ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 November 2014

PRK UM 2014 : 'BLACK OPS' @umprom 'JUAL' NAMA TIMBALAN MENTERI @razaliibrahim

Oleh : AJ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Surah Al-Hujuraat : 6

Hari ini, penulis menerima satu poster mengenai satu program 'debat' yang akan dijalankan pada 26 November 2014 ini. Program tersebut dikatakan dianjurkan oleh PMUM dan Pro Mahasiswa Universiti Malaya.


Menerima berita ini, penulis telah twitt ke YB Razali. Dalam balasannya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa, beliau tidak tahu menahu mengenai program yang bakal berlansung.

Secara tidak langsung, penulis mengklasifikasikan tindakan ProM UM ini sebagai satu tindakan memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti Timbalan Menteri berkenaan.

Selain itu, seorang bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM, saudara Sarfarizmal Saad turut berkongsi 'pengalaman' beliau berhadapan dengan permainan Pro M (Dikenali dengan nama GM) di UKM.


Sebenarnya, apa yang berlaku ini adalah Black Ops biasa yang akan dilakukan oleh puak-puak ini menjelang Pilihanraya Kampus UM. Ini adalah salah satu modus operandi untuk memperlihatkan bahawa mereka adalah 'pejuang mahasiswa' walaupun pada hakikatnya, sepanjang tempoh perlantikan mereka sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, tidak ada sebarang pembaharuan dilakukan selain manifesto yang dijanjikan tidak pernah terlaksana.

Kenapa mereka bertindak sedemikian rupa?

1. Untuk mendapatkan perhatian daripada Mahasiswa bahawa kononnya mereka 'buat kerja'

2. Untuk memutarbelitkan fakta sebenar. Sebagai contoh, sekiranya menteri berkenaan tidak hadir dalam program 'debat' anjuran mereka. Maka mereka akan mendakwa menteri berkenaan sebagai bacol. Sedangkan mereka tidak pernah menghantar surat jemputan secara rasmi.

3. Mencari peluang untuk menjatuhkan kredibiliti individu yang menjadi 'masalah' kepada penaja-penaja kewangan mereka. Kita tahu, YB Razali adalah individu yang rapat dengan mahasiswa dan banyak membuat program yang menarik minat mahasiswa. Sebagai contoh Mantap4.

Akhir kalam, kami menyeru mahasiswa di UM berfikir secara rasional. Jika mereka boleh menipu pada hari ini, adakah mereka tidak boleh menipu anda pada masa akan datang?  Dalam sepotong hadis; yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Jadi persoalan kepada anda, wahai mahasiswa, apa perlu diberikan amanah kepada mereka yang secara jelas nabi nyatakan ' bukan dari kalanganku.'

Semoga kita diselamatkan oleh ALLAH dari fitnah akhir zaman.

Tambahan : Majlis Perwakilan Mahasiswa UM telahpun terbubar sejurus pengumuman tarikh PRK Kampus UM. Makna kata, logo MPMUM telah disalah gunakan oleh pihak berkenaan untuk kepentingan kumpulan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute