ORANG MELAYU ADALAH PENDUDUK ASAL BUMI MALAYSIA - PAKAR ARKEOLOGI


Oleh : Shahfizal Musa

BANGI – Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu  adalah  penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara. 

Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi  (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifek itu  adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di  Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu. 

Selain itu, penemuan  tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya Barbara  dalam tahun 1958  menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

Secara langsung, penemuan di Gua Niah  dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari Pemikiran Vienna ( Vienna School of Thought ) yang dikemukakan dalam tahun 1930an.

Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.

Prof Nik Hassan Shuhaimi  bertanya:  “Adakah hanya kerana kapak batu ditemui di Malaysia orang Melayu telah berpindah dari utara ke selatan di Malaysia. Tidak terfikirkah mereka bahawa orang Melayu waktu itu juga boleh membuat kapak batu?”  

Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010, di Bangi.

Beliau berkata penyelidikan arkelogi di UKM  sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah.

Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses   pembumiputraan kebudayaan India, kata Prof Nik Hassan.

Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika merasmikan seminar itu pada 12 Julai, berkata UKM telah melahirkan lebih 1,000 orang graduan dalam bidang arkelogi yang kebanyakanya kini terlibat dalam bidang ini di seluruh Malaysia.

Beliau berkata dalam usia 40 tahun UKM, para pakar arkeloginya yang diketuai oleh Prof Nik Hassan Shuhaimi  telah membuahkan hasil yang bermakna kepada sejarah negara dan memartabatkan warisan Kerajaan Melayu di Alam.


Artikel ini telah diterbitkan pada : 13 Julai 2010

Sumber : UKM News

Post a Comment

11 Comments

  1. Tahniah prof... bernanah telinga guan eng dengar ni...

    Mengelitik redbean... nak spin...

    ReplyDelete
  2. Tiori pengkaji Brtish dan Barat yang tidak diiktiraf menamakan Melayu sebagai penduduk asal , tetapi kesilapan utama nya ialah Semananjung dan Siam disambung dengan segmenting kra, dan Raja Siam menguasai Semananjung sehingga di serang Majapahit /Sri Vijaya , tapi masih lagi Kerajaan Siam mantap selepas itu dan memungut ufti sampai ketibaan British. Argumen terma Nusantara dan Melayu sebagai pribumi hanya di sebut oleh British kerana mereka rasa adalah lebih senang menonjolkan orang2 Melayu di depan dalam proses melumpuhkan pengaruh Raja Siam dan seterusnya menguasai Semanajung dan Borneo sebagai jajahan. Kita tidak sepatutnya telan bulat2 teori 2 pengkaji Eropah yang tidak diiktiraf secara keseluruhan sebab ada muslihat untuk meraih keuntungan disitu. Melayu sebenarnya kalau dilihat kehidupan mereka yang tak bertamaddun menyerupai kesenimbungan sifat2 lanun diperairan yang lebih menonjol berbanding orang2 darat.

    ReplyDelete
  3. Tiori pengkaji Brtish dan Barat yang tidak diiktiraf menamakan Melayu sebagai penduduk asal di Semananjung , tetapi kesilapan utama nya ialah Semananjung dan Siam disambung dengan segenting kra dan laluan nya lebih mudah dari Semananjung ke Siam. Raja Siam menguasai sepenuhnya Semananjung sehingga di serang Majapahit /Sri Vijaya , tapi masih lagi Kerajaan Siam mantap selepas itu dan memungut ufti sampai ketibaan British. Terma Nusantara dan Melayu sebagai pribumi hanya di sebut oleh British kerana mereka rasa adalah lebih senang menonjolkan orang2 Melayu di depan dalam proses melumpuhkan pengaruh Raja Siam dan seterusnya menguasai Semanajung dan Borneo sebagai jajahan. Kita tidak sepatutnya telan bulat2 teori 2 pengkaji Eropah yang tidak diiktiraf secara keseluruhan sebab ada muslihat untuk meraih keuntungan disitu. Melayu sebenarnya kalau dilihat kehidupan mereka yang tak bertamaddun menyerupai kesenimbungan sifat2 lanun diperairan (sea farers) yang lebih menonjol berbanding orang2 darat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori demi teori perlu dilafazkan oleh professor2 kangkung kita sebab mrk tak yakin pada diri sendiri. Mereka hanya mengeluarkan kata 2 peransang untuk tujuan politik je. Ini bukan nya sesuatu yang ilmiah tapi bersalutkan pembohongan demi pembohongan secara emosi........................

      Delete
  4. Itu sejarah....yang dah lepas . Tak payah nak besar2kan.

    Melayu sekarang merempat dinegara sendiri. Tengok la BR1M, siapa penerima paling ramai?

    Tengok kedepan... tak payah nak dabik dada pasal Melayu penduduk asal atau tidak. Hakikatnya, melayu sekarang jadi hamba abdi kepada bangsa lain.

    Fikir-fikirkan la....

    ReplyDelete
  5. Allahyarham Aminuddin Baki (Alfatehah buat beliau) ada menyebut: Ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di air mati kehausan. Tapi Melayu tak sedar2 juga. Sibuk guling2 atas jalan raya. Hantam sajalah LABUUU...........

    ReplyDelete
  6. Suatu penemuan kelas dunia oleh Universiti Kangkung Malaysia, dunia dah mula gegar pada skala Ritcher 10, Tun Mamak dah pun di tanam hidup2 dlm bangunan Menara Berkembar, Sungai dah Mula Melimpah akibat kemasukan Air Laut, Lembu dah Mula Makan Manusia dsbnya, kita sujud pada professor kangkung tolonglah jgn mengundang bencana...........utk kebaikan sejagat, dengan penemuan2 mrk yang bertaraf dunia.

    ReplyDelete
  7. Jadi Universiti Kangkung Mahathir Iskandar Al Kuti al Haramjadah Laknatullah dah jadi = University Harvard. No.1 dalam dunia dengan penemuan ini.

    ReplyDelete
  8. Ini tak adil kalau tak dapat hadiah Nobel, baik UKM telepon Norway, maki dia sampai dapat..........

    ReplyDelete
  9. Is it anthropological race or geographical race or functional race which being discussed here?

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.