ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 25 November 2014

BAGAIMANA HARGA MINYAK DIKIRA DI MALAYSIA (FAKTA SEBENAR)

Oleh : Saiful Zaini Mohd Bokhari*

Pengiraan harga minyak di Stesen Minyak TIDAK BERDASARKAN pada Harga Minyak MENTAH, SEPERTI YG CUBA DITIPU OLEH PIHAK YG TIDAK BERTANGUNGJAWAB YG MENGUNAKAN HARGA NYMEX ATAU BRENT. Minyak mentah tu yang hitam tu... mane lah boleh masuk dalam enjin kereta weah!

Minyak perlu di TAPIS barulah boleh digunakan oleh kereta dan sebagainya. Ada kos tambahan lagi di situ.

Di rantau ini, laras minyak yg ditapis adalah berdasarkan MOPS (MEANS OF PLATTS SINGAPORE). HARGA NYA ADALAH LEBIH TINGGI DARI MINYAK MENTAH (BRENT OR NYMEX).

Pengiraan Pump Price Berdasarkan Automatic Pricing Mechanism APM

Kerajaan kita ni taklah buruk sangat. Sejak saya berada di industri minyak lagi, pegawai-pegawai kerajaan dan think tank kementerian telah menzahirkan sistem APM (Automatic Pricing Mechanism). Dalam APM pembahagiaan untung atau margin serta kos-kos telah ditetapkan. Antara tujuannya adalah untuk menyekat kegiatan "oligopoli" dimana syarikat-syarikat minyak yang tidak berapa ramai ahlinya melakukan cartel. Kan itu tidak bagus untuk rakyat.

Sistem APM

Margin Syarikat Minyak - 5 sen
Margin Pengedar Minyak - 12.19 sen
Kos Operasi (Semenanjung) - 5 sen
Alpha (perbezaan Mops dan harga belian sebenarnya) - 5 sen
Purata MOPS minggu lepas US$ 89.18 (dengan US$ 2 sebagai premium).
Harga Di Pump = 187.90 + 5 + 12.19 + 5 + 5
= 219.65 sen
= RM 2.196 (RM2.20)

Ini adalah ANGGARAN kerana terdapat time lag antara Singapore Posting dgn APM.

Harga MOPS jumaat lepas sebenarnya naik sedikit dalam US$ 1.1 jika dibandingkan dengan harga purata minggu lepas. Ini memberi signal; walaupun harga rendah setakat ini; MOPS masih belum stabil rendah.

MASALAH ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB....BILA TURUN TERUS KIRA HARGA PUMP PRICE "MESTI TURUN"... KALAU TIDAK GULING-GULING ATAS JALAN RAYA. BILA HARGA MOPS NAIK.... BUAT TAK TAU JERR....ADOOI.

Perlu diingat kerajaan boleh melaksanakan duti sehingga 58.62sen, tetapi bukan saja tidak dikenakan duti; GST pun dikecualikan untuk minyak.

So yg banyak cerita-cerita dongeng HARGA SEPATUT NYA RM1.50 dan sebagainya... BUEK KATO ORANG NOGORI.... RONTI JO LAH. BAB KATA ORG PAHANG... JANGAN DIBUAT PEDOAH WEAH...

* Latar belakang pendidikan penulis : Accounting and Finance. Lancaster University. CIMA (Chartered Institude of Management Accountant), 13 years in Shell Malaysia and Shell Europe. Last position in Shell Regional Finance Advisor Shell MEA (Middle East and Asia). Alumni MCKK. Sekarang seorang ahli perniagaan.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute