ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 21 October 2014

KEWANGAN ISLAM SEMAKIN JAUH DARI LANDASAN SYARIAH DAKWA DR JAMSHED YUNAS UPPAL

Oleh : Saiful Bahri Kamaruddin 
Foto : Abd Ra'ai Osman

BANGI, 20 Oktober 2014 - Perbankan dan Kewangan Islam (IBF) semakin diterima oleh negara-negara bukan Islam bahkan menarik minat yang meluas hinggakan bank-bank terbesar antarabangsa telah mula menawarkan produk itu.

Sarjana Tamu Fulbright di Suruhanjaya Malaysia Amerika Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) Profesor Madya Dr Jamshed Yunas Uppal berkata perbankan dan kewangan Islam telah tumbuh dengan luar biasanya dalam tempoh empat dekad lalu hingga menarik perhatian bank Barat.

Dr Uppal, yang memberi syarahan perdananya di Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (GSB UKM) di sini hari ini berkata terdapat beberapa ahli ekonomi barat percaya kewangan Islam boleh menyediakan instrumen kewangan yang lebih baik daripada yang berasaskan perbankan konvensional.

Syarahannya bertajuk Kewangan Islam dan Barat: Bolehkah Mereka Bertemu? Beliau percaya pandangan positif terhadap IBF mungkin kerana ia semakin menjadi seperti sistem perbankan Barat.

Contohnya, pinjaman Mudarabah yang mematuhi Syariah sudah semakin mirip dengan pembiayaan ekuiti dan bukan pembiayaan hutang.

Institusi kewangan Islam telah membangunkan pembiayaan  sekuriti yang inovatif untuk mematuhi larangan terhadap riba, dengan mewujudkan prinsip keuntungan/kerugian berdasarkan Mudarabah.



Dalam Mudarabah kemerosotan pelaburan, jika berlaku, hanya dialami oleh pelabur sahaja tanpa melibatkan pengurus dana kerana tidak melabur apa-apa. Kemerosotan dan kehilangan modal tidak melibatkan pengurus kerana pelaburan yang dilakukan itu tidak membawa apa-apa pulangan dan menjadi sia-sia. Bagaimanapun, prinsipnya adalah tertakluk kepada syarat bahawa pengurus telah berusaha secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Implikasi penting ialah kos modal adalah lebih tinggi bagi syarikat yang terpaksa menggantikan sekuriti hutang dengan Mudarabah.

Dalam contoh lain, Sukuk - yang biasa disebut Bon Islam – semakin menyerupai bon konvensional pada pandangan penyelidik perbankan Syariah.

Secara prinsip Sukuk - yang bertentangan dengan bon konvensional, yang semata-mata memberi pemilikan hutang - perlu memberikan pelabur sebahagian daripada aset bersama dengan aliran tunai dan risikonya yang setimpal.

Dr Uppal berkata ramai ulama Islam melihat penggunaan pembiayaan dengan mengenakan harga markup adalah tidak sah dalam Islam.

Instrumen jangka pendek dan pembiayaan pengguna telah meningkat sepanjang dekad yang lalu, tetapi bank-bank semakin menyimpang dari Syariah.

"Ia seolah-olah menjadi tindak balas yang rasional dalam menghadapi masalah maklumat dan kontrak yang tidak lengkap," katanya.

Di Malaysia, terdapat harapan bahawa bank-bank Islam akan membantu sektor kurang membangun dalam bidang ekonomi, seperti pertanian dan perikanan. Bagaimanapun, beliau membuat kesimpulan bahawa objektif tersebut masih belum tercapai. Kebanyakan pinjaman digunakan untuk pembayaran kad kredit, gadai janji, pembelian kereta dan pembiayaan peribadi.

Beliau berkata, kesimpulannya pasaran kewangan antarabangsa menganggap Sukuk sama seperti bon konvensional dan peguam-peguam Syariah melihatnya sebagai menyeleweng dari prinsip Islam.

Persoalannya ialah sejauh mana perbezaan di antara realiti ekonomi dan imej dapat dipertahankan? Pendek kata ia lebih mirip kepada isu penjenamaan daripada isu ekonomi, kata Dr Uppal.

Sumber : UKM News

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute