ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 7 December 2014

PROSPEK PROTON CERAH EKORAN PERMINTAAN TINGGI KERETA MAMPU MILIK

Kuala Lumpur - Proton Holdings Bhd menyasarkan 2015 sebagai tahun lebih baik baginya dengan unjuran jualan meningkat tiga kali ganda berikutan peningkatan permintaan terhadap kereta mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata jualan itu dijangka akan dipacu kereta kompaknya, Iriz serta model terkini Suprima S Standard yang baharu dilancarkan.

"Prestasi Iriz amat baik ketika ini dan menerusi pelancaran Suprima S Standard memaparkan lagi komitmen kami memenuhi permintaan pengguna yang mahukan kereta mampu milik dan berbaloi untuk wang mereka," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Suprima S Standard oleh Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aspek perlindungan dan keselamatan pengguna sememangnya menjadi keutamaan Proton. Ia bermula dengan pengukuhan struktur keselamatan yang mana seperti model Premium dan Eksekutif Suprima S, kerangka badan model Standard itu turut direka bagi menyerap impak tekanan.

Mengulas mengenai kejadian beg udara buatan Takata dipasang dalam kereta Honda City yang meragut nyawa seorang wanita hamil dalam satu nahas, Abdul Harith berkata : "Perkara sedemikian adakalanya berlaku biarpun pihak pengeluar sudah mencuba sedaya upaya bagi mengelaknya.

Sumber : Berita RTM

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute