuk individu politik bernama Anwar. Apakah Presiden PMUM ini berjaya membawa agenda kebajikan mahasiswa di dalam UM berbanding agenda politik Anwar? Bagaimana kumpulan mahasiswa yang tak sampai 20% ini berhadapan dengan pengundinya dalam pilihan raya kampus nanti? Sama-sama kita lihat sama ada agenda parti pembangkang diterima atau agenda kebajikan / pendidikan diterima di UM.

5. PMIUM yang kuat perkaderannya sejak sekian lama telah dirobek-robek oleh agenda Anwarinas? Jika dahulu PMIUM bangga dengan tarbiah, baiah, tamrin oleh pimpinan PAS seperti Hadi Awang di Taman Melewar kini fikrah mereka berpecah. PMIUM sudah hilang taring dan bisa. Lantaran itu ramai mantan PMIUM yang beralih arah kepada parti PKR atau kekal dalam PAS yang pro Erdogan.



6. Apakah masalah PAS di luar sana turut dihadapi oleh PMIUM? Tahun 2004 legasi terakhir PMIUM bawah Ramadhan Fitri yang pro PAS tumbang kali pertama di UM apakah kali ini corak politik Anwarinas akan mengekalkan PMIUM, tersingkir atau menjadikan PMIUM sebagai kuda tunggangan sebagai mana PAS dalam Pakatan.

7. Fahmi Zainol akan tamat sesi sebagai MPP jadi tidak timbul soal pemecatan. Barangkali ini platform Fahmi Zainol untuk lorong politiknya sebagaimana juga mantan PMUM atau PMIUM yang lain. Paling kurang pun mereka jadi PTD dan pegawai JAKIM.

Mengejar kepentingan politik diri Akhirnya PMUM & PMIUM tergadai. Jadi mahasiswa UM harus mengubahnya.

* Penulis merupakan mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah yang juga merupakan pengasas bersama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan - MPPK yang pertama. Kini beliau merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA)

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute