ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 18 December 2014

[SAJAK] MoU

[Gambar Hiasan]
Ini, satu wadah yang bagus
untuk dilalui
oleh siapa jua atau negeri,
kerana padanya ada nilai :
persahabatan atau setiakawan.

Tidakkah ini juga
jalan kepada kebaikan
bagi kehidupan?

Jika ia dalam perkara ekonomi
tidakkah ini bermakna
menjana ekonomi itu sendiri?

Jika dalam perkara pendidikan
tidakkah pula bererti kita adalah memperkasa pendidikan?
Ya, semuanya itu bagus belaka
semuanya itu baik belaka.

Inilah trend baru kini
yang sangat digemari,
harap-haraplah ia
bukan di atas kertas cuma
tetapi akan melompat dari kertas itu
tindakan-tindakan susulan
seperti yang dimeteraikan.

Demikian, kami mohon, ya Rahman!
Falsafahnya sungguh jauh
sehingga tidak mudah dikesan,
apakah kita mampu meredah harapan
ataupun cuma di luar-luar saja
tanpa sedikitpun perolehan
untuk anak bangsa?

Ah, inilah persoalan
semoga mampu dipecahkan.
Memecahkan persoalan
adalah satu inisiatif besar,
jika di sini kita berhasil
bererti, kita telah menguasai strategi.

Ya, demikian itu cara orang merancang
kemudian melaksana
kemudian memetik hasilnya
kemudian menikmatinya.

ADI RUMI
Grand Hyatt,
Seoul, Republik Korea.
9. 12. 2014.

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute