KERETA BERUSIA LEBIH 12 TAHUN TIDAK SELAMAT - MIROS

*Gambar menunjukkan orang ramai melihat keadaan kereta berusia 23 tahun yang remuk ketika menjalani ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua.

Melaka - Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baru.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun.

Bagaimanapun jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sebagai contoh, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

Orang ramai digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Post a Comment

6 Comments

  1. minggu lepas sebuah kereta mewah yang baru telah putus dua dalam satu kemalangan. sebelum itu pun ada kes yang serupa. kenapa ramai profesor2 bodoh kat malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. nama je professor ... banggang kemain lagi ...
    kalo kete baru .. yg bawak banggang cam ko tak eksiden ke ??
    tak payah g jejauh .. tu gi Hatyai dah cukup
    kete lama ada yang 30/40 tahun ... asap hitam pun susah nak nampak .. pesal ?
    sebab diorg jaga kete memasing elok ...

    ReplyDelete
  3. Profesor ini x lama lg kena pelempang ler dgn ahli kelab kereta antik atau persatuan kereta antik..dia ni mmg ada otak yg baik tetapi otak dia bukan dikepala sblh atas pusat tetapi otak dia letak di kepala sebelah bawah pusat samada kepala lutut atau kepala b****

    ReplyDelete
  4. Kereta kalau diservis ikut jadual, tahan lama.

    ReplyDelete
  5. Ini dinamakan Professor Bangang.....atau ada kemungkinan kelayakan yang dibeli dari sebuah Universiti yg banyak melambak dalam internet

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.