DR. MOHAMED OSMAN TIDAK BERCAKAP BENAR - PENDAKWARAYA


Oleh : Azizul Osman

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, pengawai perubatan pertama yang merawat Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Dr. Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi mengemukakan dakwaan yang salah kepada mahkamah.

Beliau menegaskan, Dr. Mohamed Osman adalah seorang saksi yang tidak mempunyai kredibiliti dalam menjalankan siasatan perubatan.

“Pihak kami telah buktikan bahawa Dr. Osman tidak bercakap benar. Kami telah buktikan dalam bukti yang dikemukakan oleh beliau sendiri. Ini merujuk kepada hujah yang saya kemukakan,” katanya di luar Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun beliau tidak menuduh doktor itu tidak mempunyai kredibiliti tetapi pihak pendakwaan telah membuktikan melalui bukti yang dikemukakan doktor itu sendiri.

Sumber : AbnXcess

Post a Comment

0 Comments