ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 12 November 2014

[E-BOOK PERCUMA] HIKAYAT BANJAR



Dipetik dari : Wikipedia

Hikayat Banjar merupakan sejarah Banjarmasin, Indonesia. Teks ini yang juga dikenali sebagai Hikayat Banjar dan Kota Waringin atau Sejarah Lambung Mangkurat, mengandungi sejarah raja-raja Banjar dan Kota Waringin di tenggara dan selatan Borneo berturutnya.

Bahagian akhir teks bertarikh dari 1663 atau selepasnya; bahagian awalnya adalah lebih lama. Teks ini sepanjang 4,787 baris (120 halaman). Edisi teks bersama penjelasan lanjut dari segi konteks sejarah budaya dan kesusteraan diterbitkan oleh philologist Belanda Hans Ras pada 1968.

Struktur

Secara struktur Hikayat Banjar boleh dibahagi kepada sembilan bahagian. Kisah pertama mengisahkan asal Kerajaan Hindu di Tenggara Borneo. Fungsi kisah ini adalah jelas bagi memberikan model bagi organisasi politik kerajaan dan menetapkan piwaian bagi istiadat istana dan kesusilaan. Ini diikuti dengan lapan bahagian mengisahkan secara turutan mengenai:

a) raja dan permaisuri pertama dinasti, diikuti dengan bahagian susur galur (kraton I)
b) raja pertama Negara Daha / Negara Daya, diikuti bahagian susur galur (kraton II)
c) raja pertama Banjarmasin, diikuti bahagian susur galur (kraton III)
d) raja pertama Martapura, diikuti bahagian susur galur (kraton IV)

Versi berbeza

Teks Hikayat Banjar telah ditulis dan disalin beberapa kali. Daripada beberapa bahagian yang dikekalkan; versi "Recension II" diambil dari versi lebih lama yang berasal dari tradisi lisan, sementara varsi lain di Leiden University Library MS. Or. 1701, mewakili versi lebih moden.

Rujukan

Johannes Jacobus Ras (1968). Hikajat Bandjar. A study in Malay historiography. OCLC 38909.

2 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute