ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 14 November 2014

KERAJAAN ARAB SAUDI LANCARKAN PROGRAM 'BEKERJA DARI RUMAH' KHUSUS UNTUK KAUM WANITA

Riyadh - Arab Saudi akan melancarkan program 'bekerja dari rumah' kepada golongan wanita di negara itu bebepara minggu lagi, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan media tempatan.

Akhbar Al Sharq Al Awsat memetik kenyataan Setiausaha Kementerian Buruh untuk Program Khas, Dr. Fahad Al Tukhaifi sebagai berkata portal program berkenaan akan diperkenalkan pada akhir Disember nanti.

Program itu bertujuan membantu wanita-wanita Arab untuk bekerja, bersesuaian dengan keadaan masyarakat negara itu yang bersifat konservatif.

Ia telah dilancarkan empat tahun lalu tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana tidak mencakupi keperluan perundangan, organisasi dan teknikal.

Pekerjaan yang ditawarkan adalah termasuk sektor telekomunikasi, agensi pelancongan, IT, pemasaran, perhubungan awam dan kewartawanan.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan wanita Arab yang mencapai antara 32 hingga 34 peratus tahun lalu, kata satu laporan dari majalah Saydatyi, April lalu. 

Sumber : Bernama

3 comments:

  1. Kan bagus kalau ada program yg. MULIA mcm, ni kat Malaysia - terutamanya uk. kaum Ibu! Aku kasihan betul dgn. pekerja JPA, contohnya suami isteri pi kerja lepas Subuh; bangun dari pukul lima pagi lagi nak siapkan anak-anak ke sekolah juga. Balik rumah selalunya dekat Maghrib – semua kerana Trafik jam!

    Patutnya biaqlah kaum ibu/kaum wanita kerja 2 hari di rumah contohnya atau sepenuh masa di rumah. Jadi yg. ada anak-anak pun, tak terabai kat pusat asuhan hampir seharian atau dgn. org. gaji saja.

    Makcik Sambal Belacan.,

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute