ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 November 2014

WANITA PERTAMA MALAYSIA

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Surah Al-Hujuraat : 6

Oleh : AJ

Sekadar menjawab fitnah yang dibuat Admin Page 'Suara Rakyat' berkenaan isu 'First Lady'.

1. Isteri Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tidak selayaknya diberikan gelaran 'First Lady' kerana Suaminya adalah seorang Sultan dan bukannya Presiden ataupun Perdana Menteri.

2. Jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa gelaran bagi Isteri Yang Dipertuan Agong ialah Raja Permaisuri Agong. Kalau dalam bahasa Inggeris kita gelarkan 'His Royal Highness Queen'. Boleh rujuk dibawah ini, Cari Perkara 32 muka surat 31 ;




3. Aku tak tahu dari mana sumber 'Suara Rakyat' yang menyatakan bahawa Isteri Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah 'First Lady' atau 'Wanita Pertama' di Malaysia. Tapi kalau ikutkan dari apa yang ditulis, nampaknya Admin 'Suara Rakyat' main reka-reka sendiri tanpa merujuk Perlembagaan Persekutuan.

4. Mengambil contoh Negara Jepun yang mempunyai sistem demokrasi raja berperlembagaan yang hampir mirip dengan Malaysia. Ketua Negara Jepun ialah Maharaja Akihito. Dan jika mengikut pemahaman admin 'Suara Rakyat' pastilah isteri Maharaja Akihito akan bergelar 'First Lady of Japan'. Tetapi gelaran 'First Lady' itu tidak tersandar kepada isterinya, sebaliknya isteri maharaja Jepun itu memakai gelaran Maharani Michiko.



5. Jadi siapa yang memakai gelaran 'First Lady' atau 'Wanita Pertama' negara Jepun? Jawapannya ialah Mrs. Akie Abe, isteri kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

6. Jadi, adakah Mrs. Akie Abe sudah melebihi kedudukan Maharani Jepun kerana digelarkan 'First Lady'? Sedangkan kita tahu bahawa rakyat Jepun memandang Maharaja dan maharani mereka seperti 'Dewa' persis di Thailand. Kenapa pula tidak ada bantahan dari rakyat Jepun sendiri bilamana laman web rasmi Kementerian Luar Negeri Jepun menamakan Mrs Akie Abe sebagai 'First Lady of Japan'? Rujuk disini : http://www.mofa.go.jp/

7. Kesimpulannya, banyakkan membaca dan buat kajian serta penelitian. Jangan terlalu cepat menerima sesuatu maklumat tanpa menyelidikinya. Kerana apabila kita tersilap membuat kesimpulan, kita mungkin berlaku zalim kepada orang yang tidak sepatutnya dizalimi. Pada akhirnya, gelaran 'Wanita Pertama Malaysia' tidak menjadi satu kesalahan untuk digunakan oleh isteri perdana menteri (selagi mana suaminya bergelar Perdana Menteri), kerana gelaran itu hanyalah satu gelaran umum yang digunapakai oleh isteri-isteri Presiden bagi negara yang tidak beraja atau Perdana Menteri bagi negara yang mempunyai raja. 

Rujukan :

http://en.wikipedia.org/wiki/Akihito
http://en.wikipedia.org/wiki/Empress_Michiko
http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf
http://www.mofa.go.jp/s_sa/sw/in/page22e_000340.html
http://blogs.wsj.com/japanrealtime/2013/12/07/japans-first-lady-in-her-own-words/
http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Persekutuan

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute