ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 5 October 2014

KENAPA HARGA MINYAK NAIK WALAUPUN HARGA MINYAK DUNIA TURUN? - JAWAPAN

Oleh : Dr. Aznil Hisham 

1. Terbaca kat wall seorang sahabat tentang kenaikan harga minyak walaupun harga pasaran dunia turun.

2. Untuk pengetahuan semua, harga minyak bergantung kepada 6 faktor iaitu:

a) Kos Bahan mentah
b) Buffer
c) Kos operasi
d) Margin pengeluar minyak
c) Margin penjual
e) Subsidi/cukai Jualan.

3. Penentuan harga minyak di Malaysia adalah berasaskan `Automatic Pricing Mechanism’ (APM). Bermakna harga ini ditentukan oleh Platt yang berpengkalan di Singapura. Kita bukan penentu harga kos produk.

4. Harus diingatkan, rasionalisasi subsidi telah di putuskan sejak tahun lepas. Seperti yang kita tahu, pemotongan subsidi akan berterusan dari tahun demi tahun secara berkala.

5. Situasi yg kita hadapi kini adalah kerana penarikkan subsidi walaupun harga bahan mentah dunia turun. INGAT !.. yang tentukan kos produk adalah MOP's Singapore.

6. MOP's Singapore akan sentiasa mengira mean harga setiap hari. Itu sebab kebanyakkan negara mempunyai perbezaan harga minyak setiap hari. Sebaliknya Malaysia, kita tetapkan pada kadar yang tetap. Jika berlaku kenaikan atau penurunan harga yang di tetapkn oleh MOP's kos akan di serap melalui cukai jualan.

7. Bayangkan cukai jualan ini dimansuhkan ketika perlaksanaan GST. Dimana kos itu akan di serap dengan perubahan harga setiap hari? Sekarang kerajaan boleh kurangkan cukai jualan jika kos produk meningkat. Bagaimana pula jika tiada cukai ini ketika perlaksanaan GST kelak?

8. So, inilah hujah kenapa harga minyak naik walaupun harga bahan mentah menurun.

9. Bukan senang untuk membina sebuah negara yang berdaya saing. Kita perlukan 57 tahun untuk berada pada tahap ini. Tetapi jika hendak musnah hanya sekelip mata.

10. Hanya kerana 20 sen tanpa mengetahui fakta yang sebenar, ada dikalangan kita sangggup menghina dan mencaci kepimpinan negara. Kesian.

‎Kesimpulan‬

Aku harap korang boleh faham apa yg di jelaskan. Aku tak kesah orang mcm Ahmad Syukur & Huzai Yop tak faham. Langoi dua ekor ni memang bebal sejak lahir. Brain transplant pun belum tentu depa ni boleh cerdik.

3 Oktober 2014
1.24 pm

3 comments:

  1. Negara yg berdaya daing ialah di mana rakyatnya tak perlu Brim bagai..

    Bila semua subsidi dah habis dirasionalisasikan...adakah kerajaan akan meneruskan brim? Sdh tentu tidak. Kerajaan skrg mmg clueless

    ReplyDelete
  2. Membina negara yg berdaya saing? Perlukah BR1M utk mendidik rakyat tentang daya saing. Lemau la mcm ni, sekejap daya saing sekejap tabur gula2. Rakyat dah dikencing maniskan oleh kepimpinan najib yg cuai....

    ReplyDelete
  3. kenapa tidak Najib atau menteri berkenaan sendiri yg beri penjelasan pasal APM/MOB ? takut rakyat tak faham ? susah sangat ke nak terangkan > ke, bodoh sangat.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute