ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 22 November 2014

APUNGAN TERKAWAL RON 95 : MUDARAT ATAU MANFAAT?

Oleh : Hafidzan Idris

Langkah kerajaan mengumumkan langkah baharu dalam penentuan harga petrol mendapat pandangan yang berbeza. Rata-rata melihat ia akan menghapuskan subsidi dan sekaligus menaikkan harga petrol.

Ada pihak cuba membakar sentimen rakyat dengan menggunakan terminalogi perkataan yang tidak tepat seperti 'subsidi dihentikan' di dalam portal berita pro-pembangkang.

Itulah tugas pembangkang..mewujudkan situasi yang tidak selesa di kalangan rakyat untuk terus menanam perasaan benci dan geram kepada kerajaan BN.

Bagi saya, keadaan ini ada pro dan kontra. Keadaan lebih menguntungkan rakyat sekiranya harga minyak kekal rendah pada pasaran global semasa. Manakala keadaan sedikit tindak kondusif sekiranya harga minyak melambung tinggi.

Tetapi dengan menggunakan kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) ini, harga minyak kita tetap dikawal dan dipantau oleh kerajaan bagi meminimakan kesan buruk kepada rakyat sekiranya harga minyak naik. Penilaian adalah berdasarkan harga berdasarkan bulanan dan bukannya harian yang mendedahkan kepada manipulasi pasaran semasa.

Secara konklusinya.. kaedah ini adalah berjaya mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan (yang memikirkan kebaikan bagi jangka masa panjang) dan rakyat. Rakyat mendapat manfaat sekiranya harga minyak semasa rendah, manakala kerajaan dapat menggunakan dana hasil penjimatan subsidi kepada belanja pembangunan. Kalau harga minyak naik??? 

Tunggu posting akan datang.. hihihi..

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute