IDEOLOGI SESAT TIDAK ADA TEMPAT DALAM ISLAM - SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS

MAKKAH : Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Ketua bagi Masjidil Haram dan Madinah berkata manhaj Salaf mencerminkan cara hidup Islam yang sebenar yang mana ianya sesuai untuk setiap masa atau tempat.

"Ia adalah cara hidup ahli sunnah yang mengikuti jejak langkah Rasulullah (saw) dan juga jalan orang-orang Muhajirin dan Ansar, yang mana mereka telah beriman lebih awal," kata Al-Sudais dalam khutbah Jumaat yang disampaikannya di Masjidil Haram. 

Tambahnya lagi, ianya sejajar dengan perintah Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan; 

Hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Rashidin Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat, dan setiap kesesatan itu akan ke neraka”

Namun, Al-Sudais menjelaskan bahawa larangan mengadakan perkara yang baru hanya terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan urusan agama, dan tidak terpakai kepada penemuan sainstifik moden dan kemajuan teknologi. 

Tambahnya lagi, kewujudan pihak-pihak tertentu yang bertindak menyalahi ajaran Nabi Muhammad tidak boleh dikaitkan dengan Islam walaupun mereka mendakwa bahawa tindakan yang dilakukan oleh mereka itu disandarkan kepada Islam.

"Prinsip-prinsip dan kaedah Salaf tidak boleh dipertanggungjawabkan keatas kesilapan mereka." ujarnya.

Ujar Sudais lagi, Kerajaan Arab Saudi hari ini merupakan satu kerajaan yang telah berpegang teguh kepada Manhaj Salaf.

Tambahnya, transformasi yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab bukanlah sesuatu ajaran baru. Sebalinya ajaran yang bersandarkan kepada prinsip yang ditinggalkan oleh Nabi dan para sahabat.

"Beliau tidak membawa agama baru atau mazhab kelima. Tetapi apa yang dibawa olehnya adalah pemahaman yang benar dari ajaran Rasulullah S.A.W, para sahabat yang benar dan pengikut yang datang kemudian. Ajaran-ajarannya terpisah dari ideologi Takfiri dan amalan Khawarij, walaupun mereka telah membuat tuduhan yang tidak berasas, tuduhan palsu dan percubaan untuk mencemarkan dia, "kata Al-Sudais, sambil menambah ajaran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah dilabel oleh musuhnya sebagai fahaman Wahabi. 

"Tanah dari Dua Masjid Suci ini adalah jalan tengah yang sederhana dari jalan Salafi yang diterangi dari al-Quran dan As-Sunnah serta jalan para sahabat Nabi.

Sementara itu di Masjidil Nabawi pula, Imam dan Khatib Syeikh Husain Al-Asheikh mengambil kesempatan di akhir tahun hijriah dengan menggesa para jemaah supaya kembali menilai amal perbuatan yang telah mereka lakukan sepanjang kesempatan masa yang diberikan oleh Allah dalam usaha menjadi seorang muslim yang sempurna.

Sumber : Arab News

Post a Comment

0 Comments